Monday, April 30, 2012

bersih 3.0

sebagai ahli pas, saya mencadangkan supaya parti islam se-malaysia menubuhkan sebuah panel penyiasatnya sendiri ke atas keseluruhan perjalanan perhimpunan bersih 3.0 pada sabtu, 28hb april 2012, yang lalu.

panel ini hendaklah dianggotai oleh orang-orang yang berwibawa, bebas dan dihormati. saya juga mencadangkan supaya ia dipengerusikan oleh bekas mufti perlis, dr mohd asri zainal abidin.

terma rujukan panel ini juga hendaklah dimaklumkan dengan jelas dan mestilah berdiri di atas prinsip utama, iaitu 'mencari kebenaran dengan jujur tanpa takut atau berpihak'.

selain itu, semua kos kewangan dan lain-lain yang diperlukan oleh panel ini hendaklah ditanggung oleh ahli-ahli pas seluruh negara dan/atau mana-mana pihak atau individu yang berminat.

semua maklumat tentang penerimaan dan penggunaan wang ini hendaklah diurus oleh sebuah badan perakauan yang bebas dan hendaklah dimaklumkan secara terbuka dan telus kepada umum.

'takutilah doa orang-orang yang dizalimi kerana antaranya dengan tuhan, tidak ada hijab'.