Tuesday, May 04, 2010

kickdefella: siapa tendang siapa?

saya mengikuti isu pendedahan penulis kickdefella tentang peranannya sebagai propagandis kerajaan kelantan sedikit masa dulu. berikut adalah komen dan respons saya terhadap beliau:

--------------------------------

setelah membaca isu rm4 juta yang 'didedahkan' oleh tuan, beberapa persoalan timbul di kepala:

a. sekiranya perbuatan itu salah, apa pula alasan tuan ketika menerima tugasan itu pada awalnya? apakah tuan dipaksa berbuat demikian atau apakah tuan ditipu atau diperdaya untuk mempercayai bahawa ia tidak salah?

b. apakah tuan secara peribadi percaya bahawa bekas pm, tun abdullah, bukan merupakan pemimpin yang lemah lalu perlu digantikan, tetapi telah berbohong tentang beliau kerana wang? jika begitu, bukankah tuan merupakan penulis upahan yang sama tarafnya dengan sundal, malah lebih buruk daripada itu kerana tuan berkhianat pula terhadap 'pelanggan' tuan setelah tuan ambil wangnya sedangkan sundal tidak?

c. ekoran daripada (b), tidakkah ini juga bermakna saya berhak bertanya siapa pula yang mengupah tuan sekarang untuk mendedahkan 'dosa' pelanggan tuan yang lepas dan berapa banyak pula tuan dibayar untuk khidmat itu?

d. apakah bezanya peranan tuan di kelantan itu dengan peranan apco atau utusan malaysia atau apa-apa jua agensi 'propaganda' yang dibayar untuk menaikkan imej 'majikan' mereka dan menjatuhkan imej musuh-musuhnya?

e. apakah sebenarnya 'pembohongan' yang telah tuan lakukan tentang tun abdullah? bukankah semua 'pembohongan' itu adalah hasil idea dan 'penyelidikan' tuan sendiri? apakah majikan tuan campur tangan dalam pembikinan 'pembohongan' itu? jika ya, 'pembohongan' yang mana? jika tidak, bukankah ia bermakna, tuanlah yang berbohong, bukan majikan tuan ketika itu? justeru, tuanlah yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atasnya. malah, tuan juga sebenarnya telah berbohong terhadap bekas majikan tuan itu sendiri dengan memberi hasil kerja palsu walaupun setelah tuan mengambil wang dan gaji daripadanya?

f. bukankah 'pendedahan' yang tuan lakukan sekarang sebenarnya bertujuan untuk membiaskan tumpuan dan mengurangkan kesan buruk terhadap kerajaan pusat dan imej najib razak ekoran pendedahan pembangkang tentang peranan apco dan elemen zionis israel dalam pentadbiran beliau lalu tuan dibayar untuk berbuat demikian? tun abdullah hanyalah bom asap dan anak kambing korban yang dipergunakan untuk mencapai tujuan itu. seperti dahulu ketika tuan 'berbohong' untuk kerajaan kelantan, tun abdullah bukanlah pemimpin yang muluk dan hebat di mata tuan, tetapi beliau berguna sebagai sandaran kini untuk mencapai matlamat semasa tuan.

g. siapa sebenarnya yang berbohong kepada siapa? bagi saya, tuanlah yang berbohong. tuan berbohong kepada semua orang dan pihak, baik kerajaan kelantan dulu, maupun majikan tuan sekarang. tuan berbohong kepada rakyat semuanya, juga pembaca. tuan pembohong. tuan tukang wayang.

h. bukankah nama blog tuan, kickdefella, itu sebenarnya telah wujud lama sebelum tuan bekerja dengan kerajaan kelantan dan ia sememangnya menggambarkan sikap dan tujuan sebenarnya tuan tentang diri dan kepimpinan tun abdullah. tuan mahu beliau 'ditendang keluar'. sikap itu wujud jauh lebih awal dan tidak ada kena mengena dengan 'pengaruh' tugasan rasmi tuan di kelantan, malah tuan diambil bekerja oleh kerajaan negeri itu juga adalah disebabkan oleh sikap itu sendiri. jadi tuanlah yang sebenarnya menggunakan kerajaan kelantan untuk membiayai kerja-kerja propaganda anti-abdullah tuan, bukan sebaliknya, dan setelah matlamat tuan itu tercapai, maka tuan merekayasa cerita-cerita buruk tentang kelantan dan lain-lain bagi menutup jejak beracun tuan itu, bukan begitu?

i. ekoran semua di atas, bersetujukah tuan jika saya simpulkan bahawa tuan bukanlah seorang yang berintegriti dan boleh dipercayai baik secara peribadi maupun profesional? tuan akan mengkhianati sesiapa jua atas kepentingan peribadi tuan. tuan samalah dengan pencacai puak-puak yang tewas pada zaman dahulu lalu bertindak membunuh ketua puak sendiri dan menyerahkan kepalanya kepada puak yang menang sebagai tanda 'kesetiaan' mereka kepadanya seperti yang pernah berlaku kepada genghiz khan ketika dia menang. tuan tahu apakah yang dilakukan oleh genghiz kepada orang-orang seperti tuan dan kenapa? dia memenggal kepala pencacai sebegitu ketika itu juga lalu berkata, "jika mereka bersedia mengkhianati puak sendiri, maka mereka juga akan mengkhianati aku bila tiba waktunya".

j. sekiranya tuan benar-benar berprinsip dan anti-rasuah, dan wang pembiayaan rm4 juta bagi kerja-kerja tuan di kelantan itu tidak telus atau diragui sumbernya, maka bukankah tuan seharusnya menolak dan mendedahkan tentangnya pada hari pertama tuan menerima pembiayaan tersebut, bukannya setelah semuanya usai dan tuan pula mendapat faedah terbanyak daripadanya? jika ini bukan puncak kepura-puraan, maka apakah ia?

k. pada aras yang lebih peribadi, tuan benar-benar memalukan keturunan syed. speak the truth and peace or hold your tongue. they lick no boots, and surely not for money.

----------------------------
Nota: bagi saya, inilah kes kalah sebarau kerana kilat dan ia adalah sesuatu yang menjadi fenomena kepada pas khususnya dan pembangkang amnya, terutama sekarang. ia juga tidak terkecuali pada mana-mana pihak yang selalu kalah, tetapi tiba-tiba menang, jika ia tidak berhati-hati.

barangkali kisah keutamaan golongan muhajirin dan ahli badar ke atas orang-orang selepas mereka dalam falsafah hierarki rasul SAW harus menjadi iktibar kepada semua pihak yang mempunyai hati dan mahu berfikir.

3 comments:

akbajalil said...

Amarah tuan kena pada tempatnya. Saya memang dari dulu (sebelum era Kelantan)lagi merasakan ada sesuatu yang tidak kena tetapi tidak terungkap habis. Kini guni sudah terburai.

Anonymous said...

No22 Islamic Street

Sejarah yang terus berulang-ulang. Sebabnya tetap sama, kesombongan, ketamakan, pengkhianatan, tidak sabar dan nafsu besar mahu menjadi orang yang sepatutnya 'dia tidak boleh jadi'. Lalu hilang pedoman dan kewarasan...penipu dan pencuri di bawa masuk kerumah...sedangkan anak dibiarkan tidur di serambi.
Dengan harapannya teratak kecil bertukar istana...malangnya rumah pulu dicucuh api. itupun selepas padi habis di'kepok'dan ikan salai licin di'para'.

p/s (1) Ratusan tahun dulu bangsa kita pernah hilang negara kerana adanya manusia rakus seperti itu!!

p/s (2) 'Kejahatan' itu tidak akan berhenti berusaha, tapi kita masih bebal untuk belajar bagaimana untuk membuka dan menutup pintu.

p/s (3) Mungkin boleh difikirkan kembali apa yg sy lemparkan sebelum ini: "Lebih mudah berkerjasama untuk matlamat berbeza daripada bertolak ansur untuk tujuan serupa"

p/s (4) Dalam diri kita ada syaitan dan raksasa...ada masanya mereka menang. (Criminal mind)

Anonymous said...

Pencuri Kota Baghdad

Tuan No.22IS agak teruja dek isu si Kick ini. Hatta menyebut ikan salai yang licin di para.

Plot hidup realiti butuh mereka seperti si Kick ini demi membawa peranan mereka - sekaligus mengesah bahawa hidup masih atas planet ini bukan di utopia.