Friday, February 05, 2010

babad mencari diri menempa peribadi

a.k.a riwayat mencari pasal
a.k.a the graffiti

Anak-anak bujang kemaruk ict
i-pod, lap-top dan juga blackberry
i love you and you love me
kampung terjarah siapa peduli? (ph:1.1)

Bluetooth, usb, wi-fi dan memori
ratib dan tasbih anak-anak kini
lancarkah qulhu dan ayatul kursi
mengiringi emak ke kubur nanti? (ph:1.2)

Watpa itu buat apa dan ct itu siti
Yang dalam itu kulit, yang luar itu isi
Terkeliru zaaba termenung alhadi
Apakah bangsaku terkehel qauli? (ph:1.3)

Mari tuan tengok dan perhati
Anak-anak kita di ruang sendiri
Bahasa lisani jambatan insani
Hanyalah catatan sejarah bahari? (ph:1.4)

Anjung serambi jadi balkoni
Garpu dan sudu mengganti jari
Hilang kampung apartment menanti
Seperti nasi bertukar maggi (is:1.1)

Gadis jelita melawat pusara
Bertudung hitam berkebaya belah
Imam dan ustaz sentiasa bersedia
Sediakan saja ganjaran dan upah (is:1.2)

Jangankan bahasa adab susila
Nama sendiripun dicincang-cincang
Bukannya lupa cara berkata
Hanya nak cover gigi yang jongang (is:1.3)

Usahlah tuan meratap sayu
Melihat bangsa umbinya dilupa
Bunga yang kembang lagikan layu
Apalah lagi kita manusia (is:1.4)

Turun ke sungai berhati-hati
Jangan terpijak rotan berduri
Apakah itu pilihan hati
Jadi merpati di kampung sendiri? (ph:1.5)

Di beting pasir singgah kedidi
Burung pekaka sabar menanti
Zikir dan doa balasan budi
Cukupkah wang menggalang ganti? (ph:1.6)

Mengail baung mendapat keli
Disambar belida terputus tali
Gigi yang jongang tetapi asli
Apakah mencacat inti peribadi? (ph:1.7)

Tersangkut rerambut terpiat kekili
Dibawa lari toman berkati
Bunga melayu hukum fitrawi
Kukuh umbinya memutiklah ganti (ph:1.8)

Galah berakit di Kuala Kaung,
Tempurung tampung seluang badar,
Salak di bukit gema di gaung,
Ribut di kampung tak siapa sedar. (pb:1.1)

Seorang kerani tua beruban
Seorang bekas kerani muda
Seorang lelaki banyak perempuan
Seorang perempuan susah nak jaga. (pb:1.2)

Bukan sebab hati tak sayang
Hati walang siapa peduli
Hidup boleh jadi wayang
Bila kasih dijual beli. (pb:1.3)

------------------------------
NOTA: Babad ini adalah ruang awam dan berterusan seperti wiki. Pembaca dielu-elukan mencatatkan pemerhatian dan fikiran mereka dalam ruangan komen. Catatan yang selari dengan arah aliran babad ini akan dimasukkan ke dalamnya secara rasmi.

Pilihan saya tidaklah sepenuhnya muktamad. Pembaca berhak mencadangkan dan juga mengkritik. Ini adalah percubaan sama ada secara kolektif bangsa kita berupaya membina sebuah monumen manusiawi yang secara sah menjadi milik bersama saya, anda dan kita. Semua sumbangan mestilah asli.

Kesempurnaan adalah misi, kecacatan adalah realiti.

21 comments:

Anonymous said...

Anak-anak bujang kemaruk ict
i-pod, lap-top dan juga blackberry
i love you and you love me
kampung terjarah siapa peduli?

Anjung serambi menjadi balkoni
garpu dan sudu menganti jari
Hilang kampung apartment menanti
Seperti nasi bertukar meggi



Bluetooth, usb, wi-fi dan memori
ratib dan tasbih anak-anak kini
lancarkah qulhu dan ayatul kursi
mengiringi emak ke kubur nanti?

Si gadis jelita melawat pusara
bertudung hitam berkebaya belah
Imam dan ustaz sentiasa bersedia
sediakan sahaja ganjaran dan upah


Watpa itu buat apa dan ct itu siti
Yang dalam itu kulit, yang luar itu isi
Terkeliru zaaba termenung alhadi
Apakah bangsaku terkehel qauli?

Jangankan bahasa adab susila
nama sendiripun dicincang-cincang
bukanya lupa caranya berkata
hanya nak cover gigi yang jongang


Mari tuan tengok dan perhati
Anak-anak kita di ruang sendiri
Bahasa lisani jambatan insani
Hanyalah catatan sejarah bahari?

Usahlah tuan meratap sayu
melihat bangsa umbinya dilupa
bunga yang kembang lagikan layu
Apalah lagi kita manusia



Saya yang membali:
No22 islami Street

Anonymous said...

No22 Islamic Street

Bukan niat mahu menguji
tetapi hati mahu bercanda
tuan menjual sudahku beli
kini tiba giliran hamba

Belum cukup ilmu didada
ingin menyudi sang bijaksana
membuka langkah maaf dipinta
dengan pantun enam kerat gelanggan dibuka

Juadah pagi debu jelaga
petang dikali airnya nista
damai malam dilorong noda
embun dirumput sudahpun tiada
lamanya bayu tidak menyapa
kenapa unggas hilang kicaunya?

Anonymous said...

Pencuri Kota Baghdad

Bukan unggas sebarang unggas
Unggas jatuh peri kayangan
Terkerat sayap kicau pun sirna
Bukan malas beban digalas
Tugas penuh liku cabaran
Unggas mendamba lagu dan irama

Tun Tuban Tun Temuni
Tun Uri Tun Tali Pusat
Serapah berzaman jadi pusaka
Jika bukan menagih budi
Bukan juga luahan hasrat
Senyuman madu apa tandanya?

syed putra ahmad said...

Pencak dibuka dalam gelanggang
Keras tarinya tidaklah sumbang
Itulah resam orang hulubalang
Ketika berkampung atau berdagang
Tempikan tuan berkuang-kuang
Tetapi kenapa di banir kundang?

Anonymous said...

Pencuri Kota Baghdad

Tersesat di laman Cucu Tok Kedu lalu terjumpa sebuah pantun lama
berasa amat perlu diabadikan di tepi pokok hujan.

GALAH BERAKIT DI KUALA KAUNG,
TEMPURUNG TAMPUNG SELUANG BADAR;
SALAK DI BUKIT GEMA DI GAUNG,
RIBUT DI KAMPUNG TAK SIAPA SEDAR.

Anonymous said...

No22 islamic Street beli pencuri kota bagdad

Jampi serapah didalam pantun
bersandar adat bersyariat agama
zaman berzaman pusaka bangsa
menggoda bukan berbudi pun bukan
senyum madu dendam membara
luarnya manis dalamnya berbisa

Anonymous said...

NEON PARADISE
Senyum dan tawa amalan kita,
Bila bertemu sanak saudara,
Dipatuk ular alah biasa,
Senyum sinis terbakar di dada,

Anonymous said...

Neon Paradise

Kale malam kian terang,
Dek lampu dan purnama mengambang,
Bukan Takut hantu Jemalang,
Cuma bimbang di Toreh orang.

Anonymous said...

Pencuri beli Neon Paradise

Bulan posa kenduri moreh
Hari raya sabar menanti
Jika takut dada ditoreh
Pakai baju berbenang besi

Anonymous said...

Pencuri Kota Baghdad jual

Hulu badik diukir raja
Dibuat orang motong buah
Buah direndam bersama santan
Dijaja atas sampan kolek
Dulu carik selendang Teja
Dibawa lari Laksamana Tuah
Takde berbilang pendekar Semantan
Dapat halang menyulam balik

Anonymous said...

neoparadise beli Pencuri Kota

Ulat beluncas geli dipandang,
sampai waktu rama-rama indah kan terbang,
Ular bersalin kulit di dalam gelangang,
Kenapa pula 'dia' perlu di tatang?

akbajalil said...

Dia datang tidak tentu masa
tidak cepat dan tidak lambat
entah bila entah di mana
dia pasti datang menghambat

Malangnya...
ramai kita leka dan alpa
sebab hidup penuh suka
amanah Dia sering terlupa

Alasannya...
masa muda sibuk banyak kerja
tunggulah bila sudah tua
boleh qada' lama-lama

Sedihnya...
bila sudah tua
sakit sini sakit sana
lupa sini lupa sana
anak isteri entah di mana
bolehkah kita salahkan mereka
kenapa tidak ingatkan kita?

Anonymous said...

NEON PARADISE

Pergi ka-tanjung Arab memang dah lalu,
Engan di baca Fansuri dahulu,
Bila di tanya 'apa tahu',
Hanya boleh tergaru-garu.

UlatBulu said...

UlatBulu beli NEON PARADISE

Berkelip kunang2 di atas dahan,
Tingginya tualang jelas di mata,
Terbakar bukan nyalaan bara,
terbakar dek kerana senyuman nista?

UlatBulu said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

No22 Islamic Street

pantun dua kerat (Semusin di hospital)

Ambulan laju-laju
orang sakit jalan dulu

Tingkat lima wad icu
sakit teruk masuk situ

Katil nombor empat
siang malam makan ubat

menunggu setiap hari
kawan dengan nyonya dan aci

mandi air panas
tidur atas kerusi malas

cafe layan diri
menu sama setiap hari

Misi muda-muda
emak masam ayah suka

Doktor pakai baju putih
dengan orang kampungpun cakap inggeris

kerani senyum-senyum
kasi bil milium-milium

ayah batuk-batuk
pokek kosong tinggal habuk

UlatBulu said...

UlatBulu Jual

Pekan Khamis Chenor tempatnya,
Berlatar Sg.Pahang, bukan-main meriahnya,
Pondok-ilmu bukan tak ada kat sana,
Kenapa kini sunyi sahaja?

Anonymous said...

neon paradise (cari Ubat)

'Kalau-nye' begitu pasti begini,
Jike begini 'pulok' akan begitu,
'Kek-nye''gone-gaye' begitu boleh begini?
Lepas 'te' begini dijadikan begitu?

Anonymous said...

Pencari Syurga Para Pencinta:

Ramai yang hilang tercari-cari
Sebuah azimat warisan Ilahi
Wafatnya Muhammad, rahmatNya pergi
Tinggallah Hassan, Hussayn, Fatimah dan Ali

Tiada ramai yang ambil peduli
Meninggalkan urusan jenazah yang suci
Yang mengaku teman tiada menghadiri
Yang masih setia hanyalah Ali

Tiadaku jumpa selain ini
Azimat penawar rindu Ilahi
Pergilah Muhammad, pergilah Sang Nabi
Akan terus ku cari pintumu Ali

Sekian, terima kasihan.

Anonymous said...

Pencuri Kota Baghdad

dang dang dut
tuan sp jangan kentut

keladi we we
jangan juge sambil lewa

sen dir dua dir
islamic steet adakah hadir?

patelu patelir
atau hanya mundar-mandir?

lat lat kumbang dir
neon paradise adakah pandir?

berbulu ketam masin
silap tafsir sekaligus isin

ma likin cho nget
dan kita semua "forfive & forget"

arr said...

Malam hari bakar gaharu
Semerbak baunya keluar pintu
Duduk berzikir lepas maghrib
Mata terpejam tidak berkelip

Mata terpejam tidak berkelip
Duduk berzikir lepas maghrib
Sambil mulut mengulum zikir
Hati terkenang otak berfikir

Hati terkenang otak berfikir
Sambil mulut mengulum zikir
Jiwa resah minta dibelai
Kasih sayang tersalah gadai

Kasih sayang tersalah gadai
Jiwa resah minta dibelai
Merajuk hati kepada DIA
Moga-moga rayuan diterimaNYA