"...paling penting, khomeini menyedari bahawa sejarah iran kini berada di persimpangan yang unik dan genting; bahawa momentum revolusi tulen telah terbentuk dan jika mengendur, maka ia tidak mungkin dapat dibina semula.
"justeru, beliau memberi amaran menolak kecenderungan untuk berkompromi atau terpedaya dengan tindak tanduk kosmetik shah iran....
"...pada masa yang sama, shah terus menerus membentuk dan membentuk-semula kerajaannya. mula-mula dia membawa masuk sharif imami, individu yang dikatakan rapat dengan elemen-elemen konservatif di kalangan ulamak, sebagai perdana menteri.
"kemudian pada 6 november 1978, dia membentuk sebuah kerajaan tentera di bawah jeneral ghulam riza azhari – langkah yang nyata dicadangkan oleh amerika syarikat. namun semua langkah politik itu tidak memberi kesan ke atas perkembangan gelombang revolusi...
"...shah kini cuba menarik ahli-ahli politik sekular-nasionalis-liberal bagi menghalang pengukuhan tuntutan ke arah penubuhan sebuah kerajaan islam.
"pada 3 januari 1979, shahpur bakhtiar daripada fron nasional (jabha-yi milli) dilantik sebagai perdana menteri bagi menggantikan jeneral azhari, sementara shah pula dirancang keluar negara untuk bercuti.
"pada 12 januari, pembentukan sebuah majlis pangkuan diraja diisytiharkan. ia diketuai oleh sayyid jalal-al din tehrani, individu yang dikatakan mempunyai asas pendidikan agama. majlis itu ditubuhkan bagi mewakili shah ketika ketiadaannya di dalam negara.
"namun semua langkah ini tidak menggugat fokus khomeini daripada matlamat-matlamat yang telah ditetapkannya, yang kini semakin hampir tercapai.
"sehari selepas pembentukan majlis pangkuan diraja, khomeini mengumumkan penubuhan majlis revolusi islam (syuara-yi inqilabi islami), sebuah badan yang dipertanggungjawabkan dengan tugas menubuhkan sebuah kerajaan sementara bagi menggantikan pentadbiran bakhtiar...
"...apa yang perlu dilakukan sekarang hanyalah menyingkirkan bakhtiar dan menyekat rampasan kuasa tentera bagi menghalang shah daripada kembali ke iran.
"matlamat pertama ini hampir tercapai apabila sayyid jalal-al din tehrani pergi ke paris bagi merundingkan kompromi dengan khomeini. beliau ENGGAN MENEMUI tehrani melainkan dia BERUNDUR daripada majlis pangkuan diraja, sekali gus MENGISYTIHARKAN MAJLIS TERSEBUT SEBAGAI TIDAK SAH..."(1)
-----------------------------------
(1) petikan daripada ulamak memimpin: kehidupan, perjuangan dan pemikiran khomeini, (bakal terbit).
nota: saya bukan bermazhab syiah dan bukan pula pendokong revolusi atau bercita-cita untuk mengimportnya ke negara ini. petikan ini hanya bertujuan menunjukkan betapa kepimpinan politik yang bijak dan peka tahu di mana untuk berkompromi dan bersikap lunak, dan di mana pula sikap sedemikian tidak boleh diambil.
sikap dan kebijaksanaan yang sama boleh dilihat dalam perjuangan mahatma gandhi atau nelson mandela dan sebagainya.
sebagai muslim kita juga belajar dalam peristiwa isyrak dan mikraj bagaimana dunia, iblis dan syaitan menduga-duga nabi SAW dengan pelbagai pujuk rayu dll bagi membiaskan fokus baginda. kita juga belajar bagaimana nabi SAW tidak mengendahkannya sehinggalah baginda menyempurnakan tujuan mikraj tersebut.
selain itu, kita juga tahu tak lama selepas peristiwa isyrak dan mikraj, nabi SAW dan para sahabat berhijrah ke madinah dan negara islam pun ditubuhkan di sana.
wallahu a’lam.
Tuesday, June 09, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
"Revolusi juga satu kaedah, perang juga satu kaedah, monorki juga satu kaedah....tapi Hadi memilih unity government buat masa ini.
Kehadapan Tuan Syed,
Saya sangtlah memahami mengapa tuan menyiarkan posting ini, sangat menarik untuk dibincang, dicanai dan dihadam, sudah tentu dalam membincangkan isu kerajaan perpaduan yang menjadi polimik ketika ini. kenyataan di atas adalah secebis daripada pandangan saya tentang kerajaan perpaduan yang saya berminat bermuzakarah dgn tuan.
Oleh yang demikian tuan Syed,
Dengan mengenapikan sentimen2 lain, sudikan tuan berbincang mengenai kerajaan perpaduan ini secara objektif? perbahasannya meliputi aspek kerelevanannya dan kontek ia sebagai strategi dgn mengambil kira pro dan kontra.
Sudah tentu dengan nawaitu bukan untuk 'menang' tetapi lebih kpd mencari kebenaran, menghilangkan keraguan dan mengelakkan kekeliruan.
Walaupun mungkin, idea ini tidak akan terlaksana tetapi cukup lah sekadar untuk merekodkan kepada genarasi akan datang bahawa pernah satu masa dalam negara mereka ini ada segelintir manusia mahu mencuba satu gagasan bernama kerajaan perpaduan. Atau untuk generasi hari ini, perbincangan ini sekurang-kurangnya boleh dimanfaatkan sebagai satu tambahan 'knowledge' yang mana saya percaya tuan juga beriman dgn perubahan sebenar hanya akan berlaku sekiranya berlaku 'transformasi intelektual dalam masyarakat'.
Sekiranya tuan merasa kerja membincangkan dgn lebih ilmiah ( tidak terikut-ikut dgn perbalahan emosi diluar sana) tentang idea ini hanyalah perbuatan sia-sia yang tidak memberi apa-apa nilai tambah - boleh la kita lupakan sahaja.
Walau bagaimanapun saya tetap menuggu kemunculan buku Imam Khomenei yang tuan sedang siapkan itu atas keyakinan isi kandungannya mampu meransang dan membuka lapisan-lapisan pemikiran saya yang masih banyak tertutup dalam melihat persekitaran kehidupan hari ini...wassalam.
Terlupa memperkenalkan diri.
saya yang tuan kenali;
No22 Islamic Street
alam ini nisbi sifatnya, manusia juga nisbi, pandangan manusia tentulah lebih nisbi lagi.
seperti yang tertera tentang blog ini - ia adalah ruang legar idea dan rasa. ia spontan, tanpa agenda dan protokol - tentulah perbincangan amat dielu-elukan.
bagi memulakan perbincangan, saya kira tentulah pihak yang mengajukan teori atau idea perlu terlebih dahulu mengemukakan teori serta ideanya itu untuk dibahaskan.
jadi, persilakan.
No22 muslim street
Sebagai permulaan sy kemukan mukaddimah ini:
Selepas lebih 60 tahun merdeka, Sudah sampai masanya kita menyemak balik sistem yang kita gunakan selama ini, adakah sistem itu berjaya memacu negara kita ke depan dalam segala aspek persiangan? Oleh kerana kerajaan perpaduan itu merupakan salah satu alternatif sistem politik, jom kita semak politik negara kita selepas 60 tahun merdeka.
Apa yang kita ada hari ini ialah: pemimpin2 yang korup, ego, sombong, tidak peduli rakyat, tidak petriotik, perkauman, hati busuk, dendam dan macam-macam lagi. Kita lihat betapa bangsatnya praktis org politik negara kita, menukar org sesuka hati, salurkan duit kerajaan berpilih2, nafikan hak seteru politik, mempergunakan harta atau jentera kerajaan sesedap hati dan bermacam2 lagi.
Kita kena kaji puncanya kenapa ia berlaku. kenapa semakin hari semakin teruk kegilaan ini?.
Baik, kita mengamalkan sistem demokrasi, satu sistem yang boleh kita kata kan terbaik buat masa ini, kerana unsur semak dan imbang yang menjadi semangat kepada sistem ini.
Tetapi kenapa dinagara kita sistem demokrasi ini tidak positif? adakah fungsi semak dan imbang dalam negara kita tidak berfungsi atau dengan kata lain pembangkang gagal, tidak buat kerja atau tidur?
Dengan mata kasar sahaja, kita melihat pembangkang kita sangat pro-aktif dalam melakukan kerja mereka. Justeru kenapa sistem demokrasi kita gagal?
Salah satu sebab nya kerana sistem politik kita atau demokrasi yang kita praktikkan kurang berkualiti iaitu dari aspek pengagihan kuasa. Kerana kelemahan sistem pengagihan kuasa inilah akhirnya melahirkan pemimpin yang 'gila' seperti hari ini.
Sistem pengagihan kuasa negara kita hampir tidak memungkinkan parti yang mengusai kerajaan (pusat) akan kalah dalam arti kata kehilangan kuasa. mereka hanya akan kalah dari segi sokongan (undi) tetapi tidak terjejas apa2 dari segi kuasa.
Disinilah puncanya dan asas yang perlu difahami oleh rakyat. Disini lah yang perlu kita rungkai dan ubah terlebih dahulu. Disinilah kuasa sebenar yang dimiliki oleh BN dan Umno yang telah dirangka oleh penjajah lebih 60 tahun lalu.
Kuasa inilah yang ditutup dan disembunyikan oleh umno BN daripada rakyat. Mereka mengalih fokus dan tumpuan rakyat kepada benda2 lain sebagai cara penutupan sebenar penipuan kepada rakyat. Rakyat disediakan pandang permainan yang kononnya demokrasi sangat lah.....dan Umno BN pun mengarahkan para penyokongnya berhadapan dengan pembangkang di padang ini. padang yang kalau mereka kalah sekalipun mereka tidak akan kehilangan apa2 dalam kontek kuasa itu. Pandang permainan itulah menjadi kotak yang melingkari pertembungan rakyat selama ini. Permainan akan dikawal supaya tidak terkeluar daripada kotak ini.
Padang itu juga disediakan sebagai mengaburi mata kita kononnya ada demokrasi dalam negara dan sebagai alat untuk mengurus kemarahan rakyat.
Kalau rakyat marah kerana kejahatan mereka, mereka akan melepaskan 'kuasa' - 'kuasa' mereka di pandang permainan itu. Supaya rakyat terus berkeyakinan sistem demokrasi kita masih ada harapan.
Umno tidak peduli mereka terpaksa melepaskan sebentar kelantan, terengganu, selangor, kedah. Kerana mereka tahu mereka hanya kalah di padang yang mereka sediakan dan hanya kalah apa yang mereka telah bersedia. Tetapi mereka tidak akan sama sekali membenarkan kuasa sebenar mereka tergugut walaupun setengah inci.
Sebab itu, sistem politik yang ada hari ini, walau sebanyak manapun rakyat telah menyebelahi pembangkang, ia tidak mengubah apa-apa diperingkat faderal walaupun kedudukan seorang guru besar sebuah sekolah rendah kerajaan.
Walaupun pembangkang memenangi 1 kerusi atau 83 kerusi diparlimen, jawatan PM hingga ke jawatan paling cikai sekalipun tidak akan berubah.
Kalau diibaratkan sebiji kek, sejuring pun tidak dapat pembangkang nikmati...bertempiklah, melaunglah sekuat mana pun.
Pencuri Dari Kota Baghdad
Nah .., keterbukaan beginilah seharus menjadi penanda aras di medan percambahan minda demi mencanai saranan sang ketua moga-moga menjadi berkat.
Kudos buat pokok-hujan yang berani membuka pintu.
Saya kira si penghuni No22 Islamic Street bermula dengan keterangan premis kepada gagasan kerajaan perpaduan supaya landskap menyeluruhnya difahami.
Bagi saya, kerajaan perpaduan bukan lagi "teori" kerana praktisnya sudah lama wujud dan berdiri, cuma dalam bentuk serta konsep yang berbeda-beda mengikut tuntutan secara fikrah serta sesuai.
Saya amat senang berkata bahawa Perjanjian Hudaibiyah itu sendiri adalah suatu kerajaan permaufakatan dan perpaduan melalui satu perjanjian bertulis yang pertama di dunia.
Jika diperhalusi saya amat yakin bahawa TGHH mengguna-pakai Hudaibiyah sebagai teras kepada sarannya itu.
Allah Lebih Mengetahui.
sebelum apa-apa, tuan no 22 islamic street atau tuan no 22 muslim street?
tuan no 22,
tentang mukaddimah tuan, soalan saya: tuan berkata tidak mungkin perubahan boleh berlaku, namun tuan tidak kemukakan bukti dan juga hujahnya. tuan hanya membuat kenyataan umum.
soalan saya dalam konteks ini:
1. keputusan pru 1999 - orang melayu mengundi pembangkang.
2. keputusan pru 2008 - orang bukan-melayu mengundi pembangkang.
jika kedua-dua keputusan yang berbeza punca ini berlaku dalam pru yang sama, bukankah keputusannya umno-bn akan tumbang?
3. dalam peristiwa 16 september - umno-bn terpaksa membawa lari mp-mpnya supaya tidak 'diculik' oleh pr.
tidakkah ini menunjukkan dari segi kepercayaan, umno-bn juga percaya ia boleh ditumbangkan?
jadi, dari dua sudut ini, iaitu angka dan kepercayaan; premis tuan, saya kira belum cukup konklusif untuk menyatakan dengan penuh yakin bahawa perubahan politik tidak MUNGKIN berlaku melalui sistem yang sedia ada.
ini hujah balas saya setakat ini.
Post a Comment