segala pekerjaan pedang itu boleh dibuat dengan kalam
adapun pekerjaan kalam itu tidak boleh dibuat dengan pedang
dan beberapa ribu dan laksa pedang yang sudah terhunus
dengan segores kalam jadi tersarung...
--------------------------------
Raja Ali Haji, Mukaddimah kepada kitab Bustan Al-Katibin.
Monday, May 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
wah....bull's eye (saya tak tahu terjemahan yg sesuai utknya)
Pencuri Kota Baghdad
Mohon berbeda buah fikir!
Berbeda bukan menyanggah sekadar melihat dari sudut lain.
Banyak juga kerja pedang sama ada nyata atau abstrak bukan kerja kalam malah waktu kerja dan pengguna juga berbeda.
Pedang adalah kalam sang perwira lazimnya di medan sengketa.
Kalam adalah pedang sang pujangga di medan bercinta.
Tapi apalah yang saya tahu.
Saya cuma pencuri.
Mohon Tuan SP,
Saya nak tanya Tuan PKB, buat masa terdekat ini elok kita simpan pedang ke kalam?
silakan tuan ktb, saya mmg bersetuju dgn soalan tuan itu dan juga percaya tuan pkb layak menjawabnya.
Pencuri Kota Baghdad
Tentu kedua-duanya Tuan KTB!
Kalam sama ada dihunus sebagai mata pena hinggalah terbentuk kitab adalah amalan berterusan.
Tuan SP, Tuan HR malah Tuan KTB sendiri merupakan pujangga yang tidak menyimpan tapi menghunus kalam.
Adapun pedang, ia manifestasi kesaktian kalam.
Menurut waris tok guru pondok yang kini dikatakan menghuni di No. 22 Islamic Street - nama lain bagi Ayatul Kursi ialah Pedang Neraka yang amat ditakuti oleh segala jin dan iblis.
Tapi apalah yang saya tahu.
Saya cuma pencuri dan seperti Almarhum Pak Tongkat di Kuala Sedeli - saya juga orang yang gagal dalam percintaan.
bukankah ayatul-kursi yang dikatakan 'pedang neraka' itu sendiri adalah kalam dan bukan 'pedang', tuan pkb? apa pendapat tuan ktb?
Oleh kerana nama saya turut dikaitkan oleh Pkb, izinkan sy tampil utk sama-sama berkomentar. tapi tidak lah berminat dengan isu perbandingan antara kalam dan pedang - walaupun ada sejarah merakamkan betapa sebuah kota yang mencapai ketinggian tamaddun malah menyimpan ilmu-ilmu tidak terhingga banyaknya, musnah sama sekali dek kerana tajam dan ganasnya mata pedang...apabila sejarah itu juga menyebut air sungai kota itu berubah warna dek kerana dakwat kalam...mungkin ada sedikit jawapan dalam isu perbandingan yang diketengahkan disini - apa yang kalam dan pedang mampu lakukan sebenarnya.
Tepi sy lebih berminat dgn persoalan kalam itu sendiri, ia mengingtkan saya sebuah manuskrip yang mungkin tidak atau semakin sedikit dimanfaatkan ketika ini oleh para ilmuan atau bakal ilmuan. - matan jurumiah- sebuah buku untuk memahirkan berbahasa (arab) melalui kaedah nahunya, tp lbh dari itu pada pandangan sy ia salah satu jalan untuk mamahami atau mencari 'makna.
Ada kisah menarik ttg buku ini yg ingin sy kongsikan. ketika ianya ditulis oleh Imam Al-Sonhaji, beliau cuba menguji sama ada kitabnya itu bermanfaat atau tidak kepada umat (Islam). Ditepi sebuah sungai beliau berdoa kepada yang Esa: "Jika kitabnya itu mengalir bersama air sungai maka ia tidaklah membawa manfaat tetapi jika ia (kitab) tetap bertahan tanpa mengikut arus sungai dan timbul maka ia sangat bermanfaat untuk masyarakat". Menakjubkan, kitab itu timbul dan tidak mengalir mengikut arus. melihat keajaiban itu beliau menamakan kitab tersebut 'matan al jurumiah'
Tetapi apa sebenarnya yg ingin sy sampaikan? betapa ilmu kalam itu ada maklumat2 untuk membongkar rahsia-rahsia Al-Quran dan persoalan akhir zaman.
Kisah yang diceritakan kpd saya, waktu dulu2 org yg menghafal kitab ini mesti tidur atas buah kelapa tua...supaya mudah bangun waktu mlm apabila kepalanya tergelincir dan boleh bangun menyambung hafalan.
Dan sy juga pernah diarahkan menghafal kitab ini dan sy lakukan tanpa tidur beralaskan kelapa tua...dan hasilnya sy langsung tidak mengingati apa2 tentang ilmu itu.
"Dan bermula kalam itu ialah lafaz...."
No22 Islamic Street
Tuan SP,
Ayatul Kursi adalah kalam Dia.
Ada ketika ianya boleh 'dihunus' sebagai pedang, jika sesuai masa dan tempatnya. Namun perlu betul dan sahih caranya agar tidak disalahguna.
ya pasti, tuan ktb, memang Kalam Dia, tetapi ia menjadi 'pedang' kita. hj ali haji menulis tentang kalam dan pedang kita. dan bagaimana pula jika kalam kita itu, terhasil daripada pedoman Kalam Dia, lalu tidakkah ia berupaya juga menjadi 'pedang' kita?
Kalam Dia pedang kita. Memang itulah sebenarnya.
Walau bagaimanapun haruslah diingat bahawa proses menjadikan Kalam Dia pedang kita memerlukan kesabaran dan ketabahan yang tinggi. Disertai dengan ilmu yang sahih dan amalan yang berterusan bersama hati yang ikhlas.
Jika tidak, lihatlah berapa ramai di antara kita yang tewas di medan pertempuran akibat terpana akan kilauan pedangnya sendiri.
Pencuri Kota Baghdad
Ho Leng! kata orang Hui
Va! seru orang Pathan
tak sempat saya berkira atas tanya Tuan SP - daerah PokokHujan diserbu pelbagai upaya tafsiran yang tiada taranya.
Izinkan si pencuri berdosa ini menutup tirai Imam Al-Sonhaji yang dirawi oleh Penghuni No. 22,
.., "dan bermula kalam itu adalah lafaz .., maka bila berakhir lafaz itulah waktu pedang dihunus ..."
Terima kasih semua, terutama tuan rumah .., serasa wujud rasa tenang yang lama didamba.
(Warrior by day; Monk by night)
Post a Comment