sambungan, Kelas
“Begini, pertama, budaya yang kita ada sekarang ini tidak membuatkan manusia berasa senang dengan diri mereka sendiri. Kita mengajar perkara yang salah. Dan anda harus cukup berani untuk berkata bahawa jika budaya itu gagal berfungsi, jangan terima.
Wujudkan budaya anda sendiri. Kebanyakan orang tidak dapat melakukannya. Mereka lebih tidak gembira daripada saya – hatta dalam keadaan diri saya sekarang.
“Saya mungkin sedang sakit tenat, tetapi saya dikelilingi oleh insan-insan yang prihatin dan sangat mengasihi. Berapa orang yang dapat berkata demikian?
Saya kagum dengan sikapnya yang langsung tidak mahu menyerah kalah kepada keadaan. Morrie, yang tidak lagi berupaya menari, berenang, mandi atau berjalan; Morrie, yang tidak lagi boleh membuka pintunya sendiri, mengeringkan badan selepas mandi, malah untuk berpusing di katilnya sendiri juga dia tidak berupaya.
Bagaimana dia boleh begitu reda dengan keadaan? Saya melihatnya bergelut dengan garfunya, mencuba mengambil secebis tomato di pinggannya, gagal dalam percubaan pertama dan kedua – pemandangan yang sangat menghibakan.
Namun, saya juga tidak dapat menafikan bahawa berada di sampingnya amat menyenangkan sekali; bayu dingin yang sama yang membelai saya ketika di kolej.
Saya menjeling jam di lengan – kerana kebiasaan – hari semakin lewat, dan saya berfikir tentang mengubah tempahan pesawat pulang saya. Kemudian Morrie berbuat sesuatu yang terus menghantui saya hingga ke hari ini.
“Anda tahu bagaimana saya akan mati?”, tanyanya.
Saya mengangkat kening.
“Saya akan mati sesak nafas. Ya, kerana penyakit lelah yang saya hidapi, paru-paru saya tidak mampu menghadapi penyakit ini. Ia bergerak ke bahagian tubuh atas saya, inilah ALS. Ia telah mengambil kaki saya. Tak lama lagi ia akan mengambil lengan dan tangan saya. Dan apabila ia tiba ke paru-paru saya…”
Dia mengangkat bahunya.
“…saya habis”.
Saya tak tahu apa nak cakap, jadi saya berkata, “Hmm, anda tau, maksud saya…kita tak tau tu”.
Morrie memejamkan mata. “Saya tahu, Mitch. Anda tidak perlu takut bahawa saya akan mati. Hidup saya gembira dan kita semua tahu yang ia akan berlaku juga. Saya mungkin ada empat atau lima bulan lagi”.
Takkan begitu, kata saya gementar. Tiada siapa yang tahu –
“Saya tahu”, katanya perlahan. “Ada satu ujian mudah pun. Seorang doktor menunjukkannya kepada saya”.
Ujian?
“Tarik nafas beberapa kali”.
Saya buat apa yang disuruhnya.
“Sekarang, sekali lagi, tapi kali ini, apabila anda menghembus keluar nafas, kira sebanyak mungin nombor sebelum anda mengambil nafas semula”.
Saya segera mengira sambil mengembus nafas. “Satu-dua-tiga-empat-lima-enam-tujuh-lapan…”. Saya sampai ke nombor 70 sebelum kehabisan nafas.
“Bagus”, kata Morrie. “Paru-paru anda sihat. Sekarang cuba tengok saya".
Dia menarik nafas, kemudian mula mengira dengan suara perlahan dan terketar-ketar. “Satu-dua-tiga-empat-lima-enam-tujuh-lapan-sembilan-sepuluh-sebelas-duabelas-tigabelas-empatbelas-limabelas-enambelas-tujuhbelas-lapanbelas-“.
Dia berhenti, tercungap-cungap.
“Masa doktor itu mula-mula menyuruh saya buat begini, saya boleh sampai ke angka dua puluh tiga. Sekarang hanya lapanbelas”.
Dia memejam mata, menggelengkan kepala. “Tangki saya sudah hampir kosong”.
Saya menepuk-nepuk paha, gementar. Itu sudah cukup untuk satu hari.
“Datang lagi untuk berjumpa profesor tua anda”, kata Morrie apabila saya memeluknya selamat tinggal.
Saya berjanji akan berbuat demikian, dan cuba untuk tidak berfikir tentang kali terakhir saya berbuat demikian.
@ @ @
Di kedai buku kampus, saya mencari barang-barang yang ada dalam senarai Morrie. Saya membeli buku yang saya tidak tahu wujud pun, judul-judul seperti Youth: Identity and Crisis, I and Thou, The Divided Self.
Sebelum ke kolej saya tidak tahu bahawa kajian tentang hubungan kemanusian boleh dianggap ilmiah. Sehingga saya bertemu Morrie, saya tidak mempercayainya.
Tetapi minatnya kepada buku sangat nyata dan mewabak. Kami mula bercakap dengan serius, mula-mula selepas kelas, apabila ia kosong. Dia bertanya tentang kehidupan saya, kemudian memetik kata-kata daripada Erich Fromm, Martin Buber, Erik Erikson.
Dia sering merujuki kata-kata mereka dan menotakakikan nasihatnya sendiri, walaupun adalah jelas dia juga berfikir perkara yang sama. Pada waktu-waktu inilah saya sedari bahawa dia memang seorang profesor, bukan pakcik.
Pada suatu petang, saya merungut tentang kekeliruan zaman saya, apa-apa yang dikehendaki daripada kami dan yang kami mahu sendiri.
“Pernahkah saya memberitahu anda tentang ketegangan bersilang?”, katanya.
Ketegangan bersilang?
“Kehidupan adalah suatu siri tarikan ke depan dan ke belakag. Anda mahu berbuat sesuatu, tetapi anda terpaksa berbuat sesuatu yang lain. Ada perkara yang menyakitkan anda, namun anda tahu ia tidak seharusnya begitu. Anda mengambil remeh perkara-perkara tertentu, walaupun anda tahu bahawa tidak ada perkara yang harus di pandang ringan.
“Ketegangan bersilang, seperti regangan pada se utas getah gelang. Dan kebanyakan kita berada di bahagian tengahnya”.
Seperti perlawanan gusti, kata saya.
“Perlawanan gusti”. Dia ketawa. “Ya, anda boleh kata hidup begitu.
Jadi pihak mana yang menang, tanya saya.
Dia tersenyum, mata yang berkedut itu, gigi yang bengkok itu.
“Kasih saying menang. Kasih saying sentiasa menang".
Monday, March 26, 2012
Tuesday, February 28, 2012
Selasa bersama Morrie (9)
Kelas
Cahaya matahari memancar melalui tingkap ruang makan, lalu menerangkan lantai kayu kerasnya. Kami bercakap di situ hampir dua jam. Telefon berbunyi lagi dan Morrie meminta pembantunya, Corrie, menjawab. Dia mencatatkan nama pemanggilnya di buku temu janji Morrie yang berwarna hitam. Kawan-kawan. Guru-guru meditasi. Kumpulan perbincangan. Seseorang yang mahu mengambil fotonya untuk majalah.
Jelas bahawa bukan saya sahaja yang berminat menziarahi profesor tua saya ini – kemunculannya dalam rancangan ‘Nightline’ itu telah menjadikannya selebriti. Tetapi saya lebih kagum – dan barangkali juga sedikit cemburu – dengan kawan-kawan Morrie. Saya terfikir tentang ‘kawan-kawan’ yang mengisi orbit saya ketika di kolej. Ke mana mereka sekarang?
“Tau tak Mitch, kerana saya akan mati, saya jadi lebih menarik kepada banyak orang”.
Anda sentiasa menarik.
“Ho”. Morrie senyum. “Baik hati anda”.
Tidak, saya tidak begitu, fikir saya.
“Begini”, katanya. “Mereka melihat saya seperti sebuah jambatan. Saya tidaklah ‘hidup’ seperti dahulu, tetapi saya belum mati juga. Saya seperti … berada di antara keduanya”.
Dia terbatuk, tetapi kemudian senyum kembali. “Saya dalam perjalanan akhir yang hebat – dan mereka mahu saya memberitahu tentang persiapan yang perlu”.
Telefon berdering lagi.
“Morrie, boleh cakap?”, tanya Connie.
“Saya sedang bercakap dengan kawan lama ni,” tegasnya. “Suruh mereka telefon balik”.
Saya tidak dapat menjelaskan kenapa dia menerima saya dengan begitu mesra. Saya bukanlah pelajar terbaik yang meninggalkannya enam belas tahun yang lalu. Jika bukan kerana ‘Nightline’, Morrie mungkin telah mati tanpa menemui saya semula.
Saya tiada alasan kukuh untuk itu, melainkan alasan yang diberikan semua orang sekarang. Bahawa saya terperangkap dalam nada kehidupan saya sendiri. Saya sibuk.
Apakah yang berlaku? Saya menanyai diri. Suara Morrie yang nyaring dan serak membawa saya kembali ke zaman di university, ketika saya menganggap orang kaya adalah jahat, kemeja dan tali leher adalah seragam penjara, dan kehidupan tanpa kebebasan untuk berpergian – dengan motosikal dan tiupan angin menampar muka, di celah-celah lorong di Paris, hingga ke pergunungan Tibet – bukan kehidupan sama sekali. Apakah yang berlaku kepada saya?
Tahun lapan puluhan tiba. Tahun Sembilan puluhan muncul. Kematian dan sakit, menjadi botak dan gemok berlaku. Saya menukar banyak impian dengan gaji yang lebih besar, dan saya tidak pernah sedar bahawa saya melakukannya.
Namun kini Morrie bercakap dengan ghairah zaman universiti kami, seolah-olah saya hanya kembali daripada cuti panjang.
“Anda temui seseorang untuk berkongsi perasaan anda?”, dia bertanya.
“Anda menyumbang kepada masyarakat?”
“Anda gembira dengan diri anda?”
“Anda cuba menjadi manusia paling baik sesuai dengan diri anda?”
Saya menggeliat, bagi menunjukkan bahawa saya sedang memikirkan soalan-soalan itu dengan serius. Apakah yang berlaku kepada saya? Saya pernah berjanji pada diri sendiri bahawa saya tidak akan bekerja untuk wang,; bahawa saya akan menyertai Peace Corps; bahawa saya akan menetap di tempat-tempat yang indah dan mengasyikkan.
Sebaliknya, saya berada di Detroit selama sepuluh tahun sekarang, di tempat kerja yang sama, pergi ke bank yang sama, dan tukang gunting yang sama. Umur saya tiga puluh tujuh, lebih cekap berbanding ketika di kolej, terikat dengan komputer dan telefon bimbit.
Saya menulis artikel tentang athlet-athlet kaya, yang lazimnya, tidak pernah peduli tentang orang seperti saya. Saya tidak lagi muda bagi rakan sebaya, dan saya juga tidak lagi memakai kemeja peluh kelabu dengan rokok yang tidak menyala di bibir. Saya tidak lagi berbincang panjang tentang makna kehidupan sambil makan sandwic telur.
Hari-hari saya penuh-padat, tetapi saya, hampir sepanjang masa, tidak berpuas hati.
Apakah yang berlaku kepada saya?
“Coach”, kata saya tiba-tiba, ekoran teringat nama panggilan itu.
Morrie tersenyum puas. “Itu saya. Saya masih jurulatih anda”.
Dia ketawa dan meneruskan makan, hidangan yang dimulainya empat puluh minit sebelum ini. Saya memerhatikannya, tangannya begitu berhati-hati, seolah-olah dia baru belajar menggunakannya. Dia tidak boleh menekan pisau dengan kuat. Jari-jarinya menggeletar.
Setiap gigitan tampak begitu sukar; dia menguyah halus makanan sebelum menelannya; kadang-kadang ia terkeluar di penjuru mulutnya. Dia terpaksa menghentikan makan, meletakkan apa-apa yang dipegangnya, untuk mengelap mukanya dengan kain lap. Kulit dari pergelangan tangan hingga ke ruas jarinya dipenuhi tompok-tompok usia, dan ia menggeleber, seperti kulit yang tergantung pada tulang sup ayam.
Untuk seketika, kami makan begitu, lelaki tua yang sakit, lelaki lebih muda yang sihat – kedua-dua mereka menyerap keheningan bilik itu. Bagi saya, ia keheningan yang memalukan, tetapi nampaknya hanya sayalah yang berasa begitu.
"Sakit nazak", kata Morrie tiba-tiba, "hanyalah satu perkara yang boleh disedihkan, Mitch. Hidup yang tidak gembira adalah perkara lain. Begitu ramai orang yang datang menziarahi saya tidak gembira".
Kenapa?
…bersambung, Kelas

Thursday, February 16, 2012
Selasa bersama Morrie (8)
Orientasi
Sewaktu saya memusingkan kereta sewaan ke jalan rumah Morrie di Newton Barat, sebuah subbandar yang tenang di Boston, saya memegang segelas kopi di sebelah tangan dan telefon bimbit antara telinga dan bahu saya. Saya bercakap dengan penerbit TV mengenai sebuah program yang kami sedang usahakan bersama.
Mata saya bergerak dari jam digital – penerbangan balik saya dalam beberapa jam lagi – ke nombor-nombor peti surat di jalan yang dibarisi pokok itu. Radio kereta terpasang – stesen berita. Beginilah cara saya bekerja – lima perkara dalam satu masa.
“Putar balik pita itu”, kata saya kepada penerbit. “Saya mahu mendengar bahagian itu sekali lagi”.
“Ok”, katanya. “Tunggu sekejap”.
Tiba-tiba saya berada di depan rumah yang dicari. Saya menekan brek, lalu menumpahkan kopi ke riba. Apabila kereta berhenti, saya terpandang sebuah pokok maple Jepun yang besar dan tiga bentuk sedang duduk berhampirannya di jalan masuk ke rumah itu, seorang lelaki muda, seorang wanita separuh umur di sisi seorang lelaki tua yang kecil di atas kerusi roda.
Morrie.
Sebaik sahaja terpandang profesor tua saya itu, saya gamam.
“Helo?”, kata penerbit dalam kereta saya. “Kita terputus ke…?”
Saya tidak bertemunya selama enam belas tahun. Rambutnya lebih nipis, hampir putih, dan mukanya cengkung. Tiba-tiba saya berasa seperti tidak bersedia untuk pertemuan itu – paling jelas, saya di gagang telefon – saya berharap dia tidak perasan ketibaan saya, supaya saya boleh terus memandu beberapa pusingan lagi bagi menyudahkan urusan saya, sekali gus menyediakan diri.
Tetapi Morrie, versi baru lelaki yang lusuh ini yang pernah saya kenali suatu waktu dahulu, tersenyum memandang kereta saya, tangannya tertaup di pangkuan, menunggu saya muncul.
“Hei?”, kata penerbit lagi. “Anda ada tu?”
Demi masa kami bersama, demi segala kemurahan hati dan kesabaran Morrie terhadap saya masa muda, saya sepatutnya meletakkan telefon dan melompat keluar dari kereta, berlari, memeluknya dan berkata helo.
Sebaliknya, saya mematikan enjin dan menggelonsor ke bawah kusyen kereta seolah-olah mencari sesuatu.
“Ya, ya, saya ada”, bisik saya, dan meneruskan percakapan dengan penerbit TV itu sehingga kami selesai.
Saya berbuat apa yang telah terbiasa saya buat: saya uruskan kerja saya, hatta sewaktu profesor saya yang nazak sedang menunggu di laman rumahnya. Saya tidak berbangga dengan perbuatan itu, tetapi itulah yang saya buat.
Sekarang, lima minit kemudian, Morrie sedang memeluk saya, rambutnya yang menipis menggesel leher saya. Saya memberitahunya bahawa saya mencari kunci, lalu menyebabkan saya agak lama di dalam kereta tadi. Saya memeluknya lebih kuat lagi, seolah-olah saya dapat merenyukkan bohong kecil itu.
Walaupun matahari musim bunga agak panas, dia memakai jaket adang angin, sementara kakinya dilitupi selimut. Dia berbau sedikit masam. Kadang-kadang orang yang banyak makan ubat berbau begitu. Oleh sebab mukanya tertekan rapat ke muka saya, saya dapat mendengar nafasnya yang berat di telinga.
“Kawan lama”, bisiknya, “anda kembali akhirnya”.
Dia menggoncang badan kami berdua, seperti tidak mahu melepaskan, tangannya mencapai siku saya sewaktu saya menunduk ke arahnya. Setelah sekian lama, saya terkejut akan kemesraan itu. Akan tetapi, di sebalik tembok batu yang telah saya bina antara masa kini dan masa silam, saya terlupa tentang betapa rapatnya kami suatu masa dahulu.
Saya teringat hari penyampaian ijazah, beg bimbit, air matanya ketika saya pergi. Saya menelan air liur kerana jauh di sudut hati, saya tahu bahawa saya bukan lagi pelajar pemberi hadiah yang baik yang diingatinya.
Saya hanya berharap bahawa dalam masa beberapa jam akan datang itu, saya dapat membohonginya.
Di dalam rumah, kami duduk di sebuah meja makan walnut, di sisi sebuah tingkap yang memandang keluar ke rumah jiran. Morrie gelisah di kerusi rodanya, cuba mendapatkan kedudukan yang lebih selesa. Seperti biasa, dia mahu menjamu saya. Saya kata ok.
Seorang pembantu, wanita Itali berbadan tegap bernama Connie, memotong roti dan tomato, dan membawa masuk bekas makanan berisi salad ayam, humus dan tabouleh.
Dia juga membawa pil. Morrie memandangnya dan mengeluh.
Matanya lebih cengkung daripada daripada apa yang saya ingat, tulang pipinya juga lebih tertonjol. Ini menjadikan wajahnya nampak lebih keras, tua – sehinggalah dia senyum, tentu-tentunya, dan pipinya yang merebeh itu terangkat seumpama tirai.
“Mitch", katanya perlahan, “anda tahu saya nazak”.
Saya tahu.
“Baik”, Morrie menelan pili-pilnya, meletakkan gelas kertasnya, bernafas dalam-dalam, lalu melepaskannya keluar.
“Mahu saya beritahu bagaimana rasanya?”
Bagaimana rasanya? Mati?
“Ya”, katanya.
Tanpa saya sedari, kelas terakhir kami baru saja bermula.
@ @ @
Waktunya tahun pertama saya. Morrie lebih tua daripada kebanyakan pensyarah, dan saya lebih muda daripada kebanyakan pelajar, kerana meninggalkan sekolah tinggi setahun lebih awal. Bagi menebus umur muda saya di kampus, saya memakai baju peluh lama, bertinju di gim berhampiran dan berjalan dengan rokok yang tidak bernyala di bibir saya, walaupun saya tidak merokok.
Saya memandu sebuah Mercury Cougar lama, dengan tingkap terbuka dan muzik yang kuat. Saya menonjolkan watak keras – tetapi kelembutan Morrielah yang menarik saya, dan oleh sebab dia tidak memandang saya sebagai budak yang mahu nampak lebih hebat daripada yang sebenar, saya relaks.
Saya menyudahkan kursus pertamanya itu dan mendaftarkan diri untuk kursus berikutnya. Dia pemberi markah yang pemurah; dia tidak mementingkan gred. Pada suatu ketika, katanya semasa Perang Vietnam, Morrie memberi semua pelajarnya markah ‘A’ bagi memastikan mereka mendapat penangguhan pelajar.
Saya mula memanggil Morrie “Coach” sebagaimana saya menggelar jurulatih trek sekolah tinggi saya. Morrie menyukai nama panggilan itu.
“Coach”, katanya. “Baik, saya akan jadi jurulatih anda. Dan anda boleh menjadi pemain saya. Anda boleh bermain semua bahagian kehidupan yang indah-indah itu yang sudah terlalu tua untuk saya sekarang”.
Kadang-kadang kami makan bersama di kafetaria. Morrie lebih selekeh daripada saya, dan ini menggembirakan. Dia bercakap, bukannya menguyah, ketawa dengan mulut terbuka luas, meluahkan buah fikiran yang mengujakan dengan mulut penuh salad telur, dengan cebisan-cebisan kuningnya memenuhi giginya.
Ia menyebabkan saya tertawa. Selama saya mengenalinya, ada dua perkara yang sangat ingin saya lakukan: memeluknya dan memberinya kain pengelap mulut.

Subscribe to:
Posts (Atom)