isu MP serdang, teo nie ching, menyampaikan bantuan dan ucapan ringkas di sebuah surau di kawasan parlimen beliau nampaknya telah menjadi begitu berbelit-belit seolah-olah dunia 'orang melayu' sudah nak kiamat.
saya tidak berminat hendak komen apa-apa tentang isu ini sebab tidak ada isu pun yang hendak dikomen, melainkan sikap tidak senonoh sesetengah orang dan pihak, tetapi itu pun tidak perlu juga dikomen kerana dah tabiat orang dan pihak itu begitu. tabiat merapu dan busuk perut.
cumanya saya hendak kemukakan satu soalan andaian kalau-kalau jawapannya boleh membuka sedikit mata kita yang selalu terpejam itu.
soalannya: jika seorang profesor matematik wanita, yang beragama yahudi dan telah menghasilkan lebih seratus buku dan makalah ilmiah dalam bidangnya, berminat untuk memberikan tuisyen percuma bagi subjek-subjek matematik, matematik tambahan dan fizik kepada pelajar-pelajar islam di dalam masjid negara, kuala lumpur, selama 6 bulan berturut-turut selama 5 tahun, sebagai persiapan untuk mereka mengambil peperiksaan stpm atau peperiksaan-peperiksaan yang berkaitan, maka apakah kita akan menerima baik niatya itu atau apakah kita akan menolaknya?
Thursday, September 02, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Pencuri Kota Baghdad
.., kenapa premisnya ditetapkan di Masjid Negara KL dalam soalan itu ..?
Dibuang masjid/surau maka barulah bukan isu.
Barangkali ini akal pencuri - bukan tempat tersimpan tapi barang yang hendak dicuri itu.
Adapun bagi mana-mana Muslim aneka ras - masjid kekal menjadi satu lokasi yang sangat khusus lantaran amat perlu kepada pemerhatian dan pemahaman dari konteks sang Muslim itu sendiri secara khusus dan mendahulu.
Post a Comment