Monday, May 03, 2010

pdrm oh pdrm...


saya terdengar kenyataan ketua polis negara, tan sri musa hassan, berhubung isu kematian amirnurrasyid dalam berita utama tv3 sebentar tadi. gaya cakapnya begitu personal dan sarcastic sekali. antara lain, katanya, "hari ini ada pegawai polis yang dilanggar oleh anak orang yang baik-baiklah kan. cakap anak orang jahat nanti orang marah pulak..." raut wajahnya juga begitu combative sekali.

secara jujur dan sebagai orang awam, saya tidak selesa mendengar seorang ketua polis bercakap sedemikian. pengalaman peribadi saya dengan anggota polis juga tidak menggembirakan. saya tertanya-tanya, apakah pasukan polis sudah menjadi begitu kacau-bilau sekali sehingga ketuanya bersikap dan bercakap sedemikian?

tanpa menafikan kemuliaan tugas dan fungsi pasukan itu, angka purata kematian 'tak sengaja' orang awam sebanyak 40 kematian setahun amat menakutkan dan bukan pula perkara main-main.

terbayang saya, seolah-olah pdrm telah menjadi seperti murder incorporated lucky luciano daripada lima keluarga mafia new york pada tahun-tahun 1920-30 dulu. malah, lucky luciano pun tidak begitu produktif seperti pdrm sekarang!

saya percaya, kerajaan wajib berbuat sesuatu secara telus dan berani bagi mengembalikan pdrm kepada landasan, sikap, falsafah, pemikiran dan peranannya yang mulia itu - iaitu sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap keamanan dan keselamatan rakyat sepenuhnya. sebagai pihak yang dihormati dan dipercayai hatta oleh orang yang paling daif di kalangan rakyat sekalipun.

saya tidak mahu menuding jari membuat tuduhan atau andaian mengapa pdrm menjadi sebegini, walaupun saya mempunyai jangkaan sendiri tentangnya. janganlah kerajaan membiarkan keadaan ini berterusan lagi.

janganlah menunggu sehingga ada anak menteri atau raja yang mati katak seperti amirnurrasyid dan lain-lain sebelum itu baru hendak bertindak!

--------------------------
Nota: gambar hiasan.

3 comments:

akbajalil said...

Kenyataan tuan memang benar. PDRM memang sudah kacau-bilau.

Baca lanjut disini
http://art-harun.blogspot.com/2010/04/murder-by-police.html

Anonymous said...

maslan

ketua polih dah macam tu anak buah naik tocang la. koi sendiri ada pengalaman personal dengan polih ni, memang perangai macam orang tak sekolah, lagak samseng, walaupun mereka berdepan dengan hanya orang awam biasa.

tapi sorang je polih yang pada koi baik.....yusof haslam.ha ha

Anonymous said...

Pencuri Kota Baghdad

Yusof Haslam selalunya jadi polis pangkat besar. Aksinya polos, dailognya amat skema. Dia lebih berjaya bawa watak ketua geng jahat.

Polis teladan ialah A. Galak Sgn Misai.