Thursday, July 23, 2009

Pain guides us in every enterprise (1)

It is pain that guides us in every enterprise. Until there is an ache within, a passion and a yearning for that thing arising within us, we will never strive to attain it.

Without pain it remains beyond our reach, whether it is success in this world or salvation in the next, whether we aim at becoming a merchant or a king, a scientist or an astronomer.

It was not until the pains of birth manifested in Mary that she made for the tree. Those pangs drove her to the tree, and the tree that was withered became fruitful.

We are like that story of Mary in the Koran. Every one of us has a Jesus within, but until the pangs manifest, our Jesus is not born. If the pangs
never come, then our child rejoins its origin by the same secret path through which it came, leaving us empty, without the birth of our true self.

Your inward soul is hungry.
Your outward flesh is over fed.
The devil has gorged to sickness.
The king begs even for bread.
The cure is found while Jesus is here on earth!
But once he returns to heaven,
all hope will have fled.


* * * * *

Kesakitanlah yang memandu kita dalam setiap perkara. Sehingga terbitnya sakit di dalam diri, ghairah dan keinginan terhadap sesautu yang wujud dalam diri, kita tidak akan berusaha mencapainya.

Tanpa kesakitan, ia terus berada di luar jangkauan, sama ada kejayaan di dunia ini atau keselamatan di dunia akan datang; sama ada kita berkeinginan menjadi pedagang atau raja, saintis atau ahli falak.

Jika sakit mahu melahirkan tidak menyinggahi Mariam, dia tentu tidak bersandar ke pohon itu. Kesakitanlah yang mendorong dia ke situ, dan pohon tersebut, yang dulunya layu, tiba-tiba berbuah.

Kita seumpama kisah Mariam dalam al-Quran. Setiap kita mempunyai al-Masih di dalam diri, tapi sehingga terbitnya kesakitan, dia tidak lahir. Jika sakit itu tidak datang-datang, maka anak kita akan kembali kepada asalnya melalui laluan rahsia dari mana ia datang. Lalu kita pun jadi kekosongan kerana tidak lahirnya diri sebenar kita.


Jiwa dalam tuan kosong lapar.
Diri zahir tuan penuh kenyang.
Iblis terhalang dek kesakitan.
Raja meminta-minta, hatta sebuku roti.
Penawarnya ada ketika al-Masih berada di bumi ini!
Tapi sebaik ia kembali ke langit,
Semua harapan menghilang sama.


-----------------------------------
(1) Discourses of Rumi or Fihi Ma Fihi, translated by A J Arberry, Omphaloskepsis, Ames, Discourse 5, pgs., 37-38

No comments: