saya telah melihat seorang profesor berumur 75 tahun terkinja-kinja seperti ungka, profesor wanita bersorak-sorak lagak seorang
pom-pom girl, sekumpulan profesor menunggang terbalikkan sejarah negara lalu diam membisu selepas itu, budak-budak perkasa menjadi sawan, orang-orang tua bertongkat terketar-ketar bercakap bersemangat atau menangis hiba, akhbar arus perdana tertinggal berita maha penting selama enam (6) hari, forum dan ceramah tentang macam-macam orang oleh macam-macam orang, umno dan kerajaan buat pertama kali tiba-tiba membisu seribu bahasa, jumlah laporan polis yang mencecah rekod kebangsaan dan pelbagai lagi ragam manusia yang luar biasa, tetapi sehingga kini, iaitu hari ke 26 selepas ucapan mat sabu itu, tidak ada satu nyawa pun yang dapat menjawab soalan sah yang dikemukakan oleh beliau, iaitu...
"kenapakah sambutan hari merdeka kita tidak meriah atau merata seperti sambutannya di negara thai dan indonesia?"ada sesiapakah yang sudi menjawab soalan ini?