pada khamis 14 mei yang lalu, majlis perbandaran daerah temerloh (mpt) telah mengadakan majlis inkuiri awam berhubung draf pelan pembangunan daerah temerloh (2007-2015) yang telah dipamerkan sebelum itu dan setelah tamatnya tempoh bantahannya pada 21 januari 2009.
inkuiri awam ini dibuat bagi memenuhi kehendak seksyen 14(1) dan subseksyen-subseksyen 9(1), 12A, 13(1) dan (2) serta 16B(2) dan (3) akta perancangan bandar dan desa 1976 (akta 172).
bagi menyempurnakan eksesais penglibatan awam dalam penyediaan pelan pembangunan daerah dan peranannya sebagai pakatan politik yang peka terhadap masalah dan kepentingan rakyat, parti-parti politik yang membentuk pakatan rakyat temerloh telah menubuhkan sebuah jawatankuasa ad-hoc bersama yang dipengerusikan oleh adun kuala semantan, yb syed hameed syed mohammad, bagi menangani isu ini secara tersusun dan berkesan.
justeru, berdasarkan kajian ke atas pelan pembangunan daerah yang dipamerkan itu, yang dibaca bersama-sama dokumen rasmi kerajaan, iaitu pelan fizikal negara dan rancangan struktur negeri sedia ada, di samping respons orang awam dan golongan berkepentingan di daerah ini, maka jawatankuasa bersama ini telah mengemukakan sebuah dokumen rasmi yang dinamakan 'memorandum cadangan dan bantahanan terhadap draf rancangan tempatan daerah temerloh (2007-2015)' kepada mpt untuk dinilai dan dipertimbangan pada 21 januari 2009 (klik di sini).
panel tiga orang yang mengendalikan majlis inkuiri tersebut adalah terdiri daripada ydp mpt, dato' hj zulkifli hj yaacob; pengarah jpbd negeri, dato' zainon bt ahmad; dan dipengerusikan oleh pengarah ptg pahang, dato' hj abdul kadir awang bakar.
selain beberapa kekeliruan pada awal majlis akibat salah komunikasi tentang aturan majlis, secara keseluruhan ia berjalan dengan baik sekali. turut hadir bersama adalah pegawai-pegawai di bawah mpt dan jabatan-jabatan yang terlibat dengan draf pelan ini. dari sudut ini, ucapan syabas adalah wajar dan bertepatan diberikan kepada panel terbabit.
terdapat 253 bantahan kesemuanya yang telah dikemukakan kepada mpt, sama ada oleh individu, ngo, entiti perniagaan dan juga parti-parti politik. entah apa sebabnya, memorandum jk bersama pr temerloh ditempatkan di aturan terakhir, iaitu bilangan ke 253.
namun, kita sentiasa positif dan percaya ia bertujuan memberi kita lebih banyak masa untuk bercakap, terutama sekali atas faktor jumlah bantahan/cadangan kita paling banyak, iaitu sebelas (11) dan bersifat kolektif.
dalam pada itu, mpt telah terlebih dahulu menerima tujuh (7) daripada 11 bantahan/cadangan itu untuk disokong dan dimajukan ke peringkat yang lebih tinggi. jadi, sebagai setiausaha dan wakil jk bersama yang bercakap pada majlis berkenaan, saya hanya memilih empat isu yang tidak dicatatkan sebagai telah disokong untuk dimajukan, iaitu;
(a) tagline dan imej daerah temerloh,
(b) lokasi fizikal ipta,
(c) lokasi fizikal titt, dan
(d) jajaran landasan keretapi laju
untuk dibahaskan dan diberikan hujah balas.
ini kerana, selain isu-isu ini amat penting, kami juga mendapati hujah yang dikemukakan oleh mpt untuk tidak menyokong cadangan kami itu adalah tidak tepat, remeh, tidak kreatif dan juga tidak praktikal.
alhamdulillah, setelah sesi penghujahan selesai, dato pengerusi akhirnya menegaskan dan berjanji untuk menerima dan menyokong kesemua 11 bantahan/cadangan jk bersama pr temerloh itu untuk di bawa ke peringkat negeri.
cuma secara peribadi, saya ada dua ralat besar berhubung majlis inkuiri tersebut.
pertama, TIADANYA HATTA SATU ORANG wakil daripada umno. bagi saya ini bencana. sewaktu wakil daripada mca, mic, dap, pkr, pas dan ngo-ngo tempatan dan lain-lain hadir untuk mewakili parti atau kepentingan masing-masing, umno tidak berbuat demikian. kenapa?
ralat kedua saya ialah hakikat bahawa, tidak seperti yb-yb lain, yb syed hameed tidak dibekalkan dengan draf sempurna pelan pembangunan tersebut dan pejabatnya pula tidak digazetkan sebagai lokasi pemeriksaan draf. beliau hanya dibekalkan dengan draf tersebut dalam bentuk cd - (sekeping cd untuk sebuah dokumen lebih 200 halaman draf yang saiz fizikalnya menghampiri saiz sebuah meja untuk diteliti oleh orang ramai???).
jadi kami terpaksa berpuas hati dengan sebuah ringkasan eksekutif draf tersebut bersaiz a4 setebal 34 halaman untuk diteliti, khasnya oleh panel teknikal kami, serta maklumat yang diperolehi daripada rakan-rakan yang baik budi di mpt dan jabatan-jabatan kerajaan yang ada.
dalam hal ini, saya tidak mahu berhujah berdasarkan hujah klise undang-undang atau konvensyen atau moral tentang hak, tanggungjawab dan lain-lain sebagainya sebagai perisai ralat saya itu.
saya hanya mahu mengatakan bahawa, sekiranya kesemua bantahan/cadangan jk bersama pr berhubung draf pelan ini dengan jelas diterima dan disokong oleh mpt dan panel inkuiri itu sendiri, dan tujuh (7) daripadanya tanpa bahas, maka bukankah itu sudah cukup sebagai bukti meritnya, dan kredit kepada jk bersama ini?
justeru, bukankah amat mungkin sekali, sekiranya yb syed hameed dibekalkan dengan kemudahan yang sama seperti diperolehi yb-yb lain, maka lebih banyak idea dan cadangan yang bernas dapat kami kemukakan untuk kepentingan, pembangunan dan kemajuan daerah temerloh itu sendiri? dan memang inilah niat dan tujuan kami.
kepada yang skeptik; kami muslim, sejahtera adalah nama kami yang satu lagi.
wallahu a'lam
-----------------------------------
nota: yb syed hameed tidak hadir pada majlis inkuiri ini kerana beliau menjalani pembedahan pintasan jantung di ijn pada hari yang sama. dia kini sedang sembuh.
Thursday, May 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Pencuri Dari Kota Baghdad
Tahniah.
Usaha pengisian profesional dan menepati sasaran keperluan sebenar masyarakat.
Teruja untuk melihat alternatif yang dikemuka bagi setiap permasalahan yang dibangkit.
Cuma ada problem download dokumen, sampai page 12 sahaja.
JK berciri profesional seperti ini adalah wajah etika kerja berpasukan PR yang harus diteruskan dan mungkin dimodulkan sebagai agenda rasmi PR serta dicanai dalam satu konvesyen nasional di Kuala Lumpur as an effective and working watchdog committee.
Salute.
Post a Comment