Saturday, June 05, 2010
the road goes ever on and on
the road goes ever on and on
out from the door where it began
now far ahead the road has gone
let others follow it who can.
let them a journey new begin
but i at last with weary feet
will turn towards the lighted inn
my evening-rest and sleep to meet.
-----------------------
B.B - buat tuan ahmad nizam dan tuan muhammad nor atas kepulangan ayahanda mereka, cikgu hj abd hamid mat dan hj osman basir teh, ke rahmatullah, masing-masing pada pagi, jumaat, 4 jun dan subuh, sabtu, 5 jun 2010. allahu-akbar wa lillahi-lhamd.
----------
Apabila sejak akhir ini, seorang demi seorang ayahanda kawan-kawan pulang ke kampung abadi setelah kembalinya ayahanda saya sendiri pada 7 julai tahun lepas, semakin terasa betapa tugas dan tanggungjawab ketuaan itu telah bertukar tangan.
zaman ayahanda kita telah berakhir, dan kini menjadi tugas kita pulalah untuk mengetuai zaman dan meninggalkan pesaka masing-masing, sama ada mulia dan salih atau sebaliknya.
anak-anak lepas merdeka kini adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas rupa wajah kampung halaman kita di sini. selepas ini giliran kita pula untuk ditanam oleh anak-anak kita sendiri. dan mereka pulalah yang akan menerima dan menilai pesaka yang kita tinggalkan.
dalam kembara panjang kehidupan ini, dengan dasar yang salih, pesaka yang ditinggalkan tali-menali dan silih-berganti itulah yang akhirnya akan terjumlah sebagai sumbangan bersama kita, sama ada secara individu, keluarga atau kolektif, kepada khazanah kemanusiaan dan kemuliaan waris adam dan hawa.
angin nan berselisih
ombak nan memutih
pasir nan beralih
jiwa nan membersih
budi nan tersurih
bakti nan terkelih
pesaka nan terpilih
waris nan menyahih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Pencuri Kota Baghdad
pada benang emas yang disulam di tengkolok;
pada awan larat yang terukir di perisai;
malah pada kalam kencana di helaian kitab sufi;
aku masih mahu mewariskan sebilah pedang tujuh logam di laut dan di daratan.
Mereka sudah lama menutup pintu kalam.
Salam Tuan SP dan PKB,
Tajam menusuk dan berbisa amat kata2 dari PKB tu.
salam tuan ktb.kata nak ke kl sepekan dua dulu. tak sampai2 pun tuan.
Mohon banyak maaf kerana tidak maklumkan ketibaan saya di KL pada 22 Mei lalu.Sebenarnya saya dah sms PKB 2-3 hari sebelum. PKB lupa lah tu. Turun KL hantar anak daftar Asasi Undang2 di UiTM. Sempat juga bertemu PKB dan pekena capati di Restoran Hameed WI. Malam tu PKB banyak berkisah pasal 'pedang'.
Saya baru balik dari Utara semalam setelah seminggu di sana.
InsyaAllah ada rezeki kita akan berjumpa juga nanti.
Pencuri Kota Baghdad
Lazimnya laluan hujung minggu Tuan KTB dan Tuan SP bercanggah arah lantaran Tuan SP tertakluk kepada permintaan dan bekalan di sebelah timur.
Bersabit perkara pedang ini, saya saran "dicari" kenyataan TGHH berkenaan peristiwa serangan Israel ke atas kapal misi kemanusiaan baru-baru ini.
Saya sebut "dicari" kerana Harakah sendiri memilih meletakkan kenyataan Presiden mereka di helaian sebelah dalam - sedang pada waktu yang sama memberi ruang depan lagi perdana membela pemimpin lain yang kononnya dicemuh sebuah NGO Yahudi ..??
Secara peribadi saya berasa kenyataan TGHH merupakan suatu "vindication of the larger picture".
Saya juga berasa waktu menghulur bunga ros mencari damai dengan Israel/Zionist beserta segala fraksi mereka hanyalah "mirage" atau fatamorgana yang bertujuan melalaikan.
Waktu bunga-bungaan, mersik pujuk dan tinta kalam sudah khatam.
Ini waktu peluru dan pedang.
Ini waktu seniman menulis tentang romantism medan perang.
Ini waktu mengumpul 313.
Pedang atau kalam?
PKB cadang pilih pedang.
KTB setuju dengan PKB
Tuan SP pilih yang mana?
saya memilih jalan yang mampu saya buat, praktis dan berkesan, serta dengan kos kemusnahan yang minimum di pihak saya.
Post a Comment