Kenapa saya harus mencari? Saya sama sepertinya,
Jiwa raganya berbicara melalui saya,
Saya mencari diri sendiri sekian lama!
---------------------------
Why should I seek? I am the same as he.
His essence speaks through me.
I have been searching for myself!
----------------------------
Rumi, setelah dua tahun nanar mencari Shams at-Tabriz yang menghilang.
Monday, March 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
saya juga bisa nanar membaca blog tuan dan komentarnya.
jadi cuma mampu menjadi pemerhati melihat tuan dan tuan-tuan yang yang lainnya.
tuan hr, lama tidak muncul, kerana musim barangkali? tuan beralih ke hemisfera selatan atau bergerak jauh ke utara? banjir dan salji di sana, apakah itu angkara tuan?
saya tidak ke mana,sentiasa ada atau mungkin hanya ribut-ribut di dalam secangkir cawan
Pencuri Kota Baghdad
sebenarnya
kita bukan datang dari mana-mana
dan hendak pergi ke mana-mana
malah kita tidak berada
di mana-mana pun
kerana kita
kosong.
di mana
kita bermula kita berhenti.
kosong hanya punya nilai
apabila mendekati satu
Tuan HR,
orang yang hanya mengaku sekadar mampu mengocak air di dalam cawan - sebenarnya punya upaya mencipta ribut besar di seluruh jagat.
Orang seperti tuan bukan sekadar tidak menampakkan hulu keris, malah membungkus badik bengkok di dalam tiga lipatan kain.
Walhal senjata tuan mungkin panah yang tidak perlu busar untuk dilepaskan.
Tuan HR begitu bersantun justru tetamu di halaman orang lain.
Apakah Tuan SP ada menyediakan sirih dan kopi madu untuk kita berdua?
dalam membaca gerak awan pada terik petang ini saya senyum lebar dengan kata-kata tuan pencuri;
bertamu di sini saya perlu menjaga kata kerana yang berhimpun molek belaka bahasanya,
dan berharga sungguh bagi saya terjemahan tuan
maka untuk tuan SP,
tanpa dihidangkan apa-apa pun di sini sering ribut mengambil angin.
argh tuan spa mereka yang mencari itu apa mungkin sekadar nakhoda hilang haluan atau mungkin juga musafir hilang kompas?
bukankah sudah tersurat jalan-denai yg wajar dituruti yg nescaya tidak perlu mencari?atau dia yang mencari itu hanya sekadar mengejar fatarmorgana dan mencari hujungnya pelangi?
tuan hr,saya juga jika ada perkenan ingin disuguh menjadi pemerhati seperti tuan;tuan tentunya pemerhati yg bijaksana tanpa ada yg terlepas dari pandang mata batin dan mata hati tentunya.
tuan pkb>tentunya dia yg mempamerkan keris tanpa silu adalah seorang pancari jua.dia yang sudah aula,sudah ketemu yang dicari tentu urung mempamerkan keris apatah lagi keris tanpa lok.pun disimpai 3 lapis keris nescaya terpancar jua nur-bijaksananya.ribut dan taufan hanyalah mainan alam yg tidak merencatkan pengamatan dia yg aula.
saya masih mencari dan meneliti dan tentunya mencemburui jika ada dia yang segah ibn battutah,sipengembara agam yg tentunya sudah ketemu yg dicarinya namun kelak tetap bermusafir keseluruh jagat.saya menunggu perkhabaran itu mudah2an tuan spa,tuan hr dan tuan pkb menjelma menjadi ibnu battutah adanya.saya tetap menunggu di hujung denai ini perkhabaran itu sambil cuba belajar menjadi pemerhati jitu
sekadar memberi bicara di laman tuan spa ini,
pada tuan anh,adakala buat saya,mencari tidak pada yang tiada atau hilang tidak pula pada yang ada.
memerhati lebih mudah dari melantun kata dengan tuan-tuan yang jauh sudah kembaranya,semuga nanti dapat saya sebaris memukat wibawa sepertimana sekalian tuan.
Post a Comment