Thursday, September 22, 2011

perspektif














jangan diambil
melainkan ingatan,
jangan ditinggal
melainkan jejak.

Friday, September 16, 2011

aduhai mat sabu

saya telah melihat seorang profesor berumur 75 tahun terkinja-kinja seperti ungka, profesor wanita bersorak-sorak lagak seorang pom-pom girl, sekumpulan profesor menunggang terbalikkan sejarah negara lalu diam membisu selepas itu, budak-budak perkasa menjadi sawan, orang-orang tua bertongkat terketar-ketar bercakap bersemangat atau menangis hiba, akhbar arus perdana tertinggal berita maha penting selama enam (6) hari, forum dan ceramah tentang macam-macam orang oleh macam-macam orang, umno dan kerajaan buat pertama kali tiba-tiba membisu seribu bahasa, jumlah laporan polis yang mencecah rekod kebangsaan dan pelbagai lagi ragam manusia yang luar biasa, tetapi sehingga kini, iaitu hari ke 26 selepas ucapan mat sabu itu, tidak ada satu nyawa pun yang dapat menjawab soalan sah yang dikemukakan oleh beliau, iaitu..."kenapakah sambutan hari merdeka kita tidak meriah atau merata seperti sambutannya di negara thai dan indonesia?"

ada sesiapakah yang sudi menjawab soalan ini?

Saturday, September 10, 2011

pesanan ringkas

Salam. Saya cadangkan supaya digerakkan intelektual Melayu yang jernih ilmu dan luhur jiwa untuk menyanggah kenyataan Majlis Professor yang amat jelek itu.

Takkanlah setelah 54 tahun menyanyikan lagu Negaraku, kita masih tidak dapat memahami erti sebenar istilah-istilah lunak seperti 'penasihat', indirect rule, negeri naugan, de jure, de facto dan seterusnya.

Harus dianjurkan kongres Melayu antipembodohan/penjajahan bagi menolak penyelewengan hakikat sejarah kita itu.

---------------
Di atas adalah pesanan sms saya kepada rakan-rakan yang dekat, mohon tuan-tuan pembaca turut melakukan perkara yang sama bagi mneyelamatkan bangsa kita daripada terus dibodohkan; kali ini oleh anak bangsanya sendiri. Terima kasih.

Tuesday, September 06, 2011

senario andaian



Soalan: Sekiranya para penyokong 'si-pengkhianat' yang tergantung terbalik ini bertindak mahu menurunkan mayatnya semasa gambar di atas diambil, apakah tindakan yang akan diambil oleh mata-mata 'Melayu' yang berdiri dengan senapang di tangan di sebelah kiri? Apakah yang bakal berlaku? Bagaimanakah mana pula catatannya peristiwa itu dalam sejarah rasmi negara ini? Siapakah pejuang, siapa pula petualang?

Monday, September 05, 2011

Pahlawan

Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika pusaramu tanpa bunga
Mereka mengatakan kau penderhaka
Engkau tetap pahlawan
Sungai Pahang berubah merah
Rumput tebingnya segala musnah
Satu satu pahlawan rebah
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat.

--------------------
Usman Awang