Tuesday, September 06, 2011

senario andaian



Soalan: Sekiranya para penyokong 'si-pengkhianat' yang tergantung terbalik ini bertindak mahu menurunkan mayatnya semasa gambar di atas diambil, apakah tindakan yang akan diambil oleh mata-mata 'Melayu' yang berdiri dengan senapang di tangan di sebelah kiri? Apakah yang bakal berlaku? Bagaimanakah mana pula catatannya peristiwa itu dalam sejarah rasmi negara ini? Siapakah pejuang, siapa pula petualang?

2 comments:

akbajalil said...

Sejarah tetap akan diputerbelit seperti sejarah kemerdekaan negara. Baca seterusnya di link ini
http://www.malaysiatimes.my/2011/09/06/merdeka-pakai-hisab-atau-rukyah/

Anonymous said...

sejarah merupakan olahan manusia perihal apa yang berlaku mengikut sisi pandang & fikirnya, serta menuntut kecenderungan ego yang tinggi sekaligus tafsiran berat sebelah.

memperbetulkannya adalah amanah malah turut menjadi sebahagian tugas para anbia sepanjang zaman.

aku kira kita rakyat Malaysia masa kini berhadapan dengan satu kekalutan besar berkaitan "sejarah" dan "kemerdekaan" kita sebagai sebuah negara dan bangsa.

sehingga terdapat di kalangan kita yang menganggap "merdeka" itu hanyalah permainan wayang & hiburan ala "fun fair" guna melalaikan.

lagu keramat negara terbukti hanyalah tempelan irama cinta nelayan laut Caribbean di malam terang bulan.

panji megah kita juga sebenarnya sogokan lanjutan citra sebuah mini Amerika Syarikat.

dan akhirnya anutan kita juga berantakan tercari-cari takrif & tafsir sehinggakan kita berkelahi sesama sendiri tentang apa yang sebenarnya Tuhan mahu kita lakukan.

selagi kita menafikan kita sebenarnya hilang arah & gagal memanafaatkan natijah perpaduan sesama kita - umat ini (baca orang Melayu Islam) akan segera menjadi sekadar nota kaki sejarah peradaban manusia bumi ini.

Na'uzubillahu min zalik.

Si Ronggeng Rawa Rontek