Thursday, February 04, 2010

Tiadakah lagi lelaki di sini?

Aduhai ceritera saiful bukhari
Dimukah menteri tegak berdiri
Tiada tertempis tiada terlari
Biar bertampang baginda ali

I takut and benci sekali
Itu sabda menunjang diri
Biar dinoda berkali-kali
Disuruh pergi dipanggil mari

Apa sebenar yang tuan cari
Namakau musnah tak terubati
Maruahkau hilang tak terganti
Esok lusa ke mana pergi?

Di kandang saksi tuan berdiri
Dalam hikayat dosa dan budi
Hanya tuan yang tahu sendiri
Kenapa nasibkau jadi begini

Aaaaaaah kartika sari dewi
Kaulah suri kaulah srikandi
Ayuh bangsawan seantero negeri
Sebat pantatku siapa berani!

Hei! Tiadakah lagi lelaki di sini?

2 comments:

neonparadise said...

Ayam jantan bertaji panjang,
sungguh gagah bila di pandang,
Berkokok pagi dan petang,
kerana aku lah jantan kepalang,

Ayam jantan bertaji panjang,
patah layu terkulai ranjang,
tersentuh taji ayam betina,
hilanglah jantan siang dan malam,
yang tinggal hanyalah nama.

pemuda pendokong shariati, yang tak jemu memerhati said...

duhai si jambu saiful bukhari,
bila lagi nak tayang dvd?
khabarnya mp4 tersebar nanti
Tuhan dan malaikat menjadi saksi

duhai tuan anwar al-ibrahimi,
kasihanilah azizah sebagai isteri,
tiada guna melalak reformasi
jika kebenaran Ilahi yang kau mungkiri...