saya terbaca entri ini analyis of dr dzul's question dari ruangan komen di laman web ahli parlimen kuala selangor, dr dzulkifli ahmad. berikut adalah respons saya:
------------------------------
salam. kenapa perlu berbelit-belit begitu farouk being malaysia? apakah ia menggambarkan kecelaruan fikiran tuan?
dr dzul menyebut bahawa beliau seorang demokrat islamis. ada dua perkataan di sini, iaitu demokrat dan islamis.
sebagai demokrat dr dzul bersedia untuk tunduk dan tertakluk kepada proses demokrasi dalam sikap dan pembuatan keputusan.
sebagai seorang islamis pula beliau berpegang kepada islam sebagai 'agama peribadi' dan akan juga memperjuangkannya sebagai tata sosial dan politik negara.
justeru, sebagai demokrat islamis, dr dzul yang berpegang kepada islam itu akan memperjuangkan pegangannya itu dalam kerangka dan proses sebuah sistem demokrasi, bukan di luarnya.
ertinya, apa-apapun dasar dan kepercayaan islam yang dipegang dan mahu dilaksanakannya sebagai tata sosial dan politik itu, dr dzul bersedia untuk menerima dan tunduk kepada proses biasa untuk sesuatu idea dan dasar diterima dan digunapakai dalam sesebuah sistem demokrasi, iaitu – pengucapan, penerangan, pengundian, pembentangan, perdebatan, pengundian, kelulusan, undang-undang dan pelaksanaan.
dalam sebuah sistem demokrasi, apabila sesuatu idea itu telah melalui tahap-tahap di atas secara telus dan sah, maka ia adalah sah sebagai undang-undang dan wajib dipatuhi oleh semua warga tanpa kecuali biar apapun ‘kepercayaan peribadi’ si warga. kegagalan untuk patuh adalah salah di sisi undang-undang dan akan dikenakan tindakan yang sewajarnya juga mengikut undang-undang.
cth 1: saya penunggang motorsikal, biar apapun ‘kepercayaan peribadi’ saya, tatkala menunggang saya wajib memakai topi keledar kerana pemakaiannya adalah wajib di bawah undang-undang negara dan ia telah diluluskan secara sah oleh proses demokrasi yang ada.
cth 2: saya membawa buah manggis dan dokong ketika menziarahi anak saya yang belajar di wellington, new zealand. ketika mahu melalui kastam di lapangan terbang auckland, saya diberi pilihan sama ada memakan semua buah-buahan tersebut atau memusnahkannya sebelum dibenarkan masuk. undang-undang negara itu melarang kemasukan barangan sedemikian dan telah diluluskan secara sah oleh proses demokrasinya. biar apapun ‘kepercayaan peribadi’ saya, saya wajib mematuhi kehendak itu jika mahu masuk.
dari sisi yang lain, dr dzul tidak boleh dipertanggungjawabkan atau diminta menjawab bagi pihak kerajaan atau institusi-institusinya yang sedia ada. itu tidak adil dan juga tidak jujur namanya. bukankah kehadiran beliau sendiri dalam ruang politik negara adalah untuk mengubah keadaan-keadaan yang ditimbulkan itu?
di aras yang lain pula, sebagai demokrat islamis, dr dzul tidak akan membawa, menyokong atau melaksanakan apa-apa idea, dasar atau undang-undang yang berlawanan dengan falsafah, nilai, prinsip dan undang-undang islam, hatta jika idea, dasar atau undang-undang tersebut telah melalui tahap-tahap penerimaan dan kelulusannya yang sah dalam sistem demokrasi sekalipun.
sebaliknya, dr dzul akan menggunakan semua daya dan upayanya untuk menentang, menolak atau menyanggah idea, dasar dan undang-undang tersebut serta pihak-pihak yang mendukungnya melalui cara-cara yang demokratik, sah dan juga islamis.
dr dzul tidak akan meletupkan bangunan parlimen atau menembak mati musuh politiknya atau menipu dalam pengundian atau mengugut atau berdakyah atau berbohong melalui akhbar dan sebagainya.
tegasnya, dalam pandangan-dunia seorang demokrat islamis, penerimaan atau penolakan sesuatu mestilah bersifat demokratis dan islamis, tanpa apa-apa jalan pintas.
Sunday, April 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment