isu kerajaan perpaduan telah menggoncang pas dan ahli serta para penyokongnya hingga ke akar-akarnya. dek permainan politik sesetengah orang, perpaduan, komitmen dan kekukuhan pas yang telah berjaya dipupuk sejak sekian lama seolah-olah kini berada di hujung tanduk.
dalam keadaan ini, musuh-musuh pas, dan lebih-lebih lagi musuh-musuh pakatan rakyat, berlumba-lumba menyemai lebih banyak racun dan keraguan dengan harapan segala binaan pakatan pembangkang itu akan roboh.
dalam keadaan sedemikian, saya fikir, pas, ahli-ahli dan semua organ pas di seluruh negara perlu menyatakan dengan tegas komitmen masing-masing kepada idea pakatan rakyat itu sendiri, dan dalam konteks dalaman, komitmen mereka kepada jalur fikrah mursyid-al amm, tuan guru dato nik abd aziz nik mat.
langkah ini bukan sahaja perlu bagi merapatkan saff perjuangan, tetapi lebih-lebih lagi sebagai amaran kepada semua pihak yang berhati serong dan berniat jalang terhadapnya.
juga sebagai kata putus bahawa ahli-ahli pas di seluruh negara tidak akan berdiam diri terhadap percubaan untuk mengheret parti ke arah pertelingkahan dan kemelut yang berpanjangan, sekali gus menggagalkan usaha murni untuk menyelamatkan negara ini daripada terus musnah di bawah kepimpinan dan kepetualangan umno-bn.
justeru, saya mencadangkan supaya organ-organ parti, seperti badan perhubungan negeri-negeri dan pas kawasan-kawasan atau cawangan-cawangan, menaikkan banner atau lain-lain sebagainya, yang berbunyi seperti berikut:
(contoh)
"PAS Negeri Pahang berdiri teguh bersama-sama Rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat"
atau
"PAS Kawasan Temerloh berdiri teguh bersama-sama Tuanguru Nik Abd Aziz Nik Mat"
saya juga mencadangan supaya banner dan lain-lain sebagainya itu hendaklah mengandungi perkataan-perkataan yang sekata bagi melambangan kebulatan tekad dan hati semua ahli pas di seluruh negara.
wallahu a'lam.
-------------------------------
(1) Pada 1 Zulkaedah, tahun 6 hijrah, Rasulullah SAW dan para sahabat RA seramai 1400 orang berangkat ke Mekah dengan niat mengerjakan umrah.
• Apabila rombongan Rasulullah SAW telah hampir ke Kota Mekah, pihak musyrikin Mekah telah menghantar wakilnya, Budail bin Warqa' al Khuzai, untuk memberitahu bahawa mereka telah bersedia dengan senjata untuk menghalang kemasukan rombongan Islam itu.
• Rasulullah SAW telah mengarahkan Budail memaklumkan semula kepada pihak Quraisy bahawa kedatangan kaum Muslimin adalah untuk menziarah, bukan untuk berperang, dan baginda juga berharap dapat diwujudkan perdamaian di antara kedua-dua belah pihak untuk tempoh tertentu.
• Musyrikin Mekah telah menghantar pula Urwah bin Masud untuk berunding dengan Rasulullah SAW, tetapi gagal mencapai sebarang persetujuan.
• Rasulullah SAW telah mengutuskan pula Saidina Uthman bin Affan RA untuk berunding dengan pihak kafir Quraisy. Beliau ditahan selama tiga hari oleh pihak Quraisy.
• Rasulullah SAW menerima berita bahawa Saidina Uthman RA telah dibunuh. Oleh itu, Rasulullah SAW dan rombongan baginda telah bermesyuarat dan bersetuju membuat SUMPAH SETIA untuk menuntut bela kematian Saidina Uthman RA.
• Sumpah Setia ini dinamakan BAI'ATUR RIDHWAN / BAI'ATUS SYAJARAH , sempena tempat janji setia itu diadakan, iaitu di bawah pokok bernama "Ridhwan" (Surah al Fath , ayat: 10)
• Setelah Musyrikin Mekah mengetahui keputusan rombongan Islam untuk membela kematian Saidina Uthman RA, mereka membuat keputusan membebaskannya semula.
Justeru, pihak musyrikin Mekah telah menghantar Suhail b Amr untuk berunding dengan Rasulullah SAW lalu bersetuju mengadakan perjanjian dengan pihak Islam di Hudaibiyah. Perjanjian ini dikenali dengan nama PERJANJIAN HUDAIBIYAH, sempena tempat termetrinya perjanjian tersebut.
-----------------
nota: secara peribadi, saya berdoa dan berharap, sekiranya pakatan rakyat ini ditakdirkan roboh jua akhirnya, janganlah ia sekali-kali berpunca daripada kita, parti islam. mohon simpang, mohon jauh dan mohon ampun. subhanallah.
Thursday, June 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Sedih melihat PAS. Baru selesai bermuktamar sudah berantakan. Jika keadaan berterusan begini, tidak mustahil PR akan roboh yang sememangnya dirancang oleh lawannya yang kini, dulu dan selamanya tidak akan membiarkan PR terus kukuh.
Melihat kepada pergolakan yang berlaku dikalangan pemimpin tertinggi PAS kini, saya berpandangan bahawa tidak dapat tidak ianya akan menyumbang secara tidak langsung kepada kerobohan PR.
Jika PAS jujur dengan perjuangannya, saya amatlah berharap supaya PAS jangan lagi berdolak-dalik dengan isu kerajaan perpaduan ini. Janganlah kerana orang lain PAS terpaksa mengorbankan sokongan ahlinya yang telah banyak bersabar dengan karenah pemimpinnya yang ada kalanya bertindak kurang matang dan tidak boleh ditegur.
Apapun natijahnya PAS harus keluar dari kepompong sekarang dan serlahkan warna sebenar supaya ahli dan penyokong jelas kepada pendiriannya dan tidak mengelirukan.
-RHareez
Pencuri Dari Kota Baghdad
Kegoncangan ini perlu berlaku setidak-tidaknya untuk menguji PAS mengurus diri dengan sedikit kemenangan dan kuasa.
Sekaligus tidak terlalu ghairah meraih redha DAP dan PKR hingga kaedah dakwah dan perbincangan jadi haram.
Kalau mahu bercakap soal bai'ah, sifirnya tidak sekompleks mana :-
1. PAS Bukan Malaikat
2. UMNO Bukan Syaitan
3. DAP Memang Kafir
(Dhimmi atau Harbi)
4. PKR Keturunan UMNO
Berbeza-beza pendapat adalah RahmatNYA, apalagi di kalangan ulamak pimpinan.
Apakah hujah TGNA/Erdogan menolak mati usaha perpaduan melalui perbincangan dan seumpamanya??
Sebab muka dia dulu hitam kena asap kereta UMNO yang rosak dan PAS tolong tolak hingga jalan balik lalu tinggalkan dia di tepi jalan?
Pedih hatinya belum hilang?
Ini kata-kata dari mulut TGNA sendiri!
Apa pula hujah Husam/Erdogan? Anwar Ibrahim/PKR tolak perpaduan tapi jika ada peluang berkuasa walau dengan membeli sokongan UMNO/BN - itu keharusan dan tahlus siasi?
Apa hujah TGHH? (Nasha tumpang semangkok aje ..)
TGHH BERCAKAP TENTANG SISTEM BOBROK YANG MENJADI AMALAN DI NEGARA INI. SISTEM YANG TIDAK MEMUNGKINKAN KAEDAH PENYELESAIAN DAPAT DILAKSANAKAN DEMI KEBAIKAN DAN KESEJAHTERAAN SEMUA RAKYAT.
SISTEM YANG TIDAK SHARII LAGI FITRAWI.
MAKA PERLU ZAHIR KAEDAH ATAU KONSEP ATAU GAGASAN DEMI MENGUBAH SISTEM BOBROK ITU. DAN IA WAJIB BERLANDASKAN PERPADUAN KERANA RAKYAT MALAYSIA INI BANYAK CABANGNYANYA SAMA ADA CABANG AGAMA, BANGSA, BUDAYA DLL.
PERPADUAN YANG ISLAMI SIFATNYA, AMALANNYA APATAH LAGI PELAKSANAANNYA.
DAN PAKATAN RAKYAT SEBAGAI SEBUAH KUMPULAN (WALAU LONGGAR) HENDAKLAH BERPERANAN SEBAGAI TERAS KEPADA KONSEP PERPADUAN ITU.
BERPADU SANGAT KE PAKATAN RAKYAT NI?? DALAM ERTI YANG SEBENAR-BENARNYA??
DI PULAU PINANG, PAS DILAYAN TAK UBAH KUCING KURAP OLEH DAP.
GAGASAN KERAJAAN PERPADUAN BUKANNYA PAS MASUK BN GABUNG DENGAN UMNO. ITU BUDAK SEKOLAH DARJAH SATU PUN RETI.
BUKANNYA LANGSUNG TIADA PEMBANGKANG MACAM MAMAK TUN MAHATHIR CAKAP.
BERSATU DAN BERPADUAN DEMI RAKYAT DAN NEGARA DULU.
TERUTAMA DALAM KEADAAN EKONOMI DAN MACAM-MACAM MASALAH YANG MELANDA DUNIA HARI INI.
KENA DUDUK BERBINCANG.
UMNO/BN SEBAGAI PARTI POLITIK YANG MEMERINTAH KERAJAAN PERSEKUTUAN MUNGKIN BEBAL DAN BODOH MACAM TELOR TEMBELANG ..., TETAPI STRUKTUR KERAJAAN NEGARA DAN CABANG-CABANG KEPADA STRUKTUR ITU MUNGKIN TIDAK SETERUK UMNO/BN.
BILA ADA CADANGAN, TERUTAMA DARI KETUA SENDIRI - ULAMAK LAGI, KENAPA TERUS-TERUSAN MENGAMBUR MACAM KERBAU GILA MEMBANTAH TANPA TIDAK KERUAN??
TEPUK TANGAN LER UMNO.
TUMPANG SEMANGKUK LER DAP.
BUAT-BUAT BODOH LER PKR.
Ikut Hati Mati
Ikut Rasa Binasa
Tepuk Dada Tanya Apa Nama??
terima kasih tuan pencuri kerana pernyataan kebimbangan dan pendirian yang panjang lebar.
saya andaikan semuanya benar belaka dan saya juga terima ia seadanya dengan hati terbuka.
pas telah bermula dengan pas for all atas kepercayaan bahawa islam adalah sesungguhnya rahmat untuk semua.
saya memilih untuk mempercayai jalan tulus ini. sukar? perit? dipergunakan? wayang? diladeni bagai kucing kurap? ya, saya terima itu juga.
saya juga memilih untuk tidak bersikap lunak terhadap umno. sudah lebih 50 tahun parti itu diberi peluang demi peluang untuk membuktikan diri. ia tidak punya apa-apa lagi. teras dirinya telah luluh dek karat kuasa dan mata benda.
orang-orang umno? mereka adalah saudara saya, seperti tuan pencuri juga. dekat di hati saya. menjadi isi doa saya.
tetapi tidak umno. saya tidak mahu lagi melalui jalan itu. sudah tidak mungkin. 50 tahun peluang bukan masa yang sedikit.
dap, pkr bermasalah? ya, pas pun bermasalah juga, tetapi paling kuran kita mahu mencuba mengambil jalan baru.
kita semuanya mahu keluar daripada cara hidup sektarian, curiga-mencurigai, terasing, terbelah, kebendaan, silau kuasa dll selama lebih 50 tahun. sukar? pasti, namun saya tetap mahu mencuba.
dalam latar sedemikian, yang saya ada hanyalah kepercayaan dan bekalan nilai, harapan dan kemanusiaan. dan memang semuanya akan diuji sepenuhnya.
namun saya mahu teruskan juga kerana saya tahu, kepercayaan, nilai, harapan dan kemanusiaan itulah yang kian lama lupus daripada kehidupan sosial dan bernegara kita di tangan umno.
inilah revolusi saya. revolusi kepercayaan, nilai, harapan dan kemanusiaan.
di hujung jalan tulus ini, saya juga percaya, pas for all akan juga membawa makna pas belongs to all.
saya mendambakan tiga janji muhammad SAW kepada adi bin hatim di tanah air saya juga.
wallahu a'lam.
PS.
dan, saya bukan ahli politik.
dan saya juga memilih untuk membantu dan bersetia dengan orang tua uzur bernama nik abd aziz ni mat kerana sehingga kini dia tidak pernah menganiayai atau membohongi saya.
dia melakukan kesilapan? ya, tentu sekali. malah banyak juga tingkahnya yang tidak saya persetujui, tetapi dia tidak pernah membohongi saya. dan itu lebih penting hari ini. dia jujur. dalam benar, dia jujur. dalam salah, dia jujur.
dan selama dua puluh tahun, dia dan sahabat serta penasihatnya yang 'kucing kurap' itu terus bertahan di tanah serendah sekebun bunga tanpa gagal, tanpa ragu.
dua puluh tahun menanggung cemuh, bala dan nista. sewaktu tanah lain tumbang satu persatu, dia masih di situ, dengan wajah lunak dan tekad membatu, di pintu kota.
dengan panji di tangan dan dada terbelah, dia bertempik, dia merayu: "mari weh, mari weh, asok, asok, asok. panji dio doh patoh, lembing dio doh sumbing, panoh dio doh putuh, keris dia doh tumpul. asok, asok, asok. mari weh, mari weh".
tiba-tiba tuan mencadangkan semuanya usai dan sambil minum-minum kita berbicara tentang beras dan gula, dan cerita-cerita hari muka yang cerah cemerlang.
pengkhianatan darjah apakah ini?
PAS harus jujur dalam perjuangannya. Mahu berdiri sebagai gerakan Islam atau part politik?
Jika mahu kedua-duanya, yang mana harus didahulukan?
Berdirinya PAS hari ini adalah kerana sokongan ahli dan penyokongnya yang setia walaupun adakalanya mereka dipermainkan dengan pelbagai isu yang memeningkan dan mengelirukan oleh para pemimpin sendiri. Untuk apa?
Ahli seperti dipermainkan dengan isu kerajaan perpaduan. TGHH menang Presiden tanpa bertanding tapi gagasan kerajaan perpaduannya ditentang habis-habisan tanpa beliau diberi peluang untuk memberi penjelasan. Ahli jadi keliru. Adakah ini satu muslihat politik semata-mata? Atau ada kepentingan individu yang mahu dipertahankan?
Dato' Mustafa Ali berpandangan isu yang ditimbulkan oleh DAP adalah kerana salah faham dan maklumat tidak sampai. Kenapa tidak sampai? Bukankah DSAI sebagai pemimpin PR turut sama hadir dalam pertemuan untuk penjelasan mengenai kerajaan perpaduan ini dibuat oleh TGHH dan Timbalan Mursyidul Am kepada Mursyidul Am sebelum Pak Lah menyerah kuasa kepada Najib?
Kenapa pemimpin DAP tidak hadir sama semasa pertemuan itu? Muslihat lagi?
Kekeliruan inilah yang akan merungkai pakatan yang dibina oleh PR selama ini.
Sekali lagi disarankan.
PAS harus jujur dalam perjuangannya. Benar atau salah PAS harus jujur.
Nah sekarang apa dah jadi?
Bukankah Kerajaan Perpaduan sudah jadi polemik dan UMNO/BN tumpang semangkuk menghangatkannya lagi?
Jika dilihat kepada susuk tubuh para pemimpin PAS memang hebat. Hebat ilmunya tapi rupa-rupanya masih ada kekosongan dalam berpolitik. Apatah lagi politik UMNO/BN yang penuh dengan tipu daya dan madah berelah sejak dulu hingga kini. Apakah para pemimpin PAS tidak belajar setelah setengah abad dipermain-mainkan oleh mereka yang durjana itu?
PAS harus fokus kepada matlamatnya yang sebenar. Mahu jadi gerakan Islam atau parti politik?
-RHareez
ya tuan hareez,
kejujuranlah yang menjadi isu dan juga penentu keabsahan hujah dan pendirian di sini. dan memang jelas, kita sudah kelihatan tidak jujur - jujur kepada ahli, jujur kepada rakan-rakan dalam pr, jujur kepada pengundi dan penyokong, malah jujur kepada diri sendiri.
Jujurnya bagaimana harus saya jawab kepada rakan-rakan dalam Kelab Penyokong PAS? Jujurnya juga bagaimana saya harus menangkis pukulan media perdana yang semakin galak memainkan isu perpaduan?
Bukan tujuan saya mahu menyalahkan sesiapa tetapi bagi saya para pemimpin PAS khususnya harus sentiasa beringat betapa musuh sentiasa merencana tindakan pemusnahan. Mereka sentiasa bersedia untuk memerangkap dan menyerang. Kini perangkap mereka kelihatan seperti sudah mengena.
Jujurnya, apakah langkah seterusnya harus saya ambil untuk terus berada dalam kancah panas ini? Atau harus sahaja saya meminggir diri daripadanya sementara waktu sambil duduk santai menatap bait-bait puisi Rendra?
-RHareez
AKU MENDENGAR SUARA
JERIT HEWAN YANG TERLUKA
ADA ORANG MEMANAH REMBULAN
ADA ANAK BURUNG TERJATUH DARI SARANGNYA
ORANG-ORANG HARUS DIBANGUNKAN
KESAKSIAN HARUS DIBERIKAN
AGAR KEHIDUPAN BISA TERJAGA
Rendra
yogyakarta
1974
(Petikan dari puisi Rendra)
=RHareez
Post a Comment