Wednesday, May 19, 2010

peri pujangga


gil-galad nama si raja bunian
kisahnya hiba pujangga perikan:
kerajaannya akhir adil dan bebas
antara gunung ke laut lepas

pedangnya panjang, lembingnya garang
kilatnya ketopong jauh terpandang
bintang-bintang di langit berpadang
di perisai perak terpancar terang

lama berselang dia menghilang
di mana singgahnya tiada yang bilang
ke dalam gelap tenggelamnya bintang
di mordor tempat bebayang bersarang.

6 comments:

syed putra ahmad said...

harap tuan hr menyukai terjemahan di atas.

hari ribut said...

saya mahu ke mordor.

Anonymous said...

Pencuri Kota Baghdad

Tuan HR, awas! Dengan apa yang tuan hajati.

"Mordor" itu begitu hampir.

Ia terang dalam rahsia, sunyi dalam nyata.

hari ribut said...

tuan pencuri,

seperti tuan tahu sahaja di mana tempatnya.

adakah tuan juga mahu ke sana?

syed putra ahmad said...

dia pencuri tuan hr. dan lazim pencuri, dunia kelam itu dunianya, termasuk mordor barangkali!

Anonymous said...

Pencuri Kota Baghdad

Hanya satu bende yang berbaloi dicuri di Mordor ..,
dan ia tersirat di hikayatribut.