apa tanda melayu jati
bersama islam hidup dan mati
apa tanda melayu jati
islam melekat di dalam hati
apa tanda melayu jati
dengan islam ia bersebati
apa tanda melayu bertuah
sebarang laku menurut sunnah
apa tanda melayu bertuah
hidup takwa kepada allah
apa tanda melayu bertuah
hidup mati bersama akidah
apa tanda melayu berakal
memeluk islam ia kekal
apa tanda melayu berakal
di dalam islam ia beramal
apa tanda melayu berakal
membela islam tahan dipenggal
apa tanda melayu pilihan
hidup mati dalam beriman
apa tanda melayu pilihan
taat setia menyembah tuhan
apa tanda melayu pilihan
di dalam islam tiada menyeman
apa tanda melayu bijak
memeluk islam tiada berganjak
apa tanda melayu bijak
membela islam tahan dipijak
apa tanda melayu bijak
di dalam islam beranak pinak
apa tanda melayu beradat
kepada allah dia beringat
apa tanda melayu beradat
mengingat allah tiada bertempat
apa tanda melayu beradat
terhadap islam hatinya lekat.
-----------------------------
Tenas Effendy, Tunjuk Ajar Melayu, Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu dengan kerjasama Penerbit Adicita, Yogyakarta, 2006.
Tuesday, May 04, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
"apa tanda melayu pilihan
di dalam islam tiada menyeman"
menyeman tu apa?
akar katanya 'seman' - iaitu cacat, tidak menjadi, tidak sempurna atau rosak.
Mohon izin tampal di Rumput Hijau.
Jazakallah.
maslan.
tiada ciri ciri tersebut pada penguasa umno kini. umno bukan lagi mewakili melayu seperti dlm posting ini.
Post a Comment