Monday, June 08, 2009

pas buka pintu, lalu umno pun masuk

jika maklumat ini benar, timbalan presiden pas, nasharudin mat isa, akan berhadapan dengan ketua pemuda umno, khairy jamaluddin, di astro awani jam 8 malam ini, untuk membicarakan isu muqabalah-kerajaan perpaduan.

hahaha, tak sampai 48 jam setelah orang no 2 pas itu terus komited dengan idea meneruskan 'perundingan' dengan umno, ketua pemuda parti nasionalis itu terus menyambutnya. kenapa?

bagi saya mudah sahaja, pas telah membuka pintunya, lalu umno pun masuklah. tujuan umno mudah sahaja, asak pas ke sudut dengan isu melayu-islam dan sebagainya, lalu tulang belakang pakatan rakyat pun akan patah.

masih ingat soalan khairy kepada husam berkenaan hudud dalam forum di kota baru tak berapa lama dulu?

atau apakah kita telah lupa pada pengakuan dan permohonan maaf dato wan ismail (bapa dr wan azizah) tentang peranan beliau secara peribadi dan agensi risikan negara dalam isu kafir mengkafir dan sembahyang dua imam pada awal 80-an dahulu, yang telah berjaya meletakkan pas pada kedudukan paling defensif dan laksana kucing kurap dalam arena politik nasional selama lebih sepuluh tahun?

bagi umno, pas adalah saingan utamanya. justeru, pas perlu disingkirkan daripada arus politik perdana dengan memperlihatkan parti itu sebagai parti sektarian dalam apa jua bentuk pun. yang penting, pas tidak boleh mendapat sokongan orang bukan-islam-melayu. noktah.

secara bersendirian, pas atau dap atau pkr, tidak mungkin berupaya menumbangkan umno-bn. dan dengan isu muqabalah-kerajaan perpaduan ini, pas telah menunjukkan bahawa ia adalah rantai pakatan rakyat yang paling terdedah kepada racun dan asakan sektarianisme.

seperti kata mohd radzi di perak, "orang kasi sedekah, kita ambil sahajalah".

jadi, pas dah buka pintu, umno masuk sahajalah.

selepas ini apa? saya menjangkakan, selepas beberapa 'riki' (menggunakan perkataan orang no 2 pas itu) dan umno mendapati telah cukup keraguan ditimbulkan terhadap ketulusan pas sebagai anggota pakatan rakyat di kalangan orang bukan-melayu-islam, pilihan raya umum pun akan diadakan.

lalu, seperti berniaga buluh kasap, hujung hilang, pangkal pun lesap.

wallahu a'lam

2 comments:

yes said...

Jangan salahkan Nasaruddin, bukan kah ahli perwakilan sudah tahu Nasa pernah berunding dalam gelap dan tidak mengaku melakukan yang demikian. Tiba tiba pak lah buka tembelang. Jadi semua orang boleh menilai Nasa.

Bila perwakilan memilih Nasa, jadi perwakilan mestilah sama sama bertanggung jawab apa perancangan Nasaruddin. You deserve what you get for you are the one that put him there.

Bangsa Cina Malaysia said...

masalah bukan dengan PAS tetapi ketua mereka Hadi Awang dan timbalan nya.

pinggirkan mereka dan PAS akan diterima oleh semua lapisan Masyarakat.