Tuesday, June 23, 2009

Doa yang baik (1)

seorang darwis yang doanya makbul muncul, lalu hajaj yusuf berkata kepadanya: “doakan saya satu doa yang baik”. lalu si darwis berdoa: “wahai tuhan, ambillah nyawanya”. hajaj berkata: “demi tuhan, doa apakah ini?” si darwis menjawab: “ia doa yang baik untuk tuan dan semua orang beriman”.

wahai penzalim yang menindas rakyatnya,
berapa lama tuan mahu berterusan dengan ini?
apa gunanya kuasa wibawa kepada tuan?
sungguh mati adalah lebih baik untuk tuan daripada menindas manusia.


---------------------------
(1) The Rose Garden of Sa’di (or The Gulistan), based on the original translation by Edward Rehatsek, Omphaloskepsis. Terjemahan: saya.

4 comments:

Suhaimi Said said...

Kalau di zaman Penjajah dulu, orang menulis dengan nama pena, Pak Sako, Hantu Raya, Tongkat Waran, Keris Mas, Kalam dsb sebab keadaan pada waktu itu yang begitu menekan dan menzalimi utk tutup identiti. Tak sangka di zaman UMNO memerintah ni, orang juga menulis waima dlm blog menggunakan absatract.

Anonymous said...

Pengusaha Patin Sangkar Kg Berhala Gantang

.. waimanya Abg Mi, UMNO itu waris benar sang penjajah.

Mana tak kena tutup identiti, jika ketahuan kena buang kerja, tak naik pangkat, tak lulus itu dan ini malah tak pasal-pasal kena cekup dihumban ke dalam lokap.

Lebih haru, anak yg cemerlang belajar tak dapat masuk asrama penuh, tak dapat masuk u, tak lulus pinjaman dsb sebab mak ayah sokong pembangkang.

Hanya segelintir yg pernah lalu ujian dan bertahan mcm Abg Mi nekad lagi berani.

Itu pun bukan dihargai sangat pun oleh masyarakat kita.

Eh, macamlah Abg Mi tak tahu bende-bende ni ...

syed putra ahmad said...
This comment has been removed by the author.
syed putra ahmad said...

salam tuan hj suhaimi.

pertama, terima kasih banyak kerana komen. saya amat berbesar hati kerana tuan sudi berbuat demikian. sebagai guru, abang dan sahabat saya, tuan memuliakan blog kecil ini dengannya.

almarhum guru saya, hj ishak abdullah, dalam satu sesi diskusi tentang hal-ehwal wuduk, anggota-anggota wuduk dan lain-lain berkaitan, pernah menjawab begini, apabila ditanyai kenapa kepala atau rambut hanya disapu dan tidak dibasuh seperti anggota-anggota lain, iaitu muka, tangan dan kaki, - "kepala tak perlu 'dibasuh-basuh' sangat, tetapi cukup sekadar 'disapu-sapu' sahaja kerana IA ADALAH TEMPATNYA OTAK".

Dengan kata lain, 'orang pandai' tak perlu disergah-sergah sangat untuk 'memperbetulkannya', tapi cukup sekadar 'disindir-sindir' sahaja kerana dia mudah faham kerana pandainya itu.

Dan saya tak berlindung pun, nama saya terpampang pada blog ini, tuan.