Sunday, December 06, 2009

JANJI KITA


PERJANJIAN ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DENGAN PARTI KOMUNIS MALAYA BAGI MENAMATKAN PERSENGKETAAN

Selari dengan matlamat bersama mereka untuk mencapai perdamaian, maka dengan ini Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya, mempersetujui perkara-perkara berikut:-

PERKARA 1 – PENAMATAN KEGIATAN-KEGIATAN BERSENJATA

Sebaik menandatangani Perjanjian ini, Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya akan menamatkan semua kegiatan bersenjata.

PERKARA 2 – PEMBUBARAN UNIT-UNIT BERSENJATA, PEMUSHANAN SENJATA, PELURU, BAHAN LETUPAN DAN JERANGKAP SAMAR

Parti Komunis Malaya hendaklah membubarkan semua unit bersenjatanya, memusnahkan senjata, bahan letupan dan jerangkap samar di Malaysia dan Negara Thai.

PERKARA 3 – BERMASTAUTIN DI MALAYSIA

3.1. Ahli-ahli Parti Komunis Malaya dan anggota-anggota unit bersenjatanya yang dibubarkan yang berasal dari Malaysia dan ingin menetap di Malaysia hendaklah dibenarkan berbuat demikian menurut undang-undang Malaysia.

3.2. Ahli-ahli Parti Komunis Malaya dan anggota-anggota unit bersenjatanya yang dibubarkan yang tidak berasal dari Malaysia, boleh dibenarkan menetap di Malaysia menurut undang-undang Malaysia, jika mereka ingin berbuat demikian.

PERKARA 4 – PEMBERIAN BANTUAN OLEH PIHAK BERKUASA MALAYSIA

Berhubungan dengan Perkara 3, pihak berkuasa Malaysia hendaklah membantu ahli-ahli Parti Komunis Malaya dan anggota-anggota unit bersenjatanya yang dibubarkan bagi menolong mereka memulakan semula kehidupan aman mereka.

DITANDATANGANI PADA 2 DISEMBER 1989 DI HAADYAI, NEGARA THAI

Bagi pihak Kerajaan Malaysia

Oleh

t.t
DATO’ HJ WAN SIDEK BIN HJ WAN ABD RAHMAN
Ketua Setiausaha
Kementerian Dalam Negeri

t.t
JENERAL TAN SRI HASHIM BIN MOHD ALI
Ketua Turus Angkatan Tentera

t.t
TAN SRI MOHD HANIFF BIN OMAR
Ketua Polis Negara


Bagi pihak Parti Komunis Malaya

Oleh

t.t
ONG BOON HUA @ CHIN PENG
Setiausaha Agung

t.t
ABDULLAH C.D
Pengerusi

t.t
RASHID MAIDIN
Ahli Jawatankuasa Pusat

Disaksikan oleh Wakil Kerajaan Negara Thai

t.t
JENERAL CHAVALIT YONGCHAIYUDH
Penolong Pengarah
Pemerintah Operasi Keselamatan Dalam Negeri

t.t
JENERAL POLIS SAWAENG THERASAWAT
Ketua Pengarah
Jabatan Polis Diraja Thai

t.t
ANEK SITHIPRASASANA
Setiausaha Tetap
Kementerian Dalam Negeri

t.t
LET. JEN. YOODHANA YAMPHUNDU
Pengarah
Pemerintah Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah Keempat

---------------------------
Terjemahan: pokok-hujan.blogspot.com

2 comments:

akbajalil said...

Salam Tuan Syed,
Apa khabar? Sihat dah?
Jika merujuk kepada perkara 3 dalam perjanjian itu bermakna tiada masalahlah jika Chin Peng mahu menetap di Malaysia. Bukankah begitu?

Anonymous said...

Salam, encik Pokok Hujan & R.Hareez...

Dalam kesemakan arus politik tempatan lewat ini, saya fikir bukan sahaja Chin Peng dan kaum kerabat sekutunya lebih molek dibiarkan bersemadi di luar Malaysia.

Lebih daripada itu, para politikus yang ada di dalam negara ini juga wajib dihumbankan keluar kerana setelah lebih setengah abad merdeka, para politikus itu semua hanya mampu menjadi parasit yang dominan menghisap hasil rakyat sambil mencacamarbakan suasana Rock'n'Roll Nusantara yang pernah dikecapi oleh tok nenek moyang kita di zaman sebelum merdeka lagi.

Jr.Hmzh