Sunday, January 31, 2010

trivia: minum-minum di the gone postal pub, london tengah


X: aku nak saman pengetua dan guru bahasa inggeris sekolah anak aku.

Y: hah kenapa pulak?

X: dia gagalkan kertas esei bahasa inggeris anak aku tanpa alasan yang munasabah!

Y: bagaimana pulak tu?

X: anak aku menulis eseinya bertajuk “the state of our affairs” berkenaan keadaan masyarakat kita hari ini dengan pelbagai masalahnya. dalam esei tersebut dia menyentuh tentang kecenderungan sesetengah kumpulan untuk membuat kecoh apabila mereka terasa hak dan kepentingan mereka dicerobohi atau sebagainya. bagi aku eseinya amat baik sekali, malah jauh lebih baik daripada esei yang aku tulis semasa aku bersekolah dulu.

Y: jadi kenapa dia digagalkan? eh, dulu kau dapat “A” bagi esei “one day at the english beach” kan? hebat kau!

X: hehehe. itu yang aku bengang. dalam esei itu dia menyebut tentang kecenderungan sesetengah orang untuk run amuk ketika berdepan dengan masalah. dalam menjelaskan fenomena itu dia gunalah kata-kata seperti amukers, jika yang terlibat lebih daripada seorang; amuking jika kejadian itu sedang berlaku; amuked bagi kejadian yang telah berlaku dan amuks bagi banyak kejadian running amuk.

Y: amuk tu berasal daripada bahasa melayu kan?

X: memanglah! dalam bahasa melayu dah berkurun kata amuk itu digunakan dalam pelbagai variasi maknanya. kenapa pulak salah bila digunakan dalam bahasa inggeris? bahasa melayu ada amuk, amukan, mengamuk, beramuk, beramuk-amuk, pengamuk, kecamuk, pengamukan dan mengamukkan. dah berkurun orang guna dalam bahasa melayu tau, tiba-tiba anak aku disalahkan bila guna. dia akan gagal periksa tau!

Z: wah, ini masalah pelanggaran hak asasi anak kau ni. apa hak sekolah buat begitu? kata amuk tu bukan hak eksklusif orang inggeris jek, kita kumpulan minoriti pun ada hak! apa lagi perkataan itu pun berasal daripada bahasa melayu pulak tu. apa hak orang inggeris nak memilikbangsakan perkataan tu. memang tak adil! mana hak minoriti? mana?

P: yup, i see no harm in the boy using amuk as long as he does not misuse it. and its doubly ok since he’s using it among his friends and within his schoolyard only. even our own and first nobel prize winner author, rudyard kipling, uses the word in his writings. and kipling was born in india, you know, and thats not too far away from the malay archipelago, surely he understood it better. thats good enough for me.

Q: yea, yea. its good for the english language anyway. its a kind of outreach, more people using it the better. eventually our language would be understood far and wide. hooray! more drinks, mate?

-------------------------------------
Nota: Hakim Lord Georgie Watanabe Spinner di Old Trafford Courts yang kemudiannya mengadili kes ini telah menolak permohonan plaintif dengan kos, mengekalkan markah 'F' bagi subjek bahasa inggeris anaknya, sekali gus memerintahkan plaintif supaya mengikuti rancangan Mind Your Language selama enam bulan sebagai hukuman tambahan kerana membuang masa mahkamah. Dalam obiternya Hakim Spinner menyebut: enter the sheeps pan bleat, enter the pigs sty oink.

Hakim juga telah mengarahkan Pengetua The New Berserker High School, tempat anak plaintif bersekolah, supaya menghadiahkan plaintif sebuah kamus Intermediate English Dictionary dan buku English Grammar for Beginners bagi membantu proses pembelajaran anaknya.

Esoknya akhbar The Daily Laughter menyiarkan berita kes tersebut dalam ruangan There You Have It di halaman 17 di bawah tajuk The Malay Nuts.

No comments: