Tuesday, June 16, 2009

tiga

tiga waktu; malam, petang, pagi
tiga hari; sabtu, ahad, isnin
tiga suara; kau, mereka, dia

satu mesej cuma:

tuan diminta pergi dari sini
keretapi ini kini mengambil jalan berbeza
tempat tuan di sini telah tiada
ia telah diambil orang lain, namanya pun sudah tertulis di sini
secara sah dan terang
jika tuan masih mahu, tuan boleh sahaja duduk di mana-mana
tetapi tuan dinasihatkan supaya beredar sahaja, dengan hormat
tidak ada tetapi lagi tuan, tetapi hanya untuk semalam
barangkali tuan tertidur, atau barangkali tuan tersalah tarikh
atau barangkali juga tuan terlupa
tuan boleh turun sekarang atau kemudian
namun natijahnya masih sama
tuan mesti pergi dari sini
lambat laun apabila semua yang bernama dan berhak telah naik
tuan wajib pergi juga, itu polisi tuan, tiada yang terkecuali
semua kerusi mesti diisi, tiada yang boleh berdiri
tetapi tuan boleh berdiri di rel untuk melambai keretapi ini pergi
itu dibenarkan, juga polisi, tiada yang terkecuali.

1 comment:

Anonymous said...

No22 Islamic Street

Setelah lima hari, mengembara ke timur semenanjung, meninggalkan sementara kota keserabutan - pelbagai kerenah dan mehnah yang tak kunjung sudah. tanpa mempedulikan sms, internet, surat khabar dan berita televisyen...rupa-rupanya masih ada ruang ketenangan dalam dunia ini - walaupun hanya untuk beberapa ketika. (nasihat kepada org yang telah letih dan penat, pergilah bercuti)

Sedikit tentang tanah serendah sekebun bunga, negeri pemerintahan orang tua uzur bernama Nik Abdul Aziz, setelah hampir 15 tahun meninggalkan tanah yang suatu ketika dahulu menjadi tempat permainan - rupa-rupanya terlalu banyak yang sudah berubah.

Disebalik dinding - dinding konkrik mewah yang gagah berdiri punya cerita disebaliknya, dibelakang papan - papan tanda yang menghiasi jalanan serta lorang-lorang kecil punya riwayat tersendiri. Di sebalik wajah-wajah pudar peniaga-peniaga kecil bermodalkan ikan kering, budu tempayan, nasi kerabu etok dan kain batik punya kisah yang belum terungkap.

Air sungai Kelantan yang mengalir deras menjadi saksi perubahan wajah Kota Bahru - siapa dihadapan dan siapa yang ditinggalkan. Hukum pembangunan nampaknya tetap sama (sehingga hati kecil berbicara) walaupun arkiteknya seorang syaitan yang memegang cangkir anggur ataupun abid yang bersujud di malam hari.

Sebelum menyimpang lebih jauh, sebenarnya ada hutang yang belum dibereskan kepada tuan punya blog ini. hanya ingin bertanya, adakah hutang itu masih dituntut atau sudahpun di-halal dunia dan akhirat?