Kasih tiada kaitannya dengan
Deria yang lima dan arah yang enam;
Tujuannya hanya untuk mengalami
Daya tarikan sang kekasih;
Selepas itu, mungkin, akan
Datangnya izin daripada tuhan;
Rahsia yang patut diberitahu akan diberitahu
Dengan kefasihan yang menghampiri kefahaman
Sentuhan halus yang mengelirukan ini;
Rahsia ini tidak dikongsi dengan sesiapa
Selain dia yang mengetahuinya;
Di telinga si pewaham
Rahsia itu bukanlah rahsia sama sekali.
----------------------------------
Mathnawi III, 1417-1424
Thursday, March 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Pencuri Kota Baghdad
sunyi itu rahsia
terang itu nyata
kasih tak bermata
cinta tak terkata
adakah Tuan SP
sudah jadi pencinta?
tuan pcb, saya masih saya yang itu juga. barangkali seperti zakaria, saya telah menemui kembali lidah untuk berkata setelah ia terkelu seketika akibat kekeliruan dalam makna.
-bukit cinta-
faham...faham...faham...
Post a Comment