hei kawan rakan senegara,
bagaimana kalau kita lupakan semua,
bagaimana kalau kita ketepikan kepercayaan agama,
bagaimana kalau kita sisihkan adat dan budaya,
bagaimana kalau kita kuburkan sejarah dan fakta,
bagaimana kalau kita buangkan undang-undang dan warta,
bagaimana kalau kita lepaskan resam dan rencana,
bagaimana kalau kita tanamkan semalam dan bina semuanya semula?
bahawa hari ini malaysia baru akan bermula,
bahawa semuanya diatur menurut kaum dan bangsa,
bahawa semuanya dimiliki secara bersama-sama,
bahawa semua hak, kedudukan, kerusi, jawatan dan juga kuota,
bahawa semua diagih menurut komposisi peratus penduduk purata,
bahawa semua kaum dan bangsa akan diambil dan dikira,
bahawa semuanya - melayu, cina, india, orang asli, bumiputera, juga punjabi, portugis, siam, yahudi, ceylonese dan lain-lain warganegara,
bahawa semuanya wajib mendapat hak dengan adil dan saksama,
bahawa semuanya berdasarkan nisbah peratus, bukan kuatnya suara atau harta atau kuasa,
bahawa semuanya setiap 15 tahun mesti dikaji semula.
supaya semuanya akan gembira dan hidup sejahtera,
supaya semuanya akan aman, tidak bermuram durja,
supaya semuanya akan adil dan telus belaka,
supaya semuanya akan jujur dan tidak berangkara,
supaya semuanya akan maju dan bersatu jiwa,
supaya semuanya akan bangga menjadi warganegara,
supaya semuanya akan bekerja untuk diri, kaum dan negara,
supaya semuanya mendapat tempat dan tidak dilupa,
supaya malaysia menjadi teladan kepada satu dunia,
tentang indahnya menjadi warga dan juga manusia.
Thursday, April 08, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
amat bagus wahai rakan senegara.
Post a Comment