Sunday, June 14, 2009

sesat di hujung, balik ke pangkal (2)

fasal 16: muktamar pas (1)

(1) muktamar pas terbahagi kepada:

(a)

(b) muktamar khas - muktamar khas pas bolehlah diadakan beberapa kali dalam setahun sekiranya dikehendaki oleh presiden atau dengan permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnnya satu pertiga daripada ahli jawatankuasa kerja pas pusat atau satu pertiga daripada pas kawasan-kawasan. maka muktamar khas ini tidaklah boleh dibincangkan apa-apa perkara selain daripada perkara yang kerananya muktamar itu diadakan.

(c) notis bagi mengadakan muktamar tahunan dan khas hendaklah dihantar kepada para perwakilan dalam tempoh 14 hari dari tarikh mesyuarat itu hendak diadakan. notis muktamar tahunan hendaklah disertakan dengan agenda, salinan laporan dan penyata kewangan tahun lalu yang telah diaudit oleh pemeriksa kira-kira.

(2) muktamar tahunan dan/atau khas itu adalah mengandungi ahli-ahli yang berikut:

(a) pengerusi tetap dan timbalannya.

(b) ahli-ahli majlis syura ulamak dan ahli-ahli jawatankuasa kerja pas pusat.

(c) pesuruhjaya-pesuruhjaya negeri dan wilayah persekutuan.

(d) yang dipertua-yang dipertua kawasan, dan jika sekiranya tidak dapat hadir sendiri maka hendaklah seorang ahli jawatankuasa kerja kawasan itu diwakili dengan bersurat oleh yang dipertua pas kawasan itu.

(e) tidak kurang daripada empat orang dan tidak lebih daripada sepuluh orang wakil daripada dan diangkat oleh tiap-tiap sebuah kawasan yang telah menunaikan yuran tahunannya bagi tahun itu kepada pejabat agung dengan tertakluk kepada fasal 17 (5).

(f) lima belas orang wakil daripada dan diangkat oleh muktamar dewan ulamak pas pusat.

(g) lima belas orang wakil daripada dan diangkat oleh muktamar dewan pemuda pas pusat.

(h) lima belas orang wakil daripada dan diangkat oleh muktamar dewan muslimat pas pusat.

(3)

(4) dengan dikecualikan ceraian (2)(b) dan (c) fasal ini, maka satu perdua daripada ahli-ahli muktamar itu hadir adalah menjadi cukup bilang bagi menjalankan muktamar tahunan dan/atau khas itu.

---------------------------------------
(1) perlembagaan parti islam semalaysia (pindaan 2001), hal 19, 20 dan 21. diterbitkan oleh pejabat agung pas, markaz tarbiyah pas pusat, lorong hj hassan, batu caves, selangor, cetakan pertama (2002).

No comments: