tidak sampai 48 jam setelah selesainya muktamar pas ke-55 dan berakhirnya pertandingan besar dalam pemilihan timbalan presiden, allah SWT, secara tunai, menampakkan belang manusia yang terlibat dengannya.
timbalan presiden pas, nasharuddin mat isa, yang menang jawatan timbalan presiden atas tiket 'memperkukuh kepimpinan ulamak' dengan mengalahkan husam musa dan mohammad sabu, yang diwarwarkan sebagai mewakili kecenderungan yang 'kurang atau tidak menghormati kepimpinan ulamak', secara terus-terang dan tanpa ragu, menempelak pendirian tuan guru nik abd aziz berhubung isu kerajaan perpaduan sebagai pandangan peribadi dan tidak mewakili pandangan parti.
wah, seorang eksekutif kini secara terang-terangan membatalkan pandangan dan pendirian mursyidul amm dan ketua masjlis syura pas dan menganggapnya sebagai pandangan peribadi?
bukankah presiden, timbalan presiden dan lain-lain kepimpinan ajk pusat pas hanyalah eksekutif dan tertakluk kepada muktamar dan majlis syura pas? bukankah majlis syura pas adalah badan tertinggi dalam hirarki parti dan semua elemen-elemen lain dalam parti, termasuk presiden adalah tertakluk kepadanya?
jadi bagaimana sekarang seorang timbalan presiden boleh menolak pandangan ketua majlis syura dan secara tersirat, menganggap badan eksekutif sebagai mempunyai kuasa tertinggi dalam parti? apatah lagi, dengan perkataannya sendiri, beliau mengakui bahawa badan eksekutif belum lagi membuat apa-apa pendirian mengenai isu tersebut.
jika begitu, mengapa pula beliau sebagai timbalan presiden menolak mentah-mentah pandangan mursyidul amm itu, dan pendirian siapakah yang diwakili oleh beliau ketika berbuat demikian?
selain itu, bukankah muktamar pas secara langsung, pada tahun lepas, dan secara tidak langsung, pada tahun ini, juga telah menolak sebarang usaha untuk berunding atau 'berkerajaan' dengan umno. tidakkah cukup apabila dua kuasa tertinggi parti, iaitu ketua majlis syura dan muktamar parti menolak idea dan usaha tersebut, maka badan eksekutif atau mana-mana sturuktur parti lain turut mematuhinya?
jadi, soalnya sekarang pihak manakah yang sebenarnya mengingkari maksud kepimpinan ulamak dalam pas? orang yang bertanding atas tiket 'memperkukuh kepimpinan ulamak' atau orang yang dituduh 'tidak menghormati pandangan ulamak'?
sehubungan itu, saya mencadangkan supaya pas mengadakan muktamar luar biasa dengan dwi agenda, iaitu memecat timbalan presiden kerana melanggar disiplin dan perlembagaan parti dan menghina konsep kepimpinan ulamak yang menjadi ciri teras parti, selain mengingkari keputusan muktamar.
sementara agenda kedua ialah untuk menentukan secara muktamad tentang sikap pas berhubung isu-isu perundingan, perbincangan dan idea kerajaan perpaduan dengan umno-bn.
wallahu a'lam.
Tuesday, June 09, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Pencuri Dari Kota Baghdad
Soalan yang lebih relevan ditanya ialah PAS nak jadi apa?
Jika PAS masih mahu memakai baju "Gerakan Islam" di mana politik hanya satu daripada kaedah, maka apa pun unjuran perpaduan hendaklah diberi kewajarannya SETELAH segala usaha telah dilakukan untuk mencanai erti perpaduan itu.
Jika PAS kental beroperasi sebagai "Parti Politik" semata-mata dalam kerangka longgar demokrasi sekular maka bersedialah untuk bermatlamat bagi menghalal cara.
Sekaligus jawapannya akan memberi natijah terhadap perpaduan sesama PAS itu sendiri.
Jelaslah PAS masih terpaku di persimpangan.
Tuan SPA mendamba ketaatan total kepada TGNA selaku Mursyidul Am dan Ketua Majlis Syura bersabit satu langkah politik semata-mata?
Tidakkah mandat Perwakilan Muktamar yang diberi kepada pemenang jawatan Timbalan Presiden harus juga diambil kira?
Tidakkah mandat Perwakilan Muktamar itu yang teratas sekali dalam konteks hala tuju dan dasar organisasi mengatasi mana-mana individu pemukanya?
Bukankah PAS sebuah organisasi Sunni tanpa ada peruntukan untuk "Vilayat i-Faqih?"
Hakikatnya PAS belum punya jati diri ampuh sama ada sebagai sebuah gerakan Islam atau parti politik.
Sepanjang "kempen" menjelang Muktamar, jelas "kempen" tersebut dicanang pihak di luar PAS.
Ketika media UMNO/BN seperti Utusan, Star dll begitu condong memperaga kumpulan pro-muqabalah terutama teori kerajaan perpaduan - media alternatif turut ghairah memperaga kumpulan Erdogan, terutama keliberalisme susuk Husam Musa.
Masing-masing dengan agenda masing-masing .., untuk PAS mengikut acuan mereka.
Seolah-olah pilihan untuk Timbalan Presiden PAS hanyalah di antara Nasha dan Husam.
Hakikatnya "Tidak Barat Tidak Timur = Tidak Umno Tidak PR" hanya laungan sepi susuk Abg Mat Sabu.
Anak jati PAS itu dikata kononnya bersendirian bertegas bahawa PAS boleh bersendirian selagi mana prinsip tidak dikorbankan.
PAS for All adalah slogan wayang.
The truth is All for PAS jika PAS memakai baju Islam kerana Islam kekal berdiri walau hanya seorang yang menegakkannya.
Tuan SPA guna hujah Imam Khomeini menolak kompromi di saat kritikal Revolusi Iran ...??
Padankah kita menganggap kita sudah di garisan itu? Walhal tokoh paling trampil ke arah itu kita singkir daripada barisan kepimpinan?
Justru aku memilih untuk membaca pantun yang sama ..,
Tuai Padi Antara Masak
Jangan sampai Layu-Layuan,
Intai si Pencuri Antara Nampak
Jangan Sampai Rindu-Rinduan
tuan pencuri,
bukankah saya hanya mencadangkan supaya diadakan muktamar luar biasa untuk mengambil ketetapan atas dua perkara;
(i)kedudukan nasharudin mat isa sebagai timbalan presiden ekoran kenyataan beliau berhubung pendirian tgna dalam isu kerajaan perpaduan;
(ii)keputusan muktamad parti berhubung isu perundingan, perbincangan dan kerajaan perpaduan.
tidak timbul isu kemutlakan mana-mana orang di sini. apabila dicadangkan muktamar, ertinya yang muktamad kelak adalah pendirian semua ahli parti. khalas?
kemudian isu husam atau mat sabu, kenapa tuan mencuri kata-kata begitu? adakah saya berkata demikian? dan adakah benar mat sabu mendendangkan lagu solo-soloan begitu?
Pencuri Dari Kota Baghdad
Ketetapan yang Tuan SPA minta itu tergelincir dari rel "the larger picture".
Kenapakah berbangkit hanya pendirian TGNA? Kenapa tidak berbangkit pendirian TGHH? Adakah hanya pendirian TGNA mutlak haknya ke atas PAS? Apakah pendirian tegas TGHH sifar meritnya sama ada dari aspek politik dan agama?
Kenapakah PAS harus menari ikut rentak DAP, terutamanya. Dulu Husam menari ikut rentak si Khairy bab Hudud, sebelumnya ikut rentak DAP juga.
Kenapakah tidak berbangkit "kedudukan" DSAI dalam konteks "mencatur" PAS? Dan tolong jangan kata ini karut!
Apabila TGHH saran perpaduan ia seolah-olah saran berselingkuh dengan musuh, walhal apabila DSAI saran perbincangan dengan UMNO untuk selesai kemelut di Perak, Husam jadi responden paling awal menyetujuinya diikuti Dr. Dzulkifli.
Siapa yang engkar sebenarnya?
Dan ironisnya, sama seperti ketika APU atau BA - PAS masih belum mampu mengemudi kapalnya sendiri jika hanya masih "dinakhodakan" oleh orang lain.
Betul kita mahu sokongan orang Cina dan India yang bukan Islam dalam perjuangan politik - tetapi sokongan itu hendaklah diraih dengan kefahaman bahawa Islam adalah sebaik-baik perlindungan buat mereka juga - bukan dengan menabur janji dan membenarkan segala desakan serta tuntutan mereka - itu gaya PKR yang acuan asalnya UMNO.
Betul kita turut mahu membela nasib kaum India - tetapi bukan ikut demo Hindraff mempertahan Tamil Tigers yang faktanya membunuh kejam orang2 Islam di Sri Lanka tanpa apa-apa provokasi.
Tidak Timur Tidak Barat.
Jika Tuan SPA menganggap laporan HarakahDaily benar, maka benarlah lagu solo-soloan Abg Mat aku itu kerana HarakahDaily yang melaporkan.
Dan aku akan menyokong penuh jika Abg Mat Sabu memutus untuk bersabatikal sambil mengasah upayanya dalam kerangka berkhidmat untuk NGO Islam yang bergerak di pentas antarabangsa menuntut keadilan untuk umat Islam di Palestine, Afghanistan, Iraq dan di seluruh dunia.
Mungkin PAS tidak membutuhkan Mat Sabu lagi justru PAS terlalu sendat dengan golongan ulamak dan profesional.
Atau sebenarnya, Mat Sabu pun tidak membutuhkan PAS lagi ...
aduh tuan pencuri, jauh sangat biasnya haluan tarian tuan ini.
1.saya bercakap tentang hirarki parti, mursyidul amm paling tinggi. apabila beliau membuat pendirian, yang lain-lain jangan menyanggahnya secara terbuka, ia menimbulkan kemelut. jika ada perbezaan, buat secara dalaman.
seorang timbalan presiden (yang 'mewakili' organ parti paling rendah) menyanggah pendirian ketua majlis syura sedemikian adalah suatu tingkah luar biasa.
apatah lagi apabila badan eksekutif yang diwakilinya itu, belum ada apa-apa pendirian pun dalam isu ini.
2.saya mencadangkan egm untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku kini secara muktamad.
3.memang banyak isu dalaman pas, saya setuju sepenuhnya, sama ada dalam hubungannya dengan pkr, dap, pr dll sebagainya. ia harus diatasi secepat mungkin, dan secara serius, tapi bukan terbuka seperti sekarang. sekali lagi ia menimbulkan kemelut yang tak perlu dan boleh dielakkan.
4.mat sabu yang saya kenali adalah pejuang tulen dan dia antara mutiara pas yang dekat di hati ramai, termasuk saya juga. saya tidak akan merendahkannya, maupun membenarkan orang lain berbuat demikian.
5.bila kemelut begini, saya selalu tertanya-tanya apakah yang mungkin dilakukan oleh almarhum fadzil noor? bagaimana agaknya jalur fikir dan tingkah beliau?
Begini jadinya setelah berkorban begitu hebat. Begini jadinya setelah berlakunya Amanat Haji Hadi. Beginilah jadinya kerana pimpinan PAS lebih mempercayai UMNO dari PR. Beginilah jadinya apabila Haji Hadi mahu menjadi PM jika PR memerintah. Begini jadinya apabila ada pimpinan PAS yang sudah tgerbayang-bayang menjadi Menteri sebagai jalan ringkas. Saya cadangkan supaya PAS mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa, dengan satu usul: PERHIMPUNAN BERSETUJU MENGADAKAN KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO. Jika usul ini lulus, maka tidak ada perbicaraan lagi. PAS boleh mengarak langkah baru dan tubuhkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO dan BN dan sayonara kepada PR. Jika usul itu gagal, maka lupakanlah cakap-cakap tentang Unity Government ini. Selepas itu PAS boleh berjuang bersendirian atau terus bersama PR. PAS mahukan Negara Islam, manakala DAP dan PKR adalah parti sekular sama seperti Erdogan di Turkey.
PS.
5.mencadangkan mat sabu iseng-iseng bersabatikal ke luar negara sewaktu kampung halamannya dijarah pencuri dan dirasuk polong serta pelesit adalah penghinaan paling besar, bukan sahaja terhadap diri peribadi beliau, tetapi juga kepada komitmen, perjuangan dan pengorbanannya selama ini!
Pencuri Dari Kota Baghdad
Siti Wan Kembang perintah Kelantan
Nama termasyhur zaman dahulu
Baik-baik memilih intan
Takut terkena kaca dan batu
Buat bangsal di Pulau Daik
Menahan taut sambil mengilau
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau
Bab Mat Sabu bersabatikal itu bukan aku mencadangnya ..,
sekadar menafsir pantun yang dibacanya sendiri dalam ucapan penangguhan tempoh hari.
Mursyidul Am dalam konteks hirarki pakainya dalam PAS adalah seperti Pengerusi Bukan Eksekutif yang ceremonial sifatnya.
Menyebutnya tertinggi dalam konteks kuasa eksekutif parti adalah ralat.
Kuasa itu berada pada susuk Presiden PAS.
Itulah hakikat tersurat dan tersirat terkandung dalam perlembagaan parti.
Justru, Mursyidul Am yang seharusnya yang lebih berhati-hati dengan mana-mana kenyataan yang mahu dibuatnya.
Tidak perlu mendakwa "Nakhoda", kerana paling tidak pun tiada orang lain yang mendakwa diri mereka di tempat itu. Lebih daripada itu, kedudukan sebagai Tok Guru sendiri amat melebihi kedudukan nakhoda.
Tidak perlu menyebut Mat Sabu calon paling sesuai di Bukit Gantang dan Nizar harus bela kedudukan MBnya hanya untuk mengubah kenyataan itu tak sampai seminggu.
Tidak perlu menghantar perutusan tahniah kepada Obama sekilas kemenangannya - walhal PAS sendiri begitu berhati-hati terhadap orang yang dianggap oleh Qaradawi sebagai "hipokrit" yang berbahaya terhadap Islam.
Tidak perlu sekejap belasah, lepas pertemuan 4/6/8 mata boleh terima, bila Muktamar belasah semula kerajaan perpaduan - sedangkan TGHH selaku Presiden tanpa bertanding telah perjelas kewajarannya.
Siapa yang terbuka kenyataannya terlebih dahulu? Timbalan Presiden sekadar mencari merit (walau pun menang) supaya dilihat berprinsip.
Kasih sayang dan cinta luhur terhadap Ayahanda Tok Guru adalah bercakap benar kepadanya seperti Nik Abduh.
Bahawa Ayahanda Tok Guru sudah letih dan umur tua dan serabut dikelilingi oleh orang-orang yang punya agenda tersendiri.
Cuma apabila Tuan SPA ingatkan Almarhum Ustaz Fadhil - mungkin saya harus perturun lagi pantun yang dibaca Abg Mat Sabu itu ..,
Tuai Padi Antara Masak
Jangan Sampai Layu-Layuan
Intai Aku Antara Nampak
Jangan Sampai Rindu-Rinduan
tuan pencuri,
1.kata tuan: "Mursyidul Am dalam konteks hirarki pakainya dalam PAS adalah seperti Pengerusi Bukan Eksekutif yang ceremonial sifatnya".
"Menyebutnya tertinggi dalam konteks kuasa eksekutif parti adalah ralat".
- jelas tuan tak membuat kerja rumah, dan jelas juga tuan tidak 'membaca' apa yang saya tulis. tuan hanya 'membaca' apa yang tuan mahu.
2.tuan kata: "Bab Mat Sabu bersabatikal itu bukan aku mencadangnya ..,
"sekadar menafsir pantun yang dibacanya sendiri dalam ucapan penangguhan tempoh hari".
-jelaslah tafsiran tuan, bagi saya yang turut menghormati mat sabu, telah menghina individu yang tuan kagumi itu.
3. tuan berterusan menimbulkan isu-isu 'dakwaan dan tohmahan', sedangkan ia tak membantu apa-apa ke arah penyelesaian kemelut.
tuan tampaknya begitu cenderung untuk menabur angin (dengan tujuan menuai badai, barangkali?)
4.oleh sebab blog ini tidak pernah bertujuan menyemai permusuhan atau persengketaan, jadi perbincangan kita dalam isu ini tamat di sini.
maaf dan qalu salama.
Mursyidul Am baik. Presiden baik. Timbalan Presiden baik. Perlihatkanlah kesefahaman supaya ahli dan penyokong faham PAS mahu pergi ke mana.
-R.Hareez
Post a Comment