Friday, June 25, 2010

masa dan perubahan


peranchis dan itali terkeluar daripada persaingan piala dunia 2010. kedua-duanya bekas johan baru lalu, tetapi kali ini gagal untuk melepasi pusingan pertama pun.

bagi saya, rumusannya cuma satu, masa telah berubah tapi kedua-dua pasukan ini masih lagi terlalu bergantung kepada pemain-pemain dan strategi permainan lama. kedua-duanya masih mahu hidup dalam kenangan kemenangan lampau.

prinsip yang sama adalah terpakai pada semua perkara dan semua kelompok makhluk. sekiranya ia gagal dipatuhi, maka akan berlakulah kezaliman, kehampaan, pembohongan dan segala kedurjanaan yang boleh difikirkan oleh manusia.

cumanya, dalam permainan bola sepak atau sukan-sukan lain, prinsip ini terlaksana secara tegas dan telus, tanpa mana-mana pihak atau individu dapat mengatasinya - itali dan peranchis terpaksa berhadapan dengan hakikat itu kali ini...

------------------------
Nota: sebagai peminat setia peranchis sejak zaman platini, cantona dan tentu-tentunya zizou, saya mahu kepala raymond domenech digilotinkan kerana gagal menaksir perubahan yang berlaku dan bertindak-balas sewajarnya terhadap perubahan-perubahan tersebut. dalam pada itu, saya mengelu-elukan pelantikan laurent blanc sebagai pengurus les bleus yang baru.

1 comment:

Anonymous said...

Pencuri Kota Baghdad

Saya cenderung mahukan Perancis melangkah ke pusingan kedua Piala Dunia 2010 atas sentimen peribadi lantaran nama-nama seperti Ribery, Samir, Karim, Anelka dll.

Dari aspek permainan - bolasepak semakin tertakluk kepada kepantasan dan stamina - walhal saya old school yang bermain demi skill semulajadi serta muslihat permainan.

Ya, seorang pencuri yang bermain bola sepak.

Bagi saya, Domenech hanyalah proksi kepada Persatuan Bolasepak Perancis. Kepala-kepala yang lebih wajar digilotinkan ialah milik penguasa rumah-rumah (atau persatuan) bola sepak itu sendiri.

Seterusnya, saya cenderung mahukan Paraguay melakukan kejutan besar kerana pada hemat saya pasukan itu BERMAIN BOLA SEPAK.

Argentina? ialah Messi + 10 pemain lain. Seorang lagi Argentina yang luar biasa berada di luar padang iaitu Maradona.

Brazil? sebut bola sepak, Brazil akan sentiasa menjadi Brazil.