KUALA LUMPUR 21 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kedudukan dan hak-hak Melayu dilindungi sepenuhnya serta “terkunci kemas” dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa dapat digugat lagi dan kenyataan ini wajar diterima oleh semua kaum negara ini.
Najib yang juga Presiden UMNO berkata, asas berkenaan adalah kontrak yang dimuafakat bapa-bapa pengasas yang mewakili semua kaum ketika negara di ambang kemerdekaan.
“Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran Majlis (Raja-Raja) yang dianggotai sembilan orang Raja-Raja Melayu.
“Dalam kata lain, sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit, sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2010, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini. (...baca lagi)
-----------------------------------
KOMEN: Jika begitu, maka benarlah kefahaman dan penegasan orang bijak pandai dan yang sedar selama ini bahawa orang Melayu tidak memerlukan Umno untuk melindungi atau memperjuangkan hak, kedudukan dan nasib mereka.
Dan benar jugalah kenyataan orang-orang yang celik bahawa selama ini Umno telah mempergunakan kejahilan orang Melayu tentang hal ini untuk memperpanjang hayat politik dan jangkauan tangan kotor mereka dengan memposisikan parti korup mereka sebagai pembela hak dan kepentingan Melayu yang sebenarnya tidak pernah tercabar itu.
Justeru, bukankah orang Melayu sekarang boleh menarik nafas lega kerana terlepas daripada momok Umno selama ini tentang ancaman terhadap hak dan kedudukan mereka, sekali gus boleh berfikir dan bertindak bebas tanpa perlu lagi menelan kelemahan, kegagalan, ugutan, tipu-daya, penghinaan serta sifat buruk para pemimpin Umno selama ini semata-mata kerana terpaksa atas nama melindungi hak dan kedudukan mereka daripada ancaman?
BEBAS ORANG MELAYU! JADILAH BANGSA MERDEKA YANG SEBENAR-BENARNYA! TUAN-TUAN TIDAK MEMERLUKAN UMNO!
Friday, October 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Melayu bebas merdeka tidak bodoh sombong dan sentiasa mencari kebenaran hakiki.
Mohon izin tampal entri tuan yang ini ke blog saya.
LAN
Sudah tiba masanya PAS menjadi pilihan semua orang melayu, terbukti sudah tanpa umno, hak melayu tetap terpelihara.
Pencuri
Aku lebih memilih untuk mengulas entri bersifat menerobos Tuan Pokok ini berdasarkan satu frasa idiomatik Inggeris yang berbunyi "missing the forest for the trees".
Benarlah kata-kata PM itu perihal tiada gunanya hatta kuasa dua pertiga di Parlimen dan apa pun analisis tentangnya - namun tidakkah ia juga memerihalkan secara terang lagi nyata pihak manakah yang sebenarnya memiliki kuasa yang terkunci atau terpateri kemas itu - dan setelah mengenal pasti pihak seramai 9 susuk itu - sekaligus menjadikan UMNO hampir-hampir tidak relevan sama sekali - apakah betul sasaran PAS selama ini? Iaitu segala bobrok bernatijahkan UMNO?
Siapakah sebenarnya pokok; dan siapakah sebenarnya hutan?
Dan PAS mahu menebang apa?
barangkali tuan pencuri harus menjelaskan kesimpulan asal yang dibuatnya, iaitu 'missing the forest for the trees'. siapa atau apakah 'forest' dan 'trees' yang tuan maksudkan?
jika 9 susuk itu yang dimaksudkan sebagai 'forest' dan umno sebagai 'trees', maka berdasarkan idiom di atas bolehkah saya simpulkan bahawa tuan pencuri mengisyaratkan pas telah tersalah sasaran - iaitu ia seharusnya menghalakan muncung meriamnnya kepada 9 susuk itu sebagai punca kebobrokan yang berlaku, bukannya umno. benarkah begitu?
jika itulah maksud tuan pencuri, maka bukankah kesimpulan itu berlawanan sama sekali dengan kepentingan melayu seperti yang tercatat dalam perlembagaan itu sendiri, sekali gus membuang pelindung sah kepentingan itu seperti yang disimpulkan oleh kenyataan najib di atas?
dan jika itu berlaku, bukankah ia juga bermakna memberi nyawa kepada umno untuk kini menjadikan agenda melindungi 9 susuk itu sebagai momok baru bagi melindungi kepentingan dan hak melayu, sekali gus menjadikan ia relevan kembali di mata orang melayu dan undang-undang khasnya?
sehubungan itu, saya percaya, berdasarkan peruntukan perlembagaan yang dimaksudkan dan 'penemuan' baru najib tentangnya, soalan yang lebih sah ditanya ialah - justeru hakikat perundangan di atas, maka apakah yang diperlukan oleh orang melayu - sebagai sebuah kelompok budaya yang khusus dan sebagai anggota masyarakat malaysia yang lebih luas - bagi, antara lain, 1.merealisasikan harapannya untuk 'berjaya' 2.menggembleng seluruh potensinya untuk 'berjaya' 3.menyumbang kepada 'kejayaan' masyarakat luasnya berdasarkan ruang dan juga batasan realiti yang dihadapinya?
Post a Comment