Sunday, July 05, 2009

Wacana 66 (1)

orang yang berada di neraka lebih gembira
berbanding ketika mereka di dunia, kerana di neraka,
kesedaran mereka tertumpu kepada tuhan, sedang
di dunia mereka lupa.

tiada yang lebih manis daripada sedar tuhan.
oleh itu, keinginan mereka untuk kembali ke
dunia ini adalah untuk bekerja dan beramal supaya
mereka dapat menghayati manifestasi rahmat ilahi, bukan
kerana dunia lebih menggembirakan daripada neraka.

orang munafik diberikan di tempat paling rendah di neraka,
kerana mereka telah melihat iman, tetapi kufur mereka
lebih kuat. mereka mengabaikan anugerah yang diberi.
hukuman mereka lebih berat supaya mereka sedar tuhan.

bagi orang kafir, iman tidak pernah tiba. kufur mereka
tidaklah begitu kuat, jadi mereka jadi sedar dengan hukuman
yang sedikit.

antara seluar yang berdebu, dengan
permaidani yang berdebu, seluar hanya perlu seorang
untuk mengebasnya jadi bersih, sedang empat
orang diperlukan untuk mengebas permaidani dengan
keras untuk menyingkir debunya.

penghuni neraka berteriak:
“berikan kami air, atau apa-apa
yang diberi tuhan kepada tuan…”


tuhan menghalang keinginan makan minum mereka,
jadi kata-kata ini bermakna: “titipkan kami daripada
apa-apa yang kamu temui, dan yang menyinari kamu”.

quran adalah seperti pengantin yang tidak menunjukkan
wajahnya kepada tuan, biarpun tuan menyingkap jilbabnya.

hakikat bahawa tuan telah memeriksanya, tetapi belum
mencapai bahagia atau menggarap faham maknawi, adalah tanda
bahawa tingkah cuba menyingkap jilbabnya itu
menjengkelkan dia, lalu dia tampak hodoh pada
tuan. katanya, “saya bukan pengantin cantik”.

quran mendedahkan diri dalam apa jua bentuk
yang dikehendakinya.

tapi jika tuan tidak cuba menyingkap jilbabnya, dan
hanya mencari restunya, menyirami ladang-ladangnya,
memeliharanya dari jauh, berusaha mengembirakannya,
maka akan ia tunjukkan tuan wajahnya
tanpa perlu berusaha menyingkap jilbab itu.

carilah orang-orang tuhan, kerana tuhan tidak
berbicara kepada semua orang, sama seperti raja di dunia ini
yang tidak bercakap kepada setiap penenun. mereka melantik
wazir dan wakil untuk menunjuki jalan kepada sang raja.

tuhan juga memilih hamba-hamba tertentu, supaya
dia yang mencari tuhan akan menemui tuhan melalui mereka.
semua rasul lahir kerana ini – hanya merekalah jalan itu.

------------------------------
(1) Fihi Ma Fihi, op.cit., hlm., 419-421

6 comments:

anumsuhayla said...

malangnya ramai yang terasa sudah menemui apa yang dicari sedangkan kulit kadangkala hanya memberi makna kosong

Jr. said...

Salam 'alaykum,

Sesudah Rasul yg terakhir SAW, penjaga rasmi risalah al-Quran yg haq itu tentunya ahli keluarga/rumah Baginda SAW yg suci lagi disucikan oleh Allah SWT.

Solawat! sebanyak2nya sempena maulid Puteranya Kaabah, Haydarullah, Yaa 'Amirul Mukminin Imam 'Ali A.S.(k.m.w.j.) pada tarikh Hijriyyah hari ini, 13 Rajab.

Cahaya terang sang maula pemula jalur waris kepimpinan ummah sesudah wafatnya Rasulullah SAW yg haq ini tidak akan pernah lenyap dari hati-hati yang disinarinya, insha-Allah.

Memetik pesan tinggalan alMarhum Imam Khomeini (r.a.), bahawa orang yg cuba mendustakan keutamaan 'Ali A.S. (k.m.w.j.)serta ahli keluarganya di sisi Allah SWT & RasulNya Nabi Muhammad SAW itu adalah ibarat meludah ke arah mentari. Air liurnya makin kering namun mentari tetap hangat menyinari alam.

Sekian, terima kasih.

syed putra ahmad said...

terima kasi tuan jr kerana mengingatkan tarik lahir ali kwh. doa yang baik-baik untuk beliau yang mulia dan besar sumbangannya itu.

wallahu a'lam.

Jr. said...

Sama2, syukran ilallah.

Kekok pula rasanya bila akhi SPA bertuan2 dgn saya kerana saya juga masih cuba memperhambakan diri sehamba-hambanya kepada Tuan/Maula yg jauh lebih haq.

Semoga kita sama2 tergolong di kalangan mukmin yg dipilihNya semasa hari pemisahan di antara haq dan batil berlaku.

Saya pernah mendengar hujah2 dan membaca bahawa tafsir surah al-Baqarah (terutamanya ayat 1-20) secara simbolik menceritakan tentang perbezaan ketara di antara keistimewaan dan kebobrokan dua golongan umat sesudah wafatnya Baginda SAW.

Perbezaan tersebut adalah di antara keistimewaan golongan mukmin yang mematuhi Khutbah Rasulullah SAW di Ghadir Khum dengan kebobrokan golongan munafiqqin yg mendustakan khutbah Agung bai'ah tersebut setelah wafatnya Baginda SAW.

Hampir terlupa dinyatakan, tafsir di atas juga adalah antara pesan tinggalan alMarhum Imam Khomeini (r.a.) yang penuh hikmah atau irfan tahap tinggi.

Betapa ayat-ayat terawal dalam naskah Kitab Allah SWT ini telah menyatakan keistimewaan golongan yang benar mukmin dan tetap setia memegang janji mereka terhadap Amirul Mukminin 'Ali a.s.

Betapa pula ayat-ayat terawal ini menyatakan juga tentang kebobrokan golongan yang sentiasa mempunyai perasaan hasad terhadap keistimewaan/kedudukan Raja Cinta (bukan Jamal 'Abdillah) ini.

Apakah akhi SPA pernah dilintasi tafsir sebegini?

P/s: Sekadar berkongsi maklumat dan mohon pencerahan lebih lanjut jika ada yg mahu berkongsi juga.

Terima kasih.

syed putra ahmad said...

aduh tuan jr, ini polemik berkurun, dada serta bahu saya tidaklah cukup besar mahu menanggungnya.

tambahan lagi, blog kecil ini hanya mahu meraikan kemanusiaan dan persaudaraan atas asas cinta dan sedar allah swt, yang melaut luasnya serta indah warna dan harum baunya.

sedang selisih dan perbezaan yang ada hanyalah lopak-lopak dan tasik-tasik kecil yang boleh saja dilangkahi dan direnangi jika cinta itu tulus dan bererti.

wallahu a'lam.

Jr. said...

Salam, akhi SPA...

;-)

Betul juga kata-kata akhi, dada & bahu kita sama2 belum tentu mampu menanggungnya, tetapi saya mahu terus juga berusaha untuk menanggungnya biar sampai habis nyawa.

Semasa menuju ke arah kemenangan Revolusi'79, pihak mukmin yang tidak mampu bersenjata telah tegar melontarkan jutaan kuntum bunga mawar merah ke arah tentera2 Shah (didalangi Amerika) yang membalas lontaran simbolik ini dengan taburan peluru dan letupan hinggakan mayat-mayat syuhada yang terkorban telah meninggi menjadi bukit-bukit merah dibasahi darah dan dihiasi kuntum-kuntum mawar merah.

Lalu hilanglah akal tentera-tentera Shah (didalangi Amerika) ini setelah habis kesemua syuhada yang melontar bunga-bunga mawar merah itu ditembak syahid, sedangkan seorang pun di kalangan tentera2 itu tiada yg terkorban.

Ibarat blog ini yang meraikan kemanusiaan dan persaudaraan dalam kecintaan, kita mungkin tidak mampu mengangkat senjata berpeluru mati, tetapi kita boleh sahaja mengangkat senjata yang berpeluru hidup sepanjang zaman(CINTA).

Lopak-lopak atau tasik-tasik kecil mungkin boleh direnangi atau dilangkahi jika mendamaikan, seronok juga sekali sekala membasahi kaki.

Tetapi jika lopak-lopak atau tasik-tasik kecil berisiko menjadi aral yang menghalang pula di tengah-tengah perjalanan ke destinasi, maka eloklah kita laporkan kepada pihak yang haq untuk diambil tindakan.

Saya memandang blog yang akhi kata kecil ini sebagai suatu yang besar kerana banyak sebab dan faktor spiritual yang ada di sebaliknya. Indahnya sangat dirasakan.

Terima kasih, SPA.