Saturday, June 27, 2009

laila dan khalifah (1)

berkata khalifah kepada laila, “tuankah sebenarnya dia yang kerananya majnun hilang pertimbangan dan menjadi kacau? sungguh tuan tidaklah lebih cantik daripada banyak yang cantik”. kata laila, “diamlah, tuan bukan majnun!”.

jika tuan bermata majnun,
dua dunia itu akan mengisi pandangan tuan.
tuan dalam deria tuan, sedang majnun di luar dirinya.
dalam cinta, sedar terjaga adalah khianat.
semakin terjaga seseorang, semakin dia tertidur (kepada cinta);
keterjagaannya adalah lebih buruk daripada tidur.

keterjagaan kita membelenggu ruh,
lalu jiwa dimangsakan oleh pelbagai keinginan,
fikiran tentang kehilangan dan keuntungan dan takutkan sengsara.
ia tidak mendakap ketulusan atau kehormatan atau kehalusan,
atau cita-cita untuk menerobos ke langit tinggi.
itu benar-benar tidur yang mendambakan semua kemahuan,
dan yang berunding-bicara dengan setiap angan-angan.

----------------------------------
(1)Masnavi-i-Ma’nawi, Teachings of Rumi, The Spiritual Couplets of Maulana Jalalu-d-din Muhammad I Rumi, translated and abridged by E H Whinfield, M A, Book I, pgs 18-19, Omphaloskepsis. Terjemahan; saya.

◙ Entri ini didedikasikan kepada Michael Joseph Jackson (1958-2009). Jiwa yang kembaranya jauh ke alam bayang-bayang, sehingga tidur dan jaganya saling bertindihan melangkah sempadan. Selamat jalan, tuan.

No comments: