saya telah melihat seorang profesor berumur 75 tahun terkinja-kinja seperti ungka, profesor wanita bersorak-sorak lagak seorang pom-pom girl, sekumpulan profesor menunggang terbalikkan sejarah negara lalu diam membisu selepas itu, budak-budak perkasa menjadi sawan, orang-orang tua bertongkat terketar-ketar bercakap bersemangat atau menangis hiba, akhbar arus perdana tertinggal berita maha penting selama enam (6) hari, forum dan ceramah tentang macam-macam orang oleh macam-macam orang, umno dan kerajaan buat pertama kali tiba-tiba membisu seribu bahasa, jumlah laporan polis yang mencecah rekod kebangsaan dan pelbagai lagi ragam manusia yang luar biasa, tetapi sehingga kini, iaitu hari ke 26 selepas ucapan mat sabu itu, tidak ada satu nyawa pun yang dapat menjawab soalan sah yang dikemukakan oleh beliau, iaitu..."kenapakah sambutan hari merdeka kita tidak meriah atau merata seperti sambutannya di negara thai dan indonesia?"
ada sesiapakah yang sudi menjawab soalan ini?
Friday, September 16, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Orang tidak meriah menyambut mana-mana perayaan sebab tidak berasa teruja terhadap perayaan itu;
Orang tidak berasa teruja sebab tidak wujud hubungan akrab atau istimewa;
Tidak wujud hubungan akrab atau istimewa sebab tidak kenal maka tidak cinta;
Tidak kenal lalu tidak cinta sebab tidak tahu atau sebenarnya tahu ia tidak betul;
Ramai yang keliru barangkali. Atau mungkin juga ramai yang beranggapan Malaysia belum merdeka sepenuhnya dari pengaruh penjajah. Dan mungkin juga ada yang merasakan Malaysia tidak pernah dijajah jadi apa perlunya sambutan kemerdekaan.
Merdeka yang merupakan peralehan kuasa dari British kapada UMNO yang merupakan talibarut British, bagaiman hendak di meriahkan.
Melayu maseh belum merdeka.
Baca lagi Merdekahaha pt1,2,3 di blog Pak yeh.
Merdeka yang merupakan peralehan kuasa dari British kapada UMNO yang merupakan talibarut British, bagaiman hendak di meriahkan.
Melayu maseh belum merdeka.
Baca lagi Merdekahaha pt1,2,3 di blog Pak yeh.
Post a Comment