Tuesday, March 02, 2010

JEMPUTAN MENULIS

1hb Mac 2010

Kepada sesiapa yang berkenaan;

Unit Buku Harakah/Nufair Street Sdn Bhd dengan ini mempelawa penulis yang berminat untuk menyumbang karya bagi dipertimbangkan untuk diterbitkan dalam bentuk sebuah buku dengan ciri-ciri berikut:

Judul/tema: Melanggar Sempadan: Isu-isu sosio-budaya dari mata orang muda.

Genre : Kompilasi/prosa/wacana/analisis

Bahasa : Bahasa Melayu

Panjang : 10-20 ribu byte komputer

Tarikh akhir: 31 Mac, 2010

Tarikh terbit: Akhir Mei – awal Jun 2010

Tajuk khusus: Pilihan sendiri tetapi hendaklah dicadangkan kepada penerbit lebih awal untuk tujuan penyelarasan.

Suntingan: Minimum, melainkan atas keperluan kebahasaan dan undang-undang.

Tebal buku: 200-250 halaman buku standard dengan fon 11 poin.

Penulis: Rakyat Malaysia berumur 16-39 tahun. Hendaklah dikemukakan profil ringkas penulis dalam 40 perkataan.

Sifat: Karya hendaklah asli dan tidak pernah diterbitkan.

Sifat tambahan karya: Waras/koheren.

Penerbit: Unit Buku Harakah/Nufair Street Sdn Bhd.

Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui Syed Putra Syed Ahmad di 016-377-8328, emel di syed_putra@yahoo.com atau di http://pokok-hujan.blogspot.com/.

Terima kasih.

Syed Putra Syed Ahmad
Editor
Unit Buku Harakah/Nufair Street Sdn Bhd

9 comments:

Mohamad Farez Abdul Karim said...

salam tuan,
saya berminat. perlu dikirim emel dahulu?

syed putra ahmad said...

salam. tuan amat dielu-elukan. kalau boleh tentukan tajuk pilihan tuan dan maklumkan kepada saya. tujuannya hanya untuk penyelarasan sahaja, kalau-kalau ada penulis yang menulis tajuk yang sama. tuan boleh hubungi saya sama ada melalui e-mel atau telefon. terima kasih.

UntaHijau said...

Kalau tak minat cemana pulak.. apa kena saya buat?

Anonymous said...

cari benda yang tuan minatlah tuan unta! mungkin berjalan di padang pasir tanpa air barang seminggu dua.

- penunggang unta.

The Key of X said...

kenapa mesti ada had umur?

nudin said...

'menyumbangkan' tu maknanya tak dibayar le ye? buat kebajikan je le gamaknya? buleh ke gitu? heheehe

Anonymous said...

dah tutup ke tarikh ni??

Ahmad Yatimi Mohamad said...

saya baru tahu... ada offer lagi tak..

UntaHijau said...

Lembabnye laman web ni tak update langsung...