Monday, May 11, 2009

13 mei 2009 - hari persefahaman/persaudaraan

lanjutan daripada entri yang lepas, saya fikir tgna boleh memulakan peranannya sebagai pedoman moral dan rohani bangsa kita dengan mengisytiharkan 13 mei tahun ini sebagai tarikh berakhirnya politik perkauman dengan menggesa rakyat mengadakan sambutan besar-besaran bagi merayakannya.

saya mencadangkan supaya 13 mei kali ini diisytiharkan sebagai hari persefahaman atau persaudaraan bagi seluruh rakyat malaysia. bahawa bermula dari tarikh itu tahun ini, rakyat malaysia seluruhnya harus menguburkan rasa kebencian, permusuhan, syak wasangka dan kecurigaan antara kaum-kaum buat selama-lamanya, dan melihat diri mereka sebagai anggota yang sah dalam sebuah bangsa yang bermaruah, bebas dan bermoral.

wallahu a'lam.

1 comment:

Anonymous said...

yer..saya bersetuju dengan cadangan saudara itu...namun bagamaimana pula pandangan saudara tentang pembentukan unity government di perak?? sila bagi pandangan tn syed...