perubahan-perubahan yang bakal anda saksikan pada wajah blog ini dalam tempoh terdekat ini adalah suatu proses alami. proses belajar daripada kesilapan dan juga proses islah kepada blog ini sendiri. jangan buat apa-apa kesimpulan atau terkaan. seperti yang saya sebut sebelum ini, ia hanyalah proses alami semata-mata, iaitu untuk menjadi lebih baik. itu sahaja.
yang lebih penting ialah kandungannya, sekiranya ada manfaatnya, teruslah membaca dan berpartisipasi dalam ruang komen yang terbuka luas itu. jangan malu atau segan atau takut. ia bebas. ia jujur.
Sunday, May 31, 2009
Thursday, May 28, 2009
ulamak, faqih, ayatullah, mursyid, imam, tokguru, ustaz, syeikh, murabbi?
Ayatullah (Farsi: آيتالله āyatullāh daripada bahasa Arab: آية الله, āyatu l-Lāh "Ayat-ayat Allah", āyah (jamak: ayat) dan Allah) adalah gelaran tinggi yang diberikan kepada ilmuan mazhab usuli, Syiah Imam Dua belas.
Mereka yang memakai gelaran ini adalah pakar dalam ilmu-ilmu Islam seperti perundangan, etika/akhlak dan falsafah. Mereka lazimnya mengajar di pusat-pusat pengajian Islam. Gelaran kedua di bawah ayatullah adalah Hujatul-islam wal-muslimin.
Kedudukan
Gelaran ini kini diberikan kepada mujtahid Syiah yang tersohor selepas mereka menyempurnakan pengajian sat'h dan kharij di hawzah (1). Di tahap ini mereka berkebolehan mengeluarkan fatwa mereka sendiri berdasarkan sumber-sumber hukum Islam: al-Qur'an, Sunnah, Ijmāˤ dan 'Aql "intelek", (bukannya prinsip Qiyas seperti dalam mazhab Sunni).
Selalunya kebolehan ini disahkan melalui pemberian ijazah oleh guru masing-masing. Seseorang ayatullah kemudiannya boleh mengajar di mana-mana hawzah menurut bidang kemahiran masing-masing, menjadi tempat rujukan bagi persoalan-persoalan agama dan boleh pula berperanan sebagai hakim atau qadhi.
Terdapat perbezaan penting antara ayatullah Syiah dengan para ‘wali’ dalam agama-agama lain dan juga mazhab Sunni. Mereka tidak dianggap mendapat petunjuk daripada Allah secara 'langsung', tetapi sebaliknya daripada Kalimah Allah.
Terdapat juga beberapa wanita yang sama taraf dengan para ayatullah ini dan mereka dikenali sebagai Mujtahidah. Contoh semasa Mujtahidah ini ialah Zohreh Sefati. Dari segi sejarahnya, terdapat beberapa orang Mujtahidah dalam mazhab Syiah, dan paling terkenal ialah wanita-wanita daripada keluarga Allama Hilli.
Sejarah
Nama ‘ayatullah’ berasal daripada al-Quran, di mana manusia juga boleh dianggap sebagai ayat-ayat Allah, yang merupakan terjemahan literal gelaran itu. Ayat 51: 20-21 al-Quran menyebut:
Di bumi terdapat tanda-tanda bagi mereka yang beriman. Juga pada diri kamu sendiri: Apakah engkau tidak melihat?
Ayatullah Uzma
Sebilangan kecil daripada ayatullah-ayatullah yang penting diberikan pangkat dan gelaran Ayatullah Uzma (Ayatullah Uzma, Ayat-ayat Allah yang Besar). Ini biasanya berlaku apabila para pengikut ayatullah-ayatullah merujuki mereka dalam pelbagai bentuk keadaan dan meminta mereka menerbitkan buku Perundangan masing-masing bagi menjawab isu-isu berhubung pelbagai perkara dalam kehidupan harian orang Islam
Buku ini dinamakan Risalah, yang lazimnya mengambil bentuk baru buku Al-Urwatu l-Wuthqah, berdasarkan pengetahuan mereka tentang sumber-sumber Islam yang paling asli dan aplikasinya kepada kehidupan semasa.
Pada masa ini terdapat lima orang Ayatullah Uzma di Najaf, Iraq, yang merupakan pusat pengajian Islam Syiah atau hawzah di negara itu. Paling kanan ialah Ali Sistani, diikuti oleh Bashir Najafi, Muhammad Said al-Hakim, Muhammad Ishaq al-Fayyad, and Muhammad Taqi Modarresi.
Lebih ramai Ayatullah Uzma menetap di Iran dan di mana-mana penganut mazhab Syiah berada. Terdapat lebih 20 orang di seluruh dunia; dan yang paling terkenal adalah Ali Khamenei, Ali Sistani, Makarem Shirazi, Malakouti, Montazeri, Fadlullah, Haeri and Sadiq Shirazi.
------------------------------------------
(1) Hawzah (Arab/Farsi: حوزة) atau hawzah ˤilmiyyah (Arab/Farsi: حوزة علمیة) adalah pusat pengajian tradisi Syiah.
Beberapa orang Ayatullah Uzma kanan membentuk hawzah. Institusi-institusi di Najaf, Iraq dan Qum, Iran adalah pusat pengajian terpenting bagi pendidikan golongan ilmuan Syiah. Namun begitu, terdapat juga hawzah-hawzah yang lebih kecil di kota-kota lain di serata dunia.
Hawzah pertama didirikan di Najaf pada abad ke 11 Masehi. Walaupun akademi-akademi Syiah yang kecil telahpun wujud di Qum, hawzah kota itu menjadi popular pada zaman Safavi apabila mazhab Syiah dijadikan agama rasmi di Iran. Guru-guru terkenal pada era itu adalah Mulla Sadra dan Syakh Bahai. Hawzah Qum itu telah diberi nafas baru oleh Abdul Karim Haeri Yazdi dan Ayatullah Uzma Borujerdi.
Pelajar di hawzah memulakan pengajian mereka dengan mempelajari fiqh, kalam, hadith, tafsir, falsafah, sains tabii dan abstrak, selain bahasa dan kesusasteraan Arab. Setelah tamat tahap ini, mereka boleh memulakan pengajian untuk menjadi seorang mujtahid dengan mempelajari buku teks kuno lanjutan yang dikenali sebagai sat'h, dan kursus-kursus penyelidikan yang dikenali sebagai kharij.

Wednesday, May 27, 2009
adiy bin hatim (1)
adiy bin hatim adalah pemimpin sebuah kabilah yang amat membenci nabi SAW. selaku pemimpin dia selalu mengambil bahagian terbanyak daripada harta rampasan yang diperoleh kaumnya, walaupun perbuatan itu tidak dibenarkan oleh agama yang dianutinya. ketika adiy mendengar tentera muslimin bergerak ke daerahnya, dia segera melarikan diri bersama keluarganya, melainkan saudara perempuannya bernama sufanah, yang ditinggalkan.
tentera muslimin lalu menangkap sufanah dan membawanya kepada rasulullah SAW. dia kemudian dikumpulkan bersama-sama tawanan lain. ketika rasulullah SAW datang, sufanah berkata: "hai rasulullah, orang tuaku telah tiada dan pelindungku melarikan diri. kasihanilah aku".
"siapa pelindungmu?", tanya rasulullah SAW.
"adiy bin hatim", jawab sufanah.
"yang lari daripada allah SWT itu?", kata rasulullah SAW, sambil melangkah meninggalkan sufanah.
pada hari berikutnya, rasulullah SAW datang kembali, dan sufanah mengungkapkan hal yang sama, sementara jawapan rasulullah SAW juga sama.
esoknya rasulullah SAW datang lagi. sufanah berasa putus asa untuk mengungkapkan sesuatu kepada baginda. namun ali bin abi talib KWJ, yang berada di belakang baginda menyuruh sufanah berkata sesuatu.
maka berdirilah sufanah, lalu berkata: "orang tuaku telah tiada dan pelindungku melarikan diri. kasihanilah aku, nescaya allah SWT akan mengasihi tuan".
"hal itu sudah aku lakukan. jangan terburu-buru pulang sehingga tiba sekelompok kaummu yang terpercaya yang akan membawamu pulang", jawab nabi SAW.
setelah itu sufanah tinggal di madinah untuk beberapa waktu. ketika sekelompok kaumnya yang terpercaya datang, dia lalu menemui rasulullah SAW dan berkata: "hai rasulullah, sekelompok kaumku yang terpercaya telah datang".
maka rasulullah SAW pun memberinya pakaian dan bekal, lalu melepaskannya untuk kembali ke syam (syria kini). sesampai di sana, sufanah bersegera bertemu saudaranya, adiy bin hatim. sufanah memaki-maki adiy dengan kata-kata: 'kau bawa anak dan keluargamu, dan kau tinggalkan aku sendirian".
adiy menjawab: "saudariku, berbicaralah dengan baik. sungguh aku tidak senang dengan cara seperti itu".
setelah diam. adiy bertanya: "apa pendapatmu tentang orang itu (rasulullah SAW)?".
"sebaiknya kau segera menemuinya. jika dia nabi, maka keutamaanlah yang akan kau terima. jika dia raja, sungguh kau tidak akan berasa rendah diri dihadapannya", kata sufanah.
adiy bin hatim bercerita: "lalu aku pergi menemui rasulullah SAW di madinah. ketika itu dia berada di masjidnya. setelah aku memberi salam, dia bertanya: "siapa engkau?". "adiy bin hatim", jawabku. lalu dia mengajakku ke rumahnya.
di tengah jalan, dia dihentikan oleh seorang wanita tua yang lemah yang mengadukan kesulitan-kesulitan hidupnya kepada beliau. demi tuhan, dia bukan raja, fikirku.
setiba di rumah, dia mengambil bantal dan memberikannya kepadaku untuk duduk. aku menolak, namun dia memaksaku, sementara dia sendiri duduk di atas tanah. demi tuhan, ini bukan pekerjaan seorang raja, fikirku lagi.
kemudian dia berkata: "hai adiy, bukankah kau seorang rukusiy?"(2)
"benar", kataku.
"bukankah engkau selalu mengambil seperempat bahagian daripada rampasan?", tanya beliau.
"benar", jawabku.
"bukankah itu tidak dibenarkan oleh agamamu?", tanya beliau lagi.
"benar", kataku.
sungguh dia benar-benar seorang nabi kerana mengetahui sesuatu yang tidak diketahui orang lain, kembali aku berfikir.
kemudian beliau berkata lagi: "hai adiy, barangkali yang menghalangmu masuk islam ialah engkau melihat keperluan kaum muslimin yang amat banyak ini. sungguh akan tiba ketikanya akan mengalir harta-benda kepada mereka, sehingga tidak ada seorangpun yang akan mengambilnya.
"atau yang menghalangimu masuk islam kerana kau melihat umat ini mempunyai banyak musuh, sementara jumlah mereka sedikit. sungguh akan tiba saatnya, kau mendengar seorang wanita keluar dengan untanya dari kota qadisiyah (iraq kini) menuju baitullah tanpa rasa takut apa-apa.
"atau barangkali yang menghalangmu masuk agama ini kerana kau melihat kekuatan dan kekuasaan berada di tangan orang lain. sungguh akan tiba ketikanya kau menyaksikan istana-istana putih babylonia berada dalam kekuasaan umat ini".
adiy berkata: "dua hal terakhir kata-kata rasulullah SAW itu telah menjadi kenyataan, sedangkan yang pertama belum. telah kusaksikan istana putih babylonia dikuasai umat ini. dan telah kusaksikan seorang wanita keluar dengan untanya dari qadisiyah menuju baitullah. sedangkan limpahan harta sehingga tak seorangpun mengambilnya belum terjadi".
----------------------------------------
(1) sirah ibn hisyam, jilid iv, hal 225-227
(2) rukusiy adalah agama gabungan antara nasrani dan syabiah
- dipetik dari orang-orang bijak, murtadha muthahhari, pustaka hidayah, hal 3-6.

Tuesday, May 26, 2009
ulamak, faqih, ayatullah, mursyid, imam, tokguru, ustaz, syeikh, murabbi?
Ayatollah (Persian: آيتالله āyatollāh from Arabic: آية الله, āyatu l-Lāh "Signs of God", āyah (plural: ayat) and Allah) is a high ranking title given to Usuli Twelver Shī‘ah clerics.
Those who carry the title are experts in Islamic studies such as jurisprudence, ethics, and philosophy and usually teach in Islamic seminaries. The next lower clerical rank is Hojatoleslam wal-muslemin.
Rank
The title is currently granted to top Shia mujtahid, after completing sat'h and kharij studies in the hawza. By then he would be able to issue his own edicts from the sources of religious laws: Qur'an, Sunnah, Ijmāˤ and 'Aql "intellect" (rather than the Sunnī principle of Qiyas).
Most of the time this is attested by an issued certificate from his teachers. The Ayatollah can then teach in hawzas according to his speciality, can act as a reference for their religious questions, and act as a judge.
There is an important difference from Shi'a Ayatollah's and "saints" in other religions and Sunni Islam. They are not regarded as enlightened by God Himself, but by the Word of God.
There are a few females which are equal in ranking to the Ayatollahs, and are known as Lady Mujtahideh. A current example of a Lady Mujtahideh is Zohreh Sefati. Historically, there have been several Mujtahidehs in Shi'ism, most famously the women in the family of Allama Hilli.
History
The name "Ayatollah" originates from the Quran where human beings can also be regarded as signs of God, the literal translation of the title. 51:20-21 of the Quran states:
On the earth are signs (Ayat) for those of assured Faith, As also in your own selves: Will ye not then see?
Grand Ayatollah
Only a few of the most important Ayatollah are accorded the rank of Grand Ayatollah (Ayatollah Uzma, "Great Sign of God"). This usually happens when the followers of one of the Ayatollahs refer to him in many situations and ask him to publish his Juristic book in which he answers the vast majority of daily Muslim affairs.
The book is called Resalah, which is usually a reinvention of the book Al-Urwatu l-Wuthqah, according to their knowledge of the most authentic Islamic sources and their application to current life.
There are currently five grand ayatollahs in Najaf, Iraq, center of the Iraqi Shi'i seminaries or Hawzas (currently the most senior is Ali Sistani). The others are Grand Ayatollahs Bashir Najafi, Muhammad Said al-Hakim, Muhammad Ishaq al-Fayyad, and Muhammad Taqi Modarresi.
There are more in Iran and wherever the Shi'a exist. There are more than 20 living worldwide; the most famous of them are Ali Khamenei, Ali Sistani, Makarem Shirazi, Malakouti, Montazeri, Fadlullah, Haeri and Sadiq Shirazi.

Monday, May 25, 2009
'Mesti Ulama untuk Sekat Musuh Islam'
Oleh Haris Zalkapli
"Heed not the blind eye, the echoing ear,nor yet the tongue, but bring this great debate the test of reason "- Parmenides.
Timbalan mursyidul am PAS, Datuk Dr Haron Din membuat kenyataan paling jelas dan mengejutkan dalam menegaskan perlunya ulama memegang jawatan tertinggi parti, iaitu presiden dan timbalan presiden.
Dalam ucapannya bertajuk Memperkukuh Kepimpinan Ulama dalam majlis sambutan jubli perak kepimpinan ulama PAS, Haron memberi amaran amalan membenarkan sesiapa sahaja bertanding boleh membenarkan "musuh dalam yang dirancang oleh musuh luaran berpeluang menduduki tampuk kepimpinan tertinggi parti."
Ucapan berterus-terang ini mudah untuk dibaca sebagai ditujukan kepada kumpulan Erdogan yang dikatikan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam kalangan ahli PAS kebanyakan, hujah utama menentang Erdogan ialah apa yang dilihat sebagai ketaatan mereka kepada Anwar, sesuatu yang bertentangan dengan konsep wala' yang ditekankan dalam pendidikan parti itu.
Haron menjelaskan lagi amarannya itu dengan menyebut keahlian yang terbuka parti berpotensi membuka kepada perancangan "Umno atau musuh luar negara" untuk meramaikan ahli dan memenangkan "musuh Islam yang sedang berada di dalam."
Menjelang muktamar kurang dua minggu lagi, ucapan ini dijangka bakal memberi kesan kepada pemilihan dan mengundang respons kuat daripada kem Erdogan.
Amaran terbuka ini juga dijangka meningkatkan lagi pertembungan antara dua kelompok besar, ulama dan Erdogan. Tetapi, kenyataan tentang "musuh Islam" dan "musuh luar" mampu mendatangkan kesan negatif kepada golongan ulama sendiri sekiranya amaran itu dilihat sebagai pembunuhan karakter menjelang pemilihan.
Cadangan Haron supaya calon pemilihan melalui penapisan seperti calon pilihan raya juga mungkin akan mendapat sambutan dingin kerana dilihat usaha menghalang tokoh-tertentu bukan ulama yang mendapat sokongan kuat ahli.
Ucapan Haron ini telah membuka fasa baru dalam persaingan kuasa dalam PAS. Tetapi, ucapan ini berpotensi juga menjadi double-edged sword kepada agenda kelompok ulama yang menyokong idea dua pemimpin tertinggi mesti dari kalangan ulama.
Bagaimanapun, kem Erdogan kini menyaksikan tentangan yang semakin kuat terhadap mereka, dan dengan hujah-hujah yang lebih mudah sampai kepada ahli-ahli akar umbi.

Thursday, May 21, 2009
inkuiri awam draf pelan pembangunan daerah
pada khamis 14 mei yang lalu, majlis perbandaran daerah temerloh (mpt) telah mengadakan majlis inkuiri awam berhubung draf pelan pembangunan daerah temerloh (2007-2015) yang telah dipamerkan sebelum itu dan setelah tamatnya tempoh bantahannya pada 21 januari 2009.
inkuiri awam ini dibuat bagi memenuhi kehendak seksyen 14(1) dan subseksyen-subseksyen 9(1), 12A, 13(1) dan (2) serta 16B(2) dan (3) akta perancangan bandar dan desa 1976 (akta 172).
bagi menyempurnakan eksesais penglibatan awam dalam penyediaan pelan pembangunan daerah dan peranannya sebagai pakatan politik yang peka terhadap masalah dan kepentingan rakyat, parti-parti politik yang membentuk pakatan rakyat temerloh telah menubuhkan sebuah jawatankuasa ad-hoc bersama yang dipengerusikan oleh adun kuala semantan, yb syed hameed syed mohammad, bagi menangani isu ini secara tersusun dan berkesan.
justeru, berdasarkan kajian ke atas pelan pembangunan daerah yang dipamerkan itu, yang dibaca bersama-sama dokumen rasmi kerajaan, iaitu pelan fizikal negara dan rancangan struktur negeri sedia ada, di samping respons orang awam dan golongan berkepentingan di daerah ini, maka jawatankuasa bersama ini telah mengemukakan sebuah dokumen rasmi yang dinamakan 'memorandum cadangan dan bantahanan terhadap draf rancangan tempatan daerah temerloh (2007-2015)' kepada mpt untuk dinilai dan dipertimbangan pada 21 januari 2009 (klik di sini).
panel tiga orang yang mengendalikan majlis inkuiri tersebut adalah terdiri daripada ydp mpt, dato' hj zulkifli hj yaacob; pengarah jpbd negeri, dato' zainon bt ahmad; dan dipengerusikan oleh pengarah ptg pahang, dato' hj abdul kadir awang bakar.
selain beberapa kekeliruan pada awal majlis akibat salah komunikasi tentang aturan majlis, secara keseluruhan ia berjalan dengan baik sekali. turut hadir bersama adalah pegawai-pegawai di bawah mpt dan jabatan-jabatan yang terlibat dengan draf pelan ini. dari sudut ini, ucapan syabas adalah wajar dan bertepatan diberikan kepada panel terbabit.
terdapat 253 bantahan kesemuanya yang telah dikemukakan kepada mpt, sama ada oleh individu, ngo, entiti perniagaan dan juga parti-parti politik. entah apa sebabnya, memorandum jk bersama pr temerloh ditempatkan di aturan terakhir, iaitu bilangan ke 253.
namun, kita sentiasa positif dan percaya ia bertujuan memberi kita lebih banyak masa untuk bercakap, terutama sekali atas faktor jumlah bantahan/cadangan kita paling banyak, iaitu sebelas (11) dan bersifat kolektif.
dalam pada itu, mpt telah terlebih dahulu menerima tujuh (7) daripada 11 bantahan/cadangan itu untuk disokong dan dimajukan ke peringkat yang lebih tinggi. jadi, sebagai setiausaha dan wakil jk bersama yang bercakap pada majlis berkenaan, saya hanya memilih empat isu yang tidak dicatatkan sebagai telah disokong untuk dimajukan, iaitu;
(a) tagline dan imej daerah temerloh,
(b) lokasi fizikal ipta,
(c) lokasi fizikal titt, dan
(d) jajaran landasan keretapi laju
untuk dibahaskan dan diberikan hujah balas.
ini kerana, selain isu-isu ini amat penting, kami juga mendapati hujah yang dikemukakan oleh mpt untuk tidak menyokong cadangan kami itu adalah tidak tepat, remeh, tidak kreatif dan juga tidak praktikal.
alhamdulillah, setelah sesi penghujahan selesai, dato pengerusi akhirnya menegaskan dan berjanji untuk menerima dan menyokong kesemua 11 bantahan/cadangan jk bersama pr temerloh itu untuk di bawa ke peringkat negeri.
cuma secara peribadi, saya ada dua ralat besar berhubung majlis inkuiri tersebut.
pertama, TIADANYA HATTA SATU ORANG wakil daripada umno. bagi saya ini bencana. sewaktu wakil daripada mca, mic, dap, pkr, pas dan ngo-ngo tempatan dan lain-lain hadir untuk mewakili parti atau kepentingan masing-masing, umno tidak berbuat demikian. kenapa?
ralat kedua saya ialah hakikat bahawa, tidak seperti yb-yb lain, yb syed hameed tidak dibekalkan dengan draf sempurna pelan pembangunan tersebut dan pejabatnya pula tidak digazetkan sebagai lokasi pemeriksaan draf. beliau hanya dibekalkan dengan draf tersebut dalam bentuk cd - (sekeping cd untuk sebuah dokumen lebih 200 halaman draf yang saiz fizikalnya menghampiri saiz sebuah meja untuk diteliti oleh orang ramai???).
jadi kami terpaksa berpuas hati dengan sebuah ringkasan eksekutif draf tersebut bersaiz a4 setebal 34 halaman untuk diteliti, khasnya oleh panel teknikal kami, serta maklumat yang diperolehi daripada rakan-rakan yang baik budi di mpt dan jabatan-jabatan kerajaan yang ada.
dalam hal ini, saya tidak mahu berhujah berdasarkan hujah klise undang-undang atau konvensyen atau moral tentang hak, tanggungjawab dan lain-lain sebagainya sebagai perisai ralat saya itu.
saya hanya mahu mengatakan bahawa, sekiranya kesemua bantahan/cadangan jk bersama pr berhubung draf pelan ini dengan jelas diterima dan disokong oleh mpt dan panel inkuiri itu sendiri, dan tujuh (7) daripadanya tanpa bahas, maka bukankah itu sudah cukup sebagai bukti meritnya, dan kredit kepada jk bersama ini?
justeru, bukankah amat mungkin sekali, sekiranya yb syed hameed dibekalkan dengan kemudahan yang sama seperti diperolehi yb-yb lain, maka lebih banyak idea dan cadangan yang bernas dapat kami kemukakan untuk kepentingan, pembangunan dan kemajuan daerah temerloh itu sendiri? dan memang inilah niat dan tujuan kami.
kepada yang skeptik; kami muslim, sejahtera adalah nama kami yang satu lagi.
wallahu a'lam
-----------------------------------
nota: yb syed hameed tidak hadir pada majlis inkuiri ini kerana beliau menjalani pembedahan pintasan jantung di ijn pada hari yang sama. dia kini sedang sembuh.

Saturday, May 16, 2009
Orang Melayu, tradisi ilmu dan kebebasan
Sewaktu mula-mula dihubungi oleh penerbit buku The Malays: Their Problems and Future, karangan Dr Syed Husin Ali, iaitu Sdr Abd Rahman Koya dari IBT, bertanyakan sama ada saya berminat untuk menerbitkan versi Melayunya, saya terus menyanggupinya tanpa perlu berfikir panjang.
Saya sedar tentang aliran pemikiran yang sedia ada dalam masyarakat dan faham bahawa kesanggupan tersebut berkemungkinan menimbulkan masalah tertentu. Namun saya teruskannya juga kerana beberapa sebab yang bagi saya akan mewajarkan tindakan tersebut.
Kemudian dalam beberapa pertemuan dengan Dr Syed Husin selepas itu, saya menyanggupi juga permintaan tulusnya untuk mendapatkan komentar ringkas Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, pada kulit buku ini, juga atas sebab-sebab yang sama.
Pertama, walaupun dikenali, Dr Syed Husin adalah antara ilmuan, aktivis masyarakat dan ahli politik yang paling kurang dihargai, apa lagi diiktiraf, bukan sahaja sumbangan, tetapi juga ilmu dan kepakarannya oleh masyarakatnya sendiri. Setelah puluhan tahun mendidik, berjuang dan berkorban untuk anak bangsa dan masyarakatnya, beliau terus dipandang sepi, malah kadang-kadang negatif.
Sebagai generasi lebih muda yang pernah membaca tulisannya dan mendengar cerita-cerita mengenai beliau daripada orang tua sendiri, saya percaya ini adalah suatu tragedi yang perlu diperbetulkan, walaupun dengan hanya bersedia untuk menerbitkan sebuah buku beliau.
Fenomena tidak menghargai diri, ilmu atau sumbangan anak bangsa sendiri ini, terutamanya mereka yang berada di luar arus lazim, tidaklah bermula dari atau terhad kepada Dr Syed Husin semata-mata. Sebaliknya ia telah menjadi ciri kekal masyarakat kita sejak zaman berzaman serta menjadi lebih sistematik dan membudaya sejak bermulanya penentangan terhadap penjajahan Inggeris.
Golongan penentang penjajahan dinamai dan diwarnai dengan nama dan warna yang hodoh-hodoh bagi mewajarkan tindakan keras dan tidak demokratik yang dikenakan ke atas mereka, sekali gus bertujuan mengolah persetujuan masyarakat supaya menerimanya sebagai sah dan wajar. Seluruh jentera dan organisasi rasmi dan tidak rasmi digunakan untuk mencapai tujuan itu. Keadaan ini malangnya masih berterusan sehingga kini walaupun negara telah lama Merdeka.
Salah faham, prasangka dan monopoli kebenaran
Salah faham digalakkan, prasangka disuburkan dan kebenaran dimonopoli. Semua pihak dipaksa berpuas hati dengan apa-apa yang mereka miliki. Dunia yang luas menjadi sempit. Kepelbagaian, yang merupakan ciri istimewa masyarakat kita dan bukti kebesaran Tuhan, dilihat sebagai bencana.
Hakikat bahawa, seperti pokok, manusia bersatu pada teras dan dahan, tetapi berbeza pada cabang dan ranting tidak diraikan sewajarnya. Sebaliknya, keseragaman dirangkul sebagai kebijaksanaan yang muktamad. Semangat inkuiri, penerokaan dan penciptaan yang menjadi asas utama peradaban manusia sejak sekian lama, tidak dipupuk sebagai sesuatu yang mulia, sebaliknya dipandang serong dan dianggap berbahaya.
Dalam suasana sedemikian, dogma dan status quo menjadi budaya. Kelompok berkepentingan dan generasi tua terus-menerus memaksakan kepercayaan, cara dan ‘pakaian’ mereka kepada generasi selepasnya.
Kita seolah-olah lupa pada pesanan Saiyidina Ali KW yang mengingatkan – “jangan memaksa anak-anak kamu memakai pakaian yang kamu pakai, kerana mereka tidak dilahirkan untuk zaman kamu”.
WS Rendra turut menulis tentang fenomena ini. Katanya…”apabila daya hidup orang tua sudah lemah dan mindanya sudah mandul, maka dia akan bersikap eksploitatif dan oportunis ke atas anaknya. Dia akan merampas kemandirian hidup anaknya dengan kepentingan menopang hidupnya yang kehilangan daya untuk tumbuh dan berkembang.
Dalam keadaan itu, orang tua tanpa bimbang dan ragu lagi akan menyuap minda generasi muda dengan indoktrinasi-indoktrinasi. Minda generasi muda tidak lagi dituntut dan dilatih untuk membentuk pandangan sendiri. Bukan kemampuan pengamatan dan kemampuan merumuskan pengalaman yang ditekankan pada generasi muda, tetapi mereka diajar untuk memuliakan panutan…” (Penyair dan Kritik Sosial).
Kegagalan membudayakan tradisi ilmiah
Saya juga bersegera bersetuju menerbitkan buku Dr Syed Husin ini kerana keperluan membuka ruang perbincangan dan perbahasan berdasarkan hujah-hujah yang konkrit dan objektif sebagai satu keperluan mendesak dan asasi sebuah masyarakat yang positif serta maju.
Perbincangan, apatah lagi perbahasan ilmiah tentang isu-isu jarang-jarang berlaku dalam masyarakat kita. Jika berlaku pun, ia bukanlah perbincangan dan perbahasan yang sivil dan tertib sifatnya. Sebaliknya ia sarat dengan emosi, salah fakta dan menghampiri pergaduhan. Sesi perbahasan di Parlimen kita adalah contoh yang jelas tentang sisi hodoh masyarakat kita ini.
Justeru, tidaklah luar biasa sekiranya dalam bahasa kita terdapat satu perkataan yang tidak dimiliki oleh bahasa-bahasa lain, iaitu perkataan ‘amuk’. Kamus Dewan mendefinisikan ‘amuk’ sebagai ‘menyerang secara membabi buta dan membunuh atau mencederakan sesiapa jua yang ditemui (kerana sangat marah, gelap mata dll)”.
Bukankah ‘amuk’ adalah ‘pernyataan emosi, sikap dan pendirian yang terpendam tanpa tertib dan atur cara tertentu”? Dan bukankah ia berpunca daripada kegagalan kita membudayakan fakta dan hujah sebagai perisai pendirian dan sikap, serta kegagalan kita menerima dan menghargai perbezaan sebagai rahmat dan ciri khusus manusia itu sendiri?
Namun, Dr Syed Husin tidak mengamuk dan tidak pernah mengamuk. Beliau sebaliknya menulis dan bersuara terus-menerus, hatta dari sebalik tembok penjara. Beliau adalah antara lelaki dan wanita dengan belikat keluli yang pernah dan masih hidup di tengah-tengah kita sambil menggendong idealisme sebuah masyarakat yang adil, saksama, merdeka dan sejahtera, iaitu sebuah masyarakat yang bebas daripada kelaparan ilmu, kedaifan kuasa serta harga diri dan kemiskinan mata benda.
Tanpa dipinta dan tanpa jemu-jemu, mereka tetap tegak berdiri laksana rumah api yang dengan setia melampiaskan cahaya pedoman kepada dagang santri yang lalu. Gelombang tidak melemaskan mereka. Karang dan teritip tidak melukakan mereka. Hujan, panas dan angin tidak melunturkan mereka. Mereka tidak terkalahkan.
Sesungguhnya kejahilan, ketakutan dan kemiskinan yang berjalin-kait adalah prasyarat mutlak ke arah terbentuknya masyarakat dan individu hamba pada setiap zaman dan di semua tempat.
Perbezaan sebagai ciri semulajadi manusia
Selain itu, juga diharapkan penerbitan buku ini bakal menjadi langkah kecil ke arah menggalakkan pembinaan lebih banyak jambatan antara sesama kita bagi mengatasi sekian banyak prasangka dan salah faham yang telah tertanam sejak sekian lama.
Sebagai manusia, kita hanya mampu berkongsi lautan, angin dan arah, bukan kapal, kerana setiap kita adalah berhak dan tertakluk kepada kapal kita masing-masing. Justeru, impian atau usaha untuk memaksa semua orang berada di atas sebuah kapal yang sama adalah sesuatu yang sia-sia dan tidak tabii yang bakal menimbulkan herotan-herotan dasar pada struktur gadang kehidupan umum dan peribadi kita.
Dalam keadaan sedemikian, setiap kapal harus berusaha menyumbang kepada pengamanan dan penyuburan lautan yang menjadi milik kita semua kerana hanya dengan lautan yang aman dan subur setiap kapal dapat belayar ke destinasi masing-masing dengan tenteram.
Dan supaya nanti, lautan itu akan dapat berperanan, dengan meminjam kata-kata Almarhum Rustam A Sani, “ … sebagai bukan sahaja pembawa obor budaya, tetapi juga sebagai kuasa penyatu yang di sekelilingnya usaha manusia dapat digembleng untuk manfaat pembinaan anggotanya, secara individu dan juga kolektif”. (Failed Nation: Concerns of a Malaysian Nationalist)
Sebagai sebuah buku yang ditulis dari dalam tahanan, ia adalah lambang kekuatan jiwa dan minda manusia bebas yang tak terkurung dek seribu lapis dinding atau tembok atau jeriji besi. Ia ditulis daripada ingatan penulisnya sepenuhnya.
Sebagaimana tulisan dari penjara yang lain, seperti Long Walk To Freedom oleh Nelson Mandela, kuartet Bumi Manusia oleh Pramoedya Ananta Toer atau Fi Zilalil Quran oleh As-Syahid Syed Qutb, ia seharusnya dikekalkan seperti itu sebagai lambang kemanusiaan penulisnya, dengan segala kelemahan, kesederhanaan dan kecemerlangannya.
---------------------------------
(Sedutan ucapan elu-eluan saya ketika pelancaran buku Orang Melayu: Masalah dan Masa Depan dan tiga buah buku lain karangan Dr Syed Husin Ali, oleh Penasihat Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim, pada 9 Nov 2008 di Shah Alam)

kalau hendak menangkap ular...
almarhum guru saya, ishak abdullah, berpesan: "kalau hendak menangkap ular, hendaklah tahu di mana ekor, di mana kepalanya. jangan kerana semangat membuak, ekor dipegang, kepala terlepas".
wallahu a'lam.
wallahu a'lam.
Friday, May 15, 2009
terima kasih, tokguru
manusia di sisimu adalah seorang saudara dalam agama, atau saudara dalam kemanusiaan - imam ali
lega rasanya hati dan ringan rasanya minda sewaktu sedang berfikir tentang hal-ehwal keadaan kita sebagai sebuah bangsa dan tentang pr sebagai usaha jujur kita untuk berubah, terutamanya tentang telatah suku wis-was dalam pas - yang berpatah arang menyemai kemelut, membias tumpuan dan merungkai barisan - saya dapat mendengar ucapan dan amanat tgna pada 13 mei yang penuh sejarah ini tentang keperluan mendesak supaya meninggalkan kecenderungan rasis dan komunal dari dalam diri kita, lalu bergerak bersama sebagai sebuah bangsa baru.
kecenderungan seperti ini begitu mudah dikesan berpandukan keinginan untuk surut kepada identiti dan asabiyah kumpulan apabila berhadapan dengan cabaran-cabaran baru atau ketika cabaran lama tampak sukar ditangani, tanpa berasa perlu untuk menimbangkan sama ada sikap itu betul dan adil, atau sama ada ia merosakkan keutuhan semua atau tidak.
dengan kata lain, apabila keadaan menjadi sukar atau dirasai sukar, kita menyurut ke dalam keselesaan cengkerang komunal dan sempit kita untuk berasa selamat dan yakin diri. dengan berteleku memeluk lutut, ketakupayaan, sifat pengecut, malah cemburu - tiang-tiang utama sikap dan tingkah menikus ini - tanpa segan-silu dipersembahkan dengan warna-warna kewarakan agama atau ketulenan budaya.
suka atau tidak, kita adalah bangsa yang terus-menerus diperingatkan tentang keterpisahan kita, bukannya kebersamaan dan keterikatan. syabas kepada parti dan politikus berasaskan kaum dan komunal yang selama lebih 50 tahun menguasai pentas sosial kita, rasa keterpisahan ini seolah-olah memberi makna dan menakrifkan diri kita.
tragedi 13 mei, 1969, telah mengejutkan kita buat seketika tentang kehodohan jalan ini. ia mengkhianati kebenaran dan menafikan keindahan perbezaan, dan sesungguhnya kita memang berbeza. sesetengah kita telah belajar, tetapi ramai yang tidak. 39 tahun selepas inisiden tersebut, kita masih di titik yang sama seperti sebelumnya.
selama ini, kita tidak pernah atau tidak cukup berani untuk menguburkannya. kita belum berupaya menghadapi sisi gelap ini dengan sedar dan rela. kita sekadar mahu bergegas melepasi hari ini tahun demi tahun dengan harapan lambat laun ia akan luput daripada memori sosial kita.
hakikatnya tidak demikian. sisi gelap ini terus menghantui bawah-sedar kita, dan sekali-sekala menampilkan wajah hodohnya ekoran agitasi atau rasa terancam, walaupun sedikit. syabas sekali lagi kepada parti dan politikus berasaskan kaum dan komunal serta wira-wira jadian ketulenan budaya, atau uslub, kata si picing.
sudikah kita meneroka fikiran berbeza dan mengambil haluan baru yang lebih bermakna?
amanat tgna yang mudah dan berani itu hanyalah suatu peringatan dan rayuan jujur kepada kita rakyat malaysia supaya mengambil langkah untuk bersemuka dengan sisi gelap perkauman dan komunal ini, sekali gus menguburkan ruang hitam yang melohong di bawah sedar kehidupan sosial kita.
mudah-mudahan, dengan kejujuran dan kasih sayang, kita akan berupaya mengambil momentum baru sebagai bangsa yang didasarkan kepada kebenaran, keadilan, demokrasi, moral, keberagamaan, kebebasan, kasih-sayang dan rasa keterikatan.
dan mudah-mudahan juga, tanggal 13 mei akan diingati bukan lagi sebagai hari tragedi dan memalukan, tetapi sebagai hari gembira dan perayaan. iaitu hari kita berjaya mengatasi dan menakluk semua - ketakutan, keraguan dan kelumpuhan - sebagai bangsa yang berhak dan bernama.
bagi saya, tgna mewakili apa-apa yang baik dan indah tentang diri kita sebagai manusia individu, dan juga kita sebagai sebuah bangsa. kakinya terhunjam jauh ke dalam bumi budaya, nilai, kepercayaan, sejarah dan keperibadian kita, tetapi pada masa yang sama dia cukup sedar untuk menerima dan menghargai keperluan untuk tumbuh dan berubah. lalu ini membolehkan dia mengambil manfaat daripada potensi, bakat dan kreativiti semua, sama ada individu, dan lebih-lebih lagi kolektif.
jelas dia memenuhi kriteria-kriteria yang tertulis dengan terang dalam perlembagaan sebuah negara yang telah dengan jayanya meneroka, menggagaskan, mendebatkan, memperjuangkan dan melaksanakan idea asal kepimpinan ulamak dalam kerangka yang moden, progresif dan demokratik, iaitu..."faqih yang adil dan warak yang arif tentang hal-keadaan zamannya, berani, pintar dan memiliki upaya pentadbiran; dan diiktiraf dan diterima sebagai pemimpin (rahbar) oleh majoriti rakyat..." (Perkara V, Perlembagaan, Republik Islam Iran).
selain itu, tgna bercakap dalam bahasa rakyat biasa, tanpa sedikit pun 'jampi serapah' falsafah atau rasa perlu untuk bergaya besar untuk mendapatkan perhatian orang. bahasanya mudah dan telus. bahasa hati, kata orang. cukup lunak kepada orang yang paling daif dari kalangan kita, dan cukup dalam bagi yang paling terpelajar sekalipun.
sejarah dan minda cemerlang akan mengesahkan bahawa kebenaran dan kebijaksanaan, lazimnya ditemui pada perkara yang biasa-biasa sahaja. dalam perkara-perkara yang nyata, kata sesetengah orang, sama seperti tuhan.

Wednesday, May 13, 2009
thank you, father
"the man next to you is either your brother in faith, or your brother in humanity" - imam ali
it truly gladdens my heavy heart and calms my worried mind while thinking about our state of affairs as a nation and pr as our honest effort for change, particularly the antics of a certain wis-was tendency within pas bent on creating havoc, unnecessary distraction and dissension, to listen to tgna's just concluded speech and amanat on this fateful day of may the 13th on the pressing need to leave behind the racist and communalistic tendencies within us and move ahead together as a new nation.
a tendency easily spotted by the need to fall back to the group identity and asabiyah when confronted by new challenges or old ones becoming to difficult to handle without even considering wether such an attitude is right and just, or wether it is detrimental to the safety of the whole.
in other words, when the goings get tough or imagined to be tough, we shrivelled back into the comfort of our communal and parochial shells for security and self-assurance. with knees to our chins, incompetency, cowardice, even jealousy, the main pillars to this defeatist attitude and behavior, are unashamedly presented with the colors of religious zeal or cultural purity.
like it or not, we are a nation continously reminded of our separatedness, rather than our togetherness and connectedness. thanks to our race and communal based parties and politicians whom for more than 50 years hold the centre stage of our social scene, this sense of separateness seemed to define and gave meaning to our being.
the tragedy of 13th may, 1969, jolted us for a while as to the ugliness of such a course. it betrays truth and the beauty of being different, and different we are. some have learnt their lesson, but most of us have not. for 39 years after the incident, we are much the same as before it.
all this while, we have not nor dare not find closure to it. we have not face our demons conciously and willingly. we just sailed through this day year after year with the hope that it will eventually fade away from our social memory. it does not. those demons still haunt our subconcious mind, and now and then rear its ugly head with the slightest agitation or perceived threat. once again, thanks to our race and communal based political parties, politicians and 'cultural purity' heroes wannabes.
care to think differently and chart a new and more meaningful course?
the bold, courageous and simple amanat of tgna is just that. a reminder and an honest plea to all of us common malaysian to take the step to face our racist and communal demons and find closure to the dark side of our subconcious social being, and eventually, with honesty and love, take the momentum baru towards a new nation based on truth, justice, democracy, morality, religiousness, freedom, love and connectedness.
and the 13th day of may will soon be remembered, not as a day of tragedy and shame, but of rejoice and celebrations. the day that we overcame and conquered all, the fears, doubts and feebleness, as a nation worthy of note.
to my humble mind, tgna embodies what is right and beautiful about ourselves as individual human beings, and us as a nation. he is deeply rooted into our culture, values, beliefs, history and all, and yet real enough to accept and appreciate the need for growth and change, and in so doing benefits from the potentials, talents and creativity of all, either individually, and more so collectively.
he clearly fulfills the criterias set out in bold in the constitution of the one nation that successfully initiate, conceptualise, debate, fought and implement the very original idea of kepimpinan ulamak in a modern, progressive and democratic setting, i.e "...the just and pious faqih who is acquainted with the circumstances of his age, courageous, resourceful and possessed of administrative ability; and recognised and accepted as leader (rahbar) by the majority of the people..." (Article V, Constitution, Islamic Republic of Iran).
and tgna speaks the language of the common folks, without any hint of philosophical mumbo-jumbo or any need to sound authoritative to impress upon others. his is plain and simple, the language of the heart, so to speak. easy to the ears of the humblest amongst us, yet deep enough to inspire the most sophisticated.
as history and the best brains would vouch, truth and ingenuity, more often than not, lies in the plain and simple things. the manifest, as some might say, as god is.

Monday, May 11, 2009
13 mei 2009 - hari persefahaman/persaudaraan
lanjutan daripada entri yang lepas, saya fikir tgna boleh memulakan peranannya sebagai pedoman moral dan rohani bangsa kita dengan mengisytiharkan 13 mei tahun ini sebagai tarikh berakhirnya politik perkauman dengan menggesa rakyat mengadakan sambutan besar-besaran bagi merayakannya.
saya mencadangkan supaya 13 mei kali ini diisytiharkan sebagai hari persefahaman atau persaudaraan bagi seluruh rakyat malaysia. bahawa bermula dari tarikh itu tahun ini, rakyat malaysia seluruhnya harus menguburkan rasa kebencian, permusuhan, syak wasangka dan kecurigaan antara kaum-kaum buat selama-lamanya, dan melihat diri mereka sebagai anggota yang sah dalam sebuah bangsa yang bermaruah, bebas dan bermoral.

Friday, May 08, 2009
mari terima kenyataan
ceteris paribus: saya fikir sudah tiba masanya tgna memainkan peranan yang lebih nyata dan utama di peringkat nasional sebagai pedoman moral dan rohani bagi bangsa kita. iaitu peranan yang pernah dimainkan oleh khomeini, mandela, gandhi dll. beliau harus menjadi bapa semua orang. hanya dengan demikian kita akan berupaya memecahkan ‘halangan psikologi’ yang terus memisahkan dan memecah-mecahkan kita sejak sekian lama.
saya juga percaya, tgna adalah cukup ‘seni’ dan ‘dewasa’ untuk berupaya melihat melampaui hijab-hijab fizikal dan dunia.
dalam terminologi shi'ah iran, tgna adalah marja’-i-zaman. bukankah beliau merupakan mursyid-al-amm? justeru, pas dan negeri kelantan khususnya, harus bersikap malaysia seutuhnya dengan membenarkan beliau memainkan peranan yang lebih besar dan bersejarah itu sekarang, atau kita akan kehilangan peluang perubahan untuk selama-lamanya.
dengan penuh takzim dan tanpa menidakkan apa-apa tentang sdr anwar, tghh dan lain-lain, namun saya tidak fikir mereka memiliki faktor-x itu, iaitu wibawa moral dan rohani serta sentuhan kebapaan, untuk benar-benar menyatukan dan menggerakkan anggota masyarakat kita sebagai satu bangsa di bawah payung tuhan.
wallahu a’lam

Thursday, May 07, 2009
let's be real
other things remain equal: i think it is time tgna plays a more visible and prominent role at the national level as the moral and spiritual guide of our nation. a role once played by khomeini, mandela, gandhi etc. he should become the father of all. only then we can break the 'psychological barriers' that have kept us apart and regimented for too long.
i also think that tgna is 'sufi' and 'ancient' enough to be able to see through all physical and worldly hijabs.
in iranian shiite terminology, tgna is the marja'-i-zaman. after all he is the mursyid-al-amm. pas and kelantan in particular, should be malaysian enough to let him play this bigger and historical role now, or we'll lose that window for change for good.
with utmost humility and due respect to bro anwar, tghh and all, i dont think they have that x-factor, i.e the moral and spiritual clout and fatherly acceptance, to really unite and move our people as one nation under god.

Subscribe to:
Posts (Atom)