a.k.a riwayat nak cepat
Semusim di hospital (is:2.1)
Ambulans laju-laju
Orang sakit jalan dulu
Tingkat lima wad icu
Sakit teruk masuk situ
Katil nombor empat
Siang malam makan ubat
Menunggu setiap hari
Kawan dengan nyonya dan aci
Mandi air panas
Tidur atas kerusi malas
Cafe layan diri
Menu sama setiap hari
Misi muda-muda
Emak masam ayah suka
Doktor pakai baju putih
Dengan orang kampung cakap inggeris
Kerani senyum-senyum
Kasi bil miliun-miliun
Ayah batuk-batuk
Poket kosong tinggal habuk
Adapun mata (ph:2.1)
Jangan main kerling-kerling
Pipi bengkak gigi sumbing
Bila suka jeling-jeling
Poket kosong kepala pening
Apa guna tenung-tenung
Kalau minat terus sorong
Awak gemar kenyit-kenyit
Kalau ada mintak sikit
Gigi rongak mata juling
Alamat hidup terumbang-ambing
Adapun berkawan (ph:2.2)
Berkawan dengan orang muda
Semangat naik berani pun ada
Berkawan dengan orang tua
Teringat dosa kurang ketawa
Berkawan dengan orang perempuan
Selalu berborak tentang pakaian
Berkawan dengan budak-budak
Tidaklah kenal nangka-cempedak
Berkawan dengan anak sekolah
Janganlah takut membuat salah
Berkawan dengan orang guru
Bila bercakap jangan terburu
Berkawan dengan orang pensyarah
Boleh bertanya petunjuk dan arah
Berkawan dengan orang bomba
Mesti berani panjat tangga
Berkawan dengan orang polis
Angkat tangan terus tulis
Berkawan dengan orang askar
Jet hilang jadi kelakar
Berkawan dengan orang bas
Mata mengantuk selalu terbabas
Berkawan dengan orang raja
Siapa dekat boleh jaja
Berkawan dengan orang menteri
Beri kanan ambik kiri
Berkawan dengan orang sprm
Laporan bertimbun lama diperam
Berkawan dengan orang ag
Prinsip dan maruah ada ke lagi?
Berkawan dengan orang peguam
Kepala pening terus demam
Berkawan dengan orang hakim
Tak betul gaya kena contempt
Berkawan dengan orang media
Membuat cerita kerja dia
Berkawan dengan orang berniaga
Kena berkira kena berjaga
Berkawan dengan orang kontraktor
Semua pandai semua teror
Berkawan dengan orang doktor
Baju putih tangan kotor
Berkawan dengan orang penulis
Kena minat baca tulis
Berkawan dengan orang seni
Jangan lupa anak dan bini
Berkawan dengan orang artis
Tayang punggung tunjuk betis
Berkawan dengan orang lebai
Muka senyum tangan melambai
Berkawan dengan orang pramugari
Macam dilayan oleh bidadari
Berkawan dengan orang bujang
Tidur terkangkang mandi telanjang
Berkawan dengan orang rasuah
Pintu neraka dekatlah sudah
Berkawan dengan orang dadah
Kalau sakit sendirilah bedah
Berkawan dengan mat rempit
Motor punah badan tersepit
Berkawan dengan orang gro
Ada duit boleh tidur
Berkawan dengan orang politik
Hendak percaya checklah sikit
Berkawan dengan orang Bangla
Duduk berjemur pakai tuala
Berkawan dengan orang Indon
Cakap kecamuk bahasa London
Berkawan dengan orang Keadilan
Niat serong boleh jalan
Berkawan dengan orang Umno
No more, its a definite 'No'
Berkawan dengan orang PAS
PRU 13 jangan terlepas
Berkawan dengan Hisham Rais
Congak sosialis tak habis-habis
Berkawan dengan Rahmat Haron
Rambut panjang bersopan santun
Berkawan dengan Dina Zaman
Bila minah ni nak berteman?
Berkawan dengan Eby Fana
Bawak kereta tidaklah lena
Berkawan dengan Saiful Bukhari
Bontot berat tak sempat lari
Berkawan dengan Kartika Sari
Kehendak dia tolonglah beri
Berkawan dengan Mahathir Mohamad
Sumpah rakyat bisalah amat
Berkawan dengan Chua Soi Lek
Baring boleh berdiripun molek
Berkawan dengan Samy Vellu
Dia jugak dari dulu
Berkawan dengan Karpal Singh
Silap cakap kena lesing
Berkawan dengan Lim Kit Siang
Mesti mau cakap siang-siang
Berkawan dengan Najib Razak
Buatnya tidak cakap berlambak
Berkawan dengan Anwar Ibrahim
No comment. Cuma nak berdehem
Berkawan dengan Mohd Sabu
Siapa merajuk jadi abu
Berkawan dengan Siti Nurhaliza
Dulu sekarang tak banyak beza
Berkawan dengan Husam Musa
Hilang kambing dapat rusa
Berkawan dengan Abdullah Karim
Perut gendut makan aiskrim
Berkawan dengan Nasarudin Tantawi
Tidak berkait Yusuf Qaradawi
Berkawan dengan Nik Abduh
Kawe malas cari gaduh
Berkawan dengan Nik Amalina
Suami dia Aduka Taruna
Berkawan dengan Ariffahmi
Jange cemar MB kami
Berkawan dengan Nik Amar
Cari isteri pencari damar
Berkawan dengan orang sunnah
Buat umrah tak sudah-sudah
Berkawan dengan orang syiah
Bawak batu ke rumah ke tanah
Berkawan dengan diri sendiri
Itulah awal mengenal diri
Berkawan dengan para Sahabat
Hidup di dunia adalah ubat
Berkawan dengan Nabi Muhammad
Itulah pedoman paling muktamad
Berkawan dengan Allah Yang Tinggi
Hidup dan mati terjumpalah erti
Baik budi luhur pekerti
Muka berseri lurus hati
Beramal salih mencurah bakti
Sejahtera hidup bawak ke mati
Bila datang panggilan kembali
Tidaklah sabar hendaknya pergi
Sahabat, Kekasih sedia menanti
Terubatlah rindu tidak terperi
Bertelek-telekan di syurga Jannati
Sambil menatap Wajah Yang Seni
Hilanglah ada hilanglah diri
Duduk dalam Dakapan Ilahi.
Friday, February 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
LAN
SAYA SUKA BACA BILA OTAK BEKU CACA MERBA, RASA LUCU HATI GEMBIRA.
Sdr. Pokok Hujan,
manusia akhir zaman tidak kira tua muda memang seronok malah mungkin berbangga dilambakkan dgn pelbagai riwayat innovasi kebatilan atau fiksyen heroisme duniawi untuk mengalihkan perhatian mereka supaya menjauhi ilmu tentang lumrah perjuangan/pengorbanan hakiki Rasulullah SAWW dan ahli keluarga bginda yg suci dlm mempertahankan kebenaran cahaya Ilahi, sambil dsertai oleh segelintir para sahabat yg berada di jalan nan lurus.
caca merba di seluruh dunia pada hari ini adalah akibat ramai manusia akhir zaman tidak menyedari akan tindakan paksi kejahatan ala Yazid bin Muawiyah bin Abu Sufyan (Amerika, Turki, Arab Saudi, Israel, Taliban, al-Qaeda, Osama, Obama, Anwar, Isham Rais, Dr. MAZA, SIS, Hollywood, Wahabi-Salafi, Nik Aziz, Husam) yg sudah lama bersekongkol mempersiapkan jentera cengkaman mereka untuk menentang pihak pendamping cahaya kebenaran al-Hussein ibni 'Ali ibni Abu Thalib putra Fatimah binti Muhammad SAWW (Iran, Khomeini, Ahmadinejad, Hezbullah, Hassan Nasrallah, Palestin, Hamas, Mat Sabu, Hj. Hadi, F.Tehrani, Sunni-Syiah Bersekutu, Harun Din).
SAMA-SAMA KITA PERHATIKAN.... TAPI SAMPAI BILA???
Baca dan teliti
takde sape nak kawan kerani?
bekas kerani muda,
takde sape nak kawan kerani sebab bil miliun-miliun. ahaks. nice!
anon 1.50pm.
saya kagum dgn kecintaan tuan kepada keluarga ali RA. alangkah baiknya jika kecintaan dan kasih sayang ini dijadikan asas bagi pembinaan sebuah dunia yang diisi dengan hikmah dan rasa kasih yang mendalam itu, bukannya rasa benci dan dendam yang juga terserlah dalam kenyataan tuan di atas.
bukankah itu yang menjadi sebab dan matlamat keluarga suci itu? bukankah benci dan dendam juga merupakan intipati kedurhakaan, caca merba dan kejahatan yang tuan tolak? dan bukankah benci dan dendam turut merupakan intipati iblis dan syaitan?
carilah damai tuan. saya atau tuan atau siapa jua kini tidak bertanggungjawab ke atas 'dosa' yazid, dan kita juga tidak akan mengongsi 'pahala' husein.
kita hanya akan memikul dosa dan pahala sendiri. kita hanya boleh belajar drp mereka untuk menjadikan dosa itu sempadan dan pahala sebagai teladan. mudah-mudahan dunia ini akan menjadi lebih baik untuk semua orang.
untuk Bekas Kerani Muda
kena ingat kerani boleh jadi macam-macam...
Kerani boleh jadi penulis,loyar,hakim, ahli JPA3, ahli PEMADAM, PVR, Wataniah, Simpanan TLDM, broker, jurujual dan paling tidak pun wakil rakyat...ehek
Pencuri Kota Baghdad
seorang kerani tua beruban
seorang bekas kerani muda
seorang lelaki banyak perempuan
seorang perempuan susah nak jaga
bukan sebab hati tak sayang
hati walang siapa peduli
hidup boleh jadi wayang
bila kasih dijual beli
kerani bukan menteri bukan
satu bukan ramai pun bukan
jumlah dan nasab bukan hitungan
antara akar dengan rotan
antara kaca dengan intan
setiap sesuatu diremeh jangan
Pencuri Kota Baghdad
isteri macam tv
gelifren macam hp
kat rumah tengok tv
kat luar bawa hp
takde duit jual tv
ade duit beli hp
kadang2 seronok juge tengok tv
tapi selalunya banyak masa habis main hp
tv skali bayar jer percuma sepanjang hayat
tapi hp kalo x bayar bil, line akan ditamatkan
tv saiznya besar, berat dan dah buruk
tapi hp cute, comel, ramping, banyak butang boleh picit2 dan bpleh bawa kemana-mana dan bila2 masa
kos maintenance tv murah jer lagipun jarang rosak
tapi hp, mak oii...mahal giler .., selalu meragam lak tu
yg sadisnya,
tv ade remote control
hp takfe
cuma 1 jer kelebihan tv ..,takde virus
tapi hp .., hu hu berlambak virus .., kena skali merana
tapi jangan pening kepala, pilihlah tv .., kalu boleh ambik jenis plasma ...
dipetik drp tranungkite
hah!
tuan masih terperangkap dengan sisi fenomena. isunya bukan tv atau handfon, tetapi siaran. kalau setakat tv1, tv2, tv3, tv7 dan tv9, mau tongong dibuatnya! haha
Tuan SP
Ana baru jalani operasi
Sebelah kanan di bawah pipi
Duduk wad enam hari tanpa TV
Boleh sembang sama nyonya dan aci
8-13 Mac ana di jaga misi
Lepas itu seminggu mc
Duduk di katil seorang diri
Banyak fikir sana sini
Rupanya kesakitan ini
Bisa melenyapkan ego peribadi
Post a Comment