hei kawan rakan senegara,
bagaimana kalau kita lupakan semua,
bagaimana kalau kita ketepikan kepercayaan agama,
bagaimana kalau kita sisihkan adat dan budaya,
bagaimana kalau kita kuburkan sejarah dan fakta,
bagaimana kalau kita buangkan undang-undang dan warta,
bagaimana kalau kita lepaskan resam dan rencana,
bagaimana kalau kita tanamkan semalam dan bina semuanya semula?
bahawa hari ini malaysia baru akan bermula,
bahawa semuanya diatur menurut kaum dan bangsa,
bahawa semuanya dimiliki secara bersama-sama,
bahawa semua hak, kedudukan, kerusi, jawatan dan juga kuota,
bahawa semua diagih menurut komposisi peratus penduduk purata,
bahawa semua kaum dan bangsa akan diambil dan dikira,
bahawa semuanya - melayu, cina, india, orang asli, bumiputera, juga punjabi, portugis, siam, yahudi, ceylonese dan lain-lain warganegara,
bahawa semuanya wajib mendapat hak dengan adil dan saksama,
bahawa semuanya berdasarkan nisbah peratus, bukan kuatnya suara atau harta atau kuasa,
bahawa semuanya setiap 15 tahun mesti dikaji semula.
supaya semuanya akan gembira dan hidup sejahtera,
supaya semuanya akan aman, tidak bermuram durja,
supaya semuanya akan adil dan telus belaka,
supaya semuanya akan jujur dan tidak berangkara,
supaya semuanya akan maju dan bersatu jiwa,
supaya semuanya akan bangga menjadi warganegara,
supaya semuanya akan bekerja untuk diri, kaum dan negara,
supaya semuanya mendapat tempat dan tidak dilupa,
supaya malaysia menjadi teladan kepada satu dunia,
tentang indahnya menjadi warga dan juga manusia.
Thursday, April 08, 2010
Friday, April 02, 2010
sang nyamuk bercerita
Semalam sang nyamuk padaku bercerita
Panjangnya kisah lara dan duka;
"Mereka berikanku darah setitik cuma
Setelah semalaman penat bekerja
Dan pemilik tanah tanpa satu pun usaha
Menghisap semua darah orang pekerja".
----------------------------
Last night the mosquito related to me
The whole story of his failures;
“They give me only one drop of blood
In return for the whole night’s labor
And this land owner without any effort
Sucked all the blood of the cultivator”.
----------------------------
Call of the Marching Bell, English translation and commentary of Byang-e-dary of Allama Muhammad Iqbal, by Dr M A K Khalil.
Panjangnya kisah lara dan duka;
"Mereka berikanku darah setitik cuma
Setelah semalaman penat bekerja
Dan pemilik tanah tanpa satu pun usaha
Menghisap semua darah orang pekerja".
----------------------------
Last night the mosquito related to me
The whole story of his failures;
“They give me only one drop of blood
In return for the whole night’s labor
And this land owner without any effort
Sucked all the blood of the cultivator”.
----------------------------
Call of the Marching Bell, English translation and commentary of Byang-e-dary of Allama Muhammad Iqbal, by Dr M A K Khalil.
Thursday, April 01, 2010
orang faham
...sebagai seorang cina berketurunan baba yang telah sekian lama menetap di singapura dan lebih fasih berbahasa melayu berbanding mandarin, beliau amat berbangga dengan negara dan wilayah serantaunya. beliau pernah dan selalu memberitahu saya bahawa kami tidak sepatutnya terperangkap dengan pemikiran kaum pendatang yang tidak ada kesetiaan yang tetap.
'kita mestilah menyintai bumi yang kita pijak dan tidak pula melupakan mereka yang ditinggalkan. kalau tidak, tidak akan ada singapura atau malaysia. kalau tidak, kita akan berada di awang-awang. kita mesti berada di sini dan juga di sana'.
ang swee chai,
februari 1989
- dipetik daripada buku dari beirut ke jerusalem; oleh, dr ang swee chai; terjemahan, saadon aksah; penerbit, unit buku harakah, 2007; hal., xxvii-iii.
'kita mestilah menyintai bumi yang kita pijak dan tidak pula melupakan mereka yang ditinggalkan. kalau tidak, tidak akan ada singapura atau malaysia. kalau tidak, kita akan berada di awang-awang. kita mesti berada di sini dan juga di sana'.
ang swee chai,
februari 1989
- dipetik daripada buku dari beirut ke jerusalem; oleh, dr ang swee chai; terjemahan, saadon aksah; penerbit, unit buku harakah, 2007; hal., xxvii-iii.
Subscribe to:
Posts (Atom)