Saturday, June 13, 2009

sesat di hujung, balik ke pangkal

fasal 7: hukum, kekuasaan dan majlis syura ulamak (1)

(1) adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan pas ialah kitabullah dan sunnah rasul serta ijmak ulamak dan kias yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan pas adalah dipegang oleh muktamar tahunan.

(2) dengan tertakluk kepada hukum-hukum dalam ceraian (1) itu, segala gerakan dan pentadbiran pas adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan muktamar, akan tetapi muktamar itu sendiri tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung dalam perlembagaan pas dan aturan muktamar atau mesyuarat pas.

(3) bagi menjamin kekuasaan pas yang diperuntukkan dalam ceraian (2) di atas dan badan-badan yang diberikan kepadanya kuasa oleh muktamar tahunan dan mana-mana peruntukan dalam perlembagaan ini, tidak terkeluar daripada kehendak-kehendak yang diperuntukkan dalam fasal 7 (1) dan tidak berlawanan dengan dasar pas seperti yang diperuntukkan dalam fasal 3 perlembagaan ini, maka hendaklah ditubuhkan sebuah majlis yang dinamakan 'majlis syura ulamak' dan diberi kepadanya kuasa-kuasa berikut:

(a) menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar pas dan mana-mana peruntukan di dalam perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya.

(b) mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan dalam pas dan mengawasi serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran pas.

(c) memelihara, menjaga dan mengawal tatatertib pas dan dan melantik ahli-ahli jawatankuasa tatatertib pas seperti yang diperuntukkan dalam fasal 75 perlembagaan ini.

(4) ahli-ahli majlis syura ulamak hendaklah terdiri daripada lima belas orang dan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut:

(a)
(b)
(c)

(d) seorang ketua majlis syura ulamak yang dikenali sebagai 'mursyidul am' dan seorang naibnya yang dikenali sebagai timbalan mursyidul am hendaklah dipilih dalam mesyuarat majlis syura ulamak tersebut daripada kalangan ahli-ahlinya dan akan memegang jawatan itu selama tiga tahun dengan syarat dia boleh berhenti sebelum cukup tempoh tersebut dan boleh diberhentikan dengan persetujuan dua pertiga daripada ahli-ahli majlis syura ulamak itu dan boleh diperbaharui pelantikannya setelah tamat tempoh ia memegang jawatan itu.

(e)
(f)
(g)

(5) tugas ahli-ahli majlis syura ulamak

(a) mursyidul am

(i) bertanggungjawab sebagai ketua majlis syura ulamak bagi melaksanakan kuasa-kuasa yang diperuntukkan dalam fasal 7(3)(a) dan (c) perlembagaan ini.

(ii) menetap dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat majlis syura ulamak dan melantik seorang setiausaha majlis syura ulamak daripada kalangan ahli-ahlinya atau mana-mana ahli pas.

(iii) mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi mengawasi dan memelihara dasar pas dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran pas.

--------------------------------
(1) perlembagaan parti islam semalaysia (pindaan 2001), hal 4, 5, 6, 7, 8 dan 9. diterbitkan oleh pejabat agung pas, markaz tarbiyah pas pusat, lorong hj hassan, batu caves, selangor, cetakan pertama (2002).

nota: italik, saya.

No comments: