Out of the night that covers me,
Black as the Pit from pole to pole,
I thank whatever gods may be
For my unconquerable soul.
In the fell clutch of circumstance
I have not winced nor cried aloud.
Under the bludgeonings of chance
My head is bloody, but unbowed.
Beyond this place of wrath and tears
Looms but the Horror of the shade,
And yet the menace of the years
Finds, and shall find, me unafraid.
It matters not how strait the gate,
How charged with punishments the scroll,
I am the master of my fate:
I am the captain of my soul.
----------------------------------
Gagahku
Terlepasku dari malam yang menyelubung,
Hitamnya jengat dari hujung ke hujung,
Terima kasih tuhan siapapun dia,
Atas gagah jiwaku, tak terkalah ia.
Terperangkap dalam genggaman keadaan
Tidakku merengek, menangis hingar.
Di bawah jerutan nasib tergodam,
Kepalaku berdarah, tak tertunduk jua.
Di luar ini daerah murka dan air mata
Terjelma celaka kelam terpinggir
Tapi ini ancaman tahun menahun
Temuilah, temuilah aku yang tak kenal takut.
Biar runcing lorong terlangkah,
Biar perit hukuman tertitah,
Akulah juragan seludang takdirku,
Akulah laksamana lancang jiwaku.
----------------------------
(1) William Ernest Henley (1849–1903)
Sunday, January 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
No22 Islamic Street
Adakah keterlaluan sekiranya puisi ini dihiasi gambar Abdul Hadi Awang? Mungkin 'si pencuri' ada pandangan lain agaknya...
kenapa perlu dihiasi gambar Abdul Hadi Awang???
-bukit cinta-
insyaallah...sedikit sebanyak puisi ini dapat menyuntik kembali kekuatan dan semangat yang semakin luntur
cantik susunan bahasa terjemahan tn syed.
saya juga teringat kata-kata seorang teman rapat apabila diri ini dilanda gundah gulana dan patah hati.....
"kita adalah nakhoda hati kita sendiri"
suka perkataan jengat itu...
Terperangkap dalam genggaman keadaan
Tidakku merengek, menangis hingar.
Di bawah jerutan nasib tergodam,
Kepalaku berdarah, tak tertunduk jua.
Biar runcing lorong terlangkah,
Biar perit hukuman tertitah,
Akulah juragan seludang takdirku,
Akulah laksamana lancang jiwaku.
saya suka bait-bait di atas
Pencuri Kota Baghdad
Saran si penghuni No.22 Islamic Street bukan keterlaluan jika sekadar memberi wajah kepada bait-bait.
Cuma lain padang lain belalangnya.
Pencuri Kota Baghdad
Bak Ratu Balqis melihat istana Sulaiman AS (kata lirik lagu Siti Nurhaliza), aku terkesima.
Dan tertanya-tanya ..?
Apakah Sutra Malaya sudah kembali?
Atau sekadar bias gurun yang memerangkap sang penyair kehausan?
Sehingga telinga benar-benar disapu mersik Qawalli alunan Divan e-Sham dari Tabriz itu ..,
dan biarlah barangkali penghuni No. 22 Islamic Street sudah bersedia mendirikan kanopi menunggu temasya ..,
aku memilih untuk terus bersila.
Aku belum mahu bangun menari.
Post a Comment