Monday, November 29, 2010

jumpa kembali - rk smap '75-76-77

mail bangau jadi menteri,
dulu kedi sekarang dah tinggi,
ande anak namanya dafi,
masuk radio dan keluar tivi.

azran, bahari, rozi, norsham dan fatimi,
tak sempat timang cucu, tuan sudah pergi,
bila rasa teringat, terlintas di dalam hati,
hadiahilah fatehah walau hanya sekali.

norsham anak cikgu mat piah,
suara dia koi tak lupa sampai sudah,
ande dia maknanya riuh-rendahlah,
dulu angelina jolie, sekarang dah hajjah.

badrul hisham dengan noriskandar ali,
seorang rendah, seorang tinggi,
sebelah ahmad high, ada ahmad primary,
sorang jadi pensyarah, sorang berniaga sendiri.

marshitah muhammad cerah berseri,
orang kuat mampu, jabatan perdana menteri,
belajar pandai-pandai, sampai luar negeri,
she is now the brain on everything IT.

amar baki masam sokmo, macam dulu-dulu,
benda dia marah, sampai sekarang koi tak tahu,
balik luar negeri terus jadi cikgu,
didik anak bangsa sampai masuk U.

zaharidah dari jauh sudah menyapa,
tanya ingat ke lagi, manasabah koi lupa,
slim gitulah, kongsi-kongsilah petua,
tak silap duduk kuantan, mengajar di tok sira.

zainuddin abu samah ganei budak chenor,
seingat koi dia ni putih macam telor,
laa ni lagilah, an immaculate dresser,
dulu tok bomoh, sekarang dah director.

cikgu mansor sebijik macam john gotti,
siap cium tangan, koi perkenal diri,
hah awak, paling banyak saya rotani,
lesen saya besar, ayah awak beri,
sekarang dah molek, dah jumpa diri sendiri,
datanglah ke rumah, taman guru dekat sini,
depan rumah pokok pauh, banyak buah tidak berhenti,

terima kasih cikgu bestari, saya amat berbesar hati.

cikgu badri pulak lebih diplomasi,
dia tidak crook, cuma terlebih daun kari,
yang merah itu saga, yang kurik itu kendi,
yang indah itu bahasa, yang baik itu budi.

amir geduit dan fakriyatie lotfie,
dulu kawan sekolah, sekarang suami-isteri,
hati besar rumah, budi tak bertepi,
usaha dema berdua, reunion ni molek jadi,
yang jauh bertanya arah, yang dekat datang berlari,
tiada kata dapat memeri, akan senang di dalam hati,
jasa tuan saya ingati, saya bawa hingga ke mati.

putus benang bersambung tali,
putus kawan bertimpa rugi,
putus akar tercari-cari,
ke mana pergi tapak berdiri.

ahhh rosley tan, forever sunny and bold,
now he is abangbro, whatever that might hold,
once he told me a story, when he was nine years old,
a macaque bit his palm, where a scar still show,
how i love the story, and this son of the crow,
lead on old friend, either it's high or low.


cikgu sallih ahmad, dulu salleh awai,
lagu asli dia ahli, ilmu besi dia pandai,
solat jumaat batu satu, memang awal dia sampai,
benda tinggi-tinggi, jangan suruh dia capai,
janggut dia memang kelas, dari jauh lambai-melambai,
kalau bukan kerana dia, reunion kita terkapai-kapai,
cakap orang tua-tua, dia umpama tali simpai,
kalau simpai tidak kemas, alamat semua jatuh terburai.

zainal abidin othman, ande adik dua sejoli,
koi kenal dua-dua, sorang aa, sorang pg,
zainal is always smart, t-shirt merah fred perry,
bilik dia atas tanah, koi masuk ikut tingkap,
banyak cerita sulit-sulit, silap tulis polis tangkap,
but don't you worry joe, chapter tu dah lengkap,
air putih masa tu, sangkar babi celah rumah,
koi tak ingat dengan siapa, kome cari kerengga merah,
the rest is history, satu kampung riuh-rendah,
kome bersiul selamba, macam budak pergi sekolah.

putus duit menggigit jari,
putus wayar ubat tak jadi,
putus nafas ambulans mari,
putus cinta hari tak pagi.

yabedabeduu abdul aziz kutti,
cerita berbelit-belit, mana mula koi tak reti,
pikir punya pikir, koi susun jadi begini:
dengar jadi pilot, lepas tu cabut lari,
buat bisnes besar, pasang menara dengan tnb,
koi pergi masjid abu bakar, baca yaasin tiga kali,
gila awak weh, besok bergelap satu negeri,
kejap masuk politik, orang lurus kena buli,
jih, i am just pulling your kaki, so do'nt be angry,
koi dka, awak dkk, we should never be sorry,
payah-payah esok, kita amuk sampai pagi,
but before that, tali pinggang jangan memeri,
stop now or kena pakai style haji,
bila dah gitu, sah jadi mamak malabari.

the senior girls at that age, are the fearsome greek keres,
they can tear you apart, or break you into pieces,
a glimpse at them, turn most to shape-shifters,
i for one, stare not their faces,
the most i do, is marvel at their
betises,
that’s where their beauty are, those scars and kudises,
they tell you the story, not written in the pages,
swimmers, gliders, hikers, jumpers, hoppers, climbers, crawlers, walkers, runners, huggers, singers, dancers, waltzers or uh uh uh shakers,
so forgive me girls for this unbecoming misses,
faces are illusive, but names i dearly cherishes,
but all is not lost, o beautiful sisters,
if truth be told, shy not from sacrifices,
make a line, make a line, let me connect the pieces,

surely the betises will find their faces.

yumeji ni wa,
ashi mo yasumezu,
kayoedomo,
utsutsu ni hitome.


walau kau kudatangi,
setiap hari di lorong mimpi,
tidaklah ia menyamai,
kau yang kujelingi sekali,
di tingkap realiti.#

kalau nak tengok suria pagi, sila tengok muka zuraidi,
senyum dia ya rabbi, telinga kanan ke telinga kiri,
lesung pipit dua pipi, boleh gali buat perigi,
macam makan madu asli, badan sihat sakit pergi,
datang berdua dari jerantut, member dengan ahmad zubaidi,
orang panggil dia ketuat, koi puas cuba fahami,
masa kat um jadi megat, sebab terror main ragbi,
kalau ukur cara relatif, jonah lomu sila tepi,
kalau ukur cara tempatan, tegap duduk segak berdiri,
sudah lama tidak jumpa, dengar-dengar dapat phd,
kerja sana kerja sini, lepas itu berniaga sendiri,
macam-macam dia pandai, berlakon drama dia reti,
jatuh bangun duduk berlari, sekarang jadi pakar strategi,
kasi makan anak-isteri, buat bangga bangsa sendiri.

mamat ini cool amat, segar dingin air kali,
main bola back kanan, koi main back kiri,
hamid enggoi, izuddin ayala, boleh cuba jual mimpi,
tak cukup masa penuh, sila cuba tambah lagi,
selagi ande roslan harun, baik dema main guli,
lepas sekolah hilang berita, tup-tup jumpa fakulti ekonomi,
dengar cerita kerja dulu, lepas tu sambung mengaji,
hari sabtu tengok matinee, berebut masuk panggung seri,
berkat bersih kerja kemas, sekarang orang besar negeri,
sebelum tua jadi dato, entah bila jadi tan sri,
rahmat orang ulu negeri, dapat ketua tulus hati,
untung manusia siapa tahu, untung ayam nampak di kaki.

o father, who had since peacefully lay,
how you hoped and ceaselessly pray,
make hay, make hay you'd say,
o father, i was not the kite that went astray,
but just a swallow that broke away,
a good day, a fine day, is time to play.

bright skies, sweet winds, what more could i say,
break away, break away, and come what may,
the nights were dark, the days were gray,
the winds still sweet, sweeter by the day,
break away, break away, i've seen the way.

i am not the kite that went astray,
but just a swallow that broke away.


--------------------------------
# puisi jepun abad ke-12 oleh ono no komachi. terjemahan pokok-hujan.

2 comments:

fakhriyatie said...

a lot to comments & to apologies, but at the moment thank you for a great reunion, thank you for the memories. To all of 3A1 1975: Ahmad Mahayuddin mansor (great teacher), amaruddin baki ( amar is ok, great teacher) Rusdi Muhammad (egineer, JKR) tak jumpa since after Form 3??, zainudin abu samah, (somebody, Maybank , HQ, Aziz Abu Bakar, (Artist, Chenderawasih)Idris Tahir, Rosley Tan & wan Shaharuddin wan Ibrahim (Bizmen, Kuantan & Engineers too) (Farmer, Kg. Awah) and all ladies: Marshitah Muhammad, (IT expert, MAMPU), Bibi, somebody RTM, Angkasapuri, Rafeah Mat Nor, Cik Gu, S.M.K CHenor, budak-budak Chenor bertuahlah awak semua, Cik Gu Peah is a Scientist actually, Hasimah Manaf, Cik Gu, S.M.K. Seberang Temerloh, Ratena Haji Ramly, Cik Gu, S.K.M. Ketari, Bentong, you are WOW Tena, despite undergoing dialisys, Datin Zakiah Dato'Darus, fulltime homemaker and full time Datin, previously a banker, Norashiqin Abdul hamid, a UK grad that chosen to stay at home, Siti Zaleha Mat Kilau, teacher in Selangor, with 2 menantus and a cucu, bravo, Siti Halilah, teacher, S.K. Tekam Utara Jerantut, Tengku 'Jay' Jamaliah Tengku Ismail, owner of Private Schools in Shah Alam etc, Rohaya Abdul Ghani, senior lecturer, UITM Seri Iskandar/ a valuer too, Zaiton Ismail, Penilai Daerah, bangi, JPPH, Ministry of Finance, a valuer too. Last but not least please include ur truly, Fakhriyatie Mohd Lotfie, owner of FML HARTANAH, valuer and agent. We beat all other clases in attendence 22/28. But not surprising. Like Marshitah said, we are A1s. Thank u. C u guys next time. Dont wait for too long. We are 50/51 years old. So?

fakhriyatie said...

We would like to tribute the reunion to our friends who could not attend, of various reasons(merengselah awokme): Prof. Madya Nordin Endut, of UMP (on leave), who is in Pasir Mas, looking after his sick Mum, Muhammad Abu Bakar who we cant trace, where are you Muhammad, we all miss u. Norhayati Mustafa, of Kuantan, also we cant trace, where are you Yati, call us, Hanisah Abdul Malek, Actuarist, Kementerian Sumber manusia, may be Putrajaya, Siti Fatimah Mohd, teacher, S.K. Batu Gajah, Perak, Normiah who we cannot trace,last met in Form 3, 1975, and Faizah Shamsuddin, Pembantu Akauntan Kanan Hosp. Sultanah Zainab 2 Kelantan. All others that I must mention, Cik Gu Rosly Ghani & wife, V, Norzawiyah Norashid, PA, Director of JKR Pahang, Johar Othman(lawyer, Shah Alam), Khairudin, Toke Kuda, Dengkel, Wan Majid, PKNP Kuantan and Salihin@lamir, Cik Gu Haji Salleh & most importantly, Haji Amiruslan Haji Manaf, my soulmate. May ALLAH Bless all of us, our families and all our great teachers.